''Bila Keluar Kemain Lawa, Duk Kat Rumah Nak Berhias Malas,''-Suami Diminta Hentikan Pemikiran Kolot!

Berhias untuk suami adalah perlu bagi keharmonian hubungan rumah tangga. Namun adakah salah jika isteri berhias lebih ketika keluar rumah?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam ajaran Islam, berhias untuk suami adalah amat digalakkan bagi menyenangkan hati pasangan dan memperoleh pahala. Namun baru-baru ini thread yang dibuat oleh seorang lelaki telah menerima kecaman hebat daripada para pengguna lain.

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Malas berhias untuk suami ketika di rumah, bila keluar kemain melawa?
  • Dato’ Fazley Yaakob beri pandangan supaya kaum lelaki hentikan pemikiran kolot
  • Isteri berhias bila keluar tanda suami berjaya menjaganya dengan baik

”Isteri berhias pergi pejabat punyalah cantik, balik rumah berhias untuk suami pun malas. Walhal suami dah sediakan segala keperluan berhias.

Suami tak bagi isteri kawan dengan si fulan sebab suami tak suka, si isteri degil pergi berkawan lagi dengan si fulan tu.”- tulisnya

Malas berhias untuk suami ketika di rumah, bila keluar kemain melawa?

Thread yang dibuat menerusi akaun @AmirulRuslam mengatakan selain taat kepada suami, tugas sebagai seorang isteri juga adalah harus bersiap untuk suami walaupun ketika berada di rumah.

Betul tugas suami buat kerja rumah semua tu. Tapi tugas si isteri:

-Taat perintah suami (selagi mana tak langgar syariat)

-Melayani suami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

-Berhias untuk suami (suami sediakan perbelanjaan berhias)

Pun ada isteri tak/taknak buat. Be fair.

Tambahnya lagi martabat seorang lelaki dikatakan lebih tinggi dari pemerintah. Justeru sebagai isteri anda perlulah berhias di rumah untuk suami. Ia sesuatu yang perlu dititikberatkan demi keharmonian dalam hubungan rumah tangga.

Ternyata perkongsian tersebut telah membangkitkan perasaan geram dalam kalangan pengguna media sosial tersebut. Mereka mengatakan bahawa kehidupan selepas berkahwin sememangnya tidaklah semudah dikatakan.

”Bila dah kahwin dan ada anak, memang tak sempat dah nak bersiap. Yang penting siapkan semua kerja rumah je.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Berhias untuk suami ni subjektif. Walaupun tak bekerja, aku berhias kat rumah hanyalah bersih, wangi, kemas dan berpakaian menarik hati. Tanpa make up. Cuma skincare dan lip balm. Itu pun 100% suami yang sediakan. Kalau cari nafkah pun sama-sama, tapi suami demand macam-macam. Tak payahlah.”

Dato’ Fazley Yaakob beri pandangan supaya kaum lelaki hentikan pemikiran kolot

Menerusi laman Instagramnya, Dato’ Fazley Yaakob mengatakan bahawa ramai yang berkongsi tweet lelaki berkenaan kepadanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maaf, jumud sangat pemikiran penulis ini. Memang betul isteri seeloknya berhias untuk suami di rumah.

Tetapi kalau tak penatlah kan? Yakni lepas jaga anak, basuh baju, memasak, cuci pinggan, bersihkan tandas, kemas katil, beli barang di pasar, siapkan kerja sekolah anak-anak, hadap perangai mak mentua (kalau jenis yang tak sporting), siram bunga dan pokok kat luar, kemas beranda rumah- ini semua sebelum pergi dan selepas balik kerja!

Jadi kalau isteri kat rumah tak bersiap, tetapi keluar dan rumah semua dijaga elok, itu sudah dikira hebat dah tu. Suami nak isteri berhias? Anda pun kenalah cukur bulu ketiak, mulut jangan bau petai, rajin mandi, jangan asyik pakai kain pelikat bau kepam.

Barulah adil kan? Perkahwinan ini adalah kerjasama. Bukan tanggungjawab salah seorang je.

Isteri berhias bila keluar tanda suami berjaya menjaganya dengan baik

Tidak hanya Dato’ Fazley, Dr. Say turut memberikan pandangannya mengenai hal ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya cukup anti dengan lelaki berfikiran kolot. Saya rasa penulis twitter ni tak kahwin lagi dan kalau dah kahwin, saya rasa kesian pada isterinya.

Awal-awal dulu saya pun pernah terfikir ”kenapa bini aku keluar cantik-cantik sangat, pakai makeup perfume bagai” tapi bila fikir balik, an excellent wife is the crown of her husband.

Maksudnya kalau bini kita berhias elok-elok tidakkah dia melambangkan betapa bagusnya kita sebagai suami menjaga dia dari segi pakaian dan penampilannya? Kalau isteri selebet selenga semongeh tak ke kita sebagai suami rasa malu?

Nak cakap pasal isteri berhias, logik akal ke nak isteri pakai makeup tebal berinci-inci ketika dalam rumah? Tiap kali balik dari keluar, saya ingatkan isteri untuk cuci muka sebab saya geli kalau dia saya saya dengan makeup lipstick bagai tu.

Bagilah mereka pakai yang selesa ketika di rumah. Bila dia selesa, mesti kehidupan kita sebagai suami pun selesa. Nak dia pakai cantik-cantik untuk malam istimewa, suami boleh beritahu sebab dalam kepala isteri adalah untuk berikan yang terbaik untuk suaminya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bab isteri degil berkawan dengan si fulan tu, mungkin dia tak tahan dengan kekolotan anda. Benda macam ni kena berbincang satu sama lain. Benda boleh setel bang. 

Janganlah kita harap bini tak boleh kawan si fulan padahal anda sibuk follow awek dayang dada kat if, whatsapp rakan sekerja sembang topik tak berkaitan kerja. Kalau kita jujur, isteri pun akan jujur.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Isteri Digelar Badak & Diungkit Sukar Mengandung, Jawapan ‘Win’ Suami Buat Netizen Mulut Puaka Terkedu

Baca juga: Tidak Pandang Paras Rupa & Fizikal, Lelaki Ini Dipuji Terima Seadanya Keistimewaan Isteri

Baca juga: Isteri Beria Pegang Kek & Buat Kejutan Hari Jadi, Suami Balik Langsung Tidak Pandang