Cara Berpantang Sendiri, 10 Do's & Dont's Pantang Sendiri Suami Isteri Mesti Saling Kerjasama

undefined

Cara berpantang sendiri antaranya perlu pastikan cari tukang urut lepas bersalin, kuatkan mental dan elakkan stres.

Sudah mengandung sembilan bulan, akhirnya tiba masa untuk melahirkan si kecil! Selepas bersalin, pastinya ramai ibu baru memerlukan pertolongan ketika berpantang. Tetapi, tidak kurang juga yang terpaksa berpantang sendiri kerana pelbagai sebab. Jadi, bagaimana cara berpantang sendiri tanpa stress?

10 Cara Berpantang Sendiri Di Rumah

Antara cara berpantang sendiri yang seeloknya anda amalkan adalah dengan kuatkan mental anda, yang sebenarnya sangat penting! Walaupun fizikal memerlukan perhatian, kesihatan mental juga tak boleh diabaikan.

1.Kuatkan Mental

Jerit kuat-kuat dalam hati, “Aku boleh pantang sendiri”. Percaya pada diri sendiri, jangan bersikap lembik. Jika ada suami, libatkan suami sekali. Takkanlah hanya tahu buat anak saja kan, bila berpantang biarkan isteri sendiri.

berpantang sendiri, cara berpantang sendiri

2.Bangun Awal

Awal bukannya pukul 7-8 pagi. Awal seperti waktu Subuh, jam 5-6 pagi. Segarkan diri dengan mandi air panas.

3.Belajar Pakai Bengkung

Ini agak tragis jika tiada siapa yang membantu. Untung kalau ada suami yang sudi membantu. Jika tidak, belajar-belajar pakai bengkung sendiri. Jangan lupa pakai stokin.

4.Masak Sarapan Ringkas

Kalau suami ringan tulang, tanpa disuruh, dia akan bantu serba-sedikit. Kalau tidak, terpaksalah kita masak untuk keluarga. Selepas siap mandi, agak-agak dalam jam 7 pagi, siapkan bahan untuk masak sarapan pagi. Untuk yang sudah ada anak yang sudah masuk tadika atau bersekolah, gagahkan diri untuk sediakan untuk mereka juga. Tapi jika boleh, kerah saja suami anda. Take part juga dalam keadaan anda berpantang. Bukan anda sengaja. 

5.Sediakan Baju Anak

Jangan selepas mandi baru tergagau-gagau cari baju baby. Siapkan awal dan letak satu tempat. Kalau baby masih tidur lagi, rehat sebentar.

6.Mandikan Anak

Bayi selalunya tidur agak lama. Lebih kurang jam 9, mandikan anak dengan air yang hangat-hangat. Tunjukkan suami, bagaimana mandikan anak. Nanti bila ada masa terluang, dia boleh cuba juga. Bagi yang tiada water heater, suami boleh jerang air dulu. Masukkan dalam besen, dan campurkan dengan air sejuk bagi suam-suam kuku. Jangan panas sangat.

7.Susukan Bayi

Bagi yang breastfeed baby, selalu anak akan lekat lama. Kadang-kadang, boleh cecah 1 jam menempel. Lebih kurang jam 11 pagi, anak akan tidur semula.

8.Masak Lauk Tengