TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

"Berikan Kita Bertiga Masa 6 Minggu" – Surat Si Kecil Untuk Ibu Ayahnya Yang Akan Buat Anda Menangis

5 min bacaan
"Berikan Kita Bertiga Masa 6 Minggu" – Surat Si Kecil Untuk Ibu Ayahnya Yang Akan Buat Anda Menangis

Surat yang ditulis dari sisi pandangan seorang bayi ini telah tular di laman sosial di UK, dan kami faham mengapa. Kata-kata yang ikhlas dan meruntun kalbu pasti buat anda menitiskan air mata tatkala mengenang pengalaman sendiri!

Menjadi ibu bapa bukanlah satu perkara mudah.

Malah, menjadi ibu bapa yang baru menimang bayi sulung juga bukanlah sesuatu yang senang untuk diterangkan, walaupun dalam 100 buku penjagaan bayi baru lahir atau blog parenting yang lain!

Ia adalah satu pengalaman yang penuh dengan pahit manis: kegembiraan dan kesedihan, cinta dan marah, keterujaan dan kepenatan.

Menjadi ibu dan ayah buat pertama kali sememangnya mencabar, dan selalunya, apa yang ibu ayah ini perlukan adalah rasa difahami.

Mungkin satu artikel realistik yang menerangkan perjalanan keibubapaan yang jujur dapat membuatkan mereka berasa tidak keseorangan dalam pengalaman yang penuh dengan ragam ini.

Susah payah menjadi ibu ayah yang baru menimang cahaya mata sulung

Baru-baru ini, sebuah hospital bersalin di United Kingdom ada berkongsi sepucuk surat terbuka buat pasangan suami isteri yang baru menjadi ibu ayah.

Jika anda seorang ibu atau bapa yang baru menimang cahaya mata sulung, surat ini adalah untuk anda.

Bacanya ketika keadaan menjadi sukar dan ketika anda rasa ingin berputus asa. Surat ini menceritakan cabaran dan pahit getir menjadi ibu dan ayah.

Ia juga diharapkan dapat membantu anda yang keletihan dan kepenatan dalam menjaga bayi yang baru hadir dalam hidup anda berdua.

Surat ini ditulis dari pandangan seorang bayi yang baru lahir bagi membantu para ibu bapa yang sedang bergelut dalam hal keibubapaan.

Fahami perasaan bayi melalui surat terbuka ini

tip jaga jaga bayi baru lahir

Sumber: Motherandbaby.co.uk

Inilah dia surat, yang mungkin akan membuatkan anda menitiskan air mata!

***

Buat ibu dan ayah yang dikasihi,

Tolong simpan surat ini di tempat yang ibu dan ayah boleh baca, dan sentiasa baca semula, jika keadaan menjadi sukar dan ibu ayah rasa bersedih.

Janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan dari saya sebagai seorang bayi yang baru lahir, atau dari diri ibu dan ayah berdua sebagai ibu bapa.

Berikan kita bertiga tempoh selama tiga minggu untuk meraikan kelahiran diriku, enam minggu untuk saya membesar, matang, stabil, dan lebih mudah untuk dijangka – enam minggu yang ibu ayah juga boleh gunakan untuk berehat, rileks, dan membenarkan badan ibu untuk kembali normal seperti sediakala.

Teruskanlah memberi saya makan ketika saya lapar, saya tidak pernah kenal erti kelaparan ketika ada dalam rahim ibu. Jam dan waktu juga tidak saya kenali pada waktu itu.

Tolong pegang, peluk, cium, sentuh, usap, dan dodoi saya. Dulu, saya rapat dengan ibu dalam rahim, dan tidak pernah berasa keseorangan.

Tolong maafkan saya juga jika saya selalu menangis. Saya tidaklah berniat untuk membuatkan hidup ibu dan ayah sengsara. Itu hanyalah satu-satunya cara saya untuk beritahu ibu ayah yang saya tidak gembira.

Bersabarlah dengan saya. Tidak lama lagi, semakin saya membesar, saya pasti akan kurang menangis dan lebih banyak tersenyum dan bermain.

Ambillah masa untuk kenali saya, bagaimana saya berbeza dengan ibu dan ayah dan betapa tingginya harapan yang saya bekalkan buat anda berdua.

Lihatlah saya membesar dengan baik dan saya pasti akan membuatkan ibu ayah tenang dan gembira dengan saya nanti.

Tolong ingatkan diri ibu dan ayah yang saya seorang yang tabah dan akan bertahan dengan segala kesilapan yang mungkin ibu dan ayah akan lakukan terhadap saya nanti.

Selagi mana ibu ayah curahkan segala kasih sayang pada saya, saya pasti tidak akan dikecewakan.

Stories Rakan Kongsi
The importance of family togetherness and how to create it
The importance of family togetherness and how to create it
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Parents, Do You Know Why You Should Keep Your Child At Home If They Have Diarrhoea?
Parents, Do You Know Why You Should Keep Your Child At Home If They Have Diarrhoea?
Imported Maternal Milk: Where Is It From And Why That Matters
Imported Maternal Milk: Where Is It From And Why That Matters

Tolong jangan mudah rasa kecewa dengan saya apabila saya bukanlah seorang bayi yang sempurna seperti yang ibu ayah harapkan.

Dan, janganlah rasa kecewa dengan diri ibu ayah sendiri, tatkala ibu ayah rasa yang anda berdua bukanlah ibu bapa yang baik.

Jagalah kesihatan diri; makan diet yang berkhasiat, berehat dan bersenamlah supaya nanti apabila kita bersama, ibu ayah akan ada kesabaran dan tenaga untuk menjaga saya.

Ubat untuk bayi yang mudah meragam adalah rehat yang cukup untuk si ibu!

Tolong jaga hubungan antara kalian berdua. Apalah yang ada pada hubungan kekeluargaan jika nanti, tiada lagi “keluarga” untuk saya.

Mari lihat masa hadapan dan gambaran kehidupan yang lebih besar. Saya hanya akan kecil seperti ini buat sementara waktu, walaupun saat ini, ibu ayah rasa bagaikan bertahun lamanya.

Saya mungkin telah “mengucar-kacirkan” hidup ibu dan ayah, tetapi ingatkanlah diri yang keadaan akan kembali normal tidak lama lagi.

Nikmati saat saya masih bayi – saya tidak akan menjadi sekecil ini selamanya!

***

Feedback yang menyentuh hati dari orang ramai

Surat ini telah menyentuh banyak hati ibu bapa di UK dan dari seluruh dunia. Sebaik sahaja hospital di UK menyiarkan surat terbuka ini, pelbagai feedback telah diterima oleh pihak mereka.

Antaranya:

“Ini sangatlah indah, dan benar! Kita mungkin tiada bajet untuk mencetak surat ini dan berikannya kepada setiap ibu yang baru bersalin di hospital! Ia mungkin dapat membantu saya dahulu, jika saya membacanya ketika bersalin anak sulung.”

Seorang lagi ibu berkata:

“Kita hanya dapat melihat keindahan menjadi ibu bapa apabila bayi kita membesar, berdikari dan tidak lagi perlukan kita! Ini adalah satu surat yang indah.”

Ini pula komen dari seorang nenek, yang cukup berpengalaman dalam membesarkan anak-anak. Dia sudah lebih dahulu makan garam, berbanding ibu ayah muda yang lain!

“Sebagai seorang ibu, nenek, dan moyang, ini adalah satu nasihat yang baik. Saya berharap saya menerima surat ini, ketika si sulung saya lahir 45 tahun dahulu.”

Penjagaan bayi baru lahir adalah mencabar!

petua penjagaan bayi baru lahir untuk ibu bapa

Sumber: Mirror.co

Peringatan dan kata motivasi, seperti yang diceritakan oleh surat ini, adalah sangat penting untuk memberitahu para suami isteri yang baru menimang cahaya mata bahawa mereka tidak keseorangan.

Surat ini dapat membuatkan mereka rasa yang bukan mereka sahaja yang merasai kesusahan dalam membesarkan anak kecil.

Jika anda membaca surat ini dan kenal sesiapa yang memerlukan sedikit kata-kata perangsang dan galakan, kongsikan surat ini dengan mereka.

Beritahu mereka yang mereka tidak berkeseorangan dalam hal keibubapaan yang mencabar ini!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Surat Terbuka Si Suami Buat Isterinya Yang Menjaga Anak di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Surat terbuka
  • /
  • "Berikan Kita Bertiga Masa 6 Minggu" – Surat Si Kecil Untuk Ibu Ayahnya Yang Akan Buat Anda Menangis
Kongsikan:
  • Ada Adik Beradik Jaga Ibu Bapa Sakit? Pakar Kaunselor Pesan Jangan Banyak Mengungkit!

    Ada Adik Beradik Jaga Ibu Bapa Sakit? Pakar Kaunselor Pesan Jangan Banyak Mengungkit!

  • ''Dunia Telah Berubah Ketika Kamu Dilahirkan,''- Ibu Menulis Surat Untuk Bayi Pandemik

    ''Dunia Telah Berubah Ketika Kamu Dilahirkan,''- Ibu Menulis Surat Untuk Bayi Pandemik

  • Remuk Hati Isteri Ini Lihat Lelaki Curang Depan Mata Dengan Kakak Kandung Sendiri!

    Remuk Hati Isteri Ini Lihat Lelaki Curang Depan Mata Dengan Kakak Kandung Sendiri!

  • Ada Adik Beradik Jaga Ibu Bapa Sakit? Pakar Kaunselor Pesan Jangan Banyak Mengungkit!

    Ada Adik Beradik Jaga Ibu Bapa Sakit? Pakar Kaunselor Pesan Jangan Banyak Mengungkit!

  • ''Dunia Telah Berubah Ketika Kamu Dilahirkan,''- Ibu Menulis Surat Untuk Bayi Pandemik

    ''Dunia Telah Berubah Ketika Kamu Dilahirkan,''- Ibu Menulis Surat Untuk Bayi Pandemik

  • Remuk Hati Isteri Ini Lihat Lelaki Curang Depan Mata Dengan Kakak Kandung Sendiri!

    Remuk Hati Isteri Ini Lihat Lelaki Curang Depan Mata Dengan Kakak Kandung Sendiri!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham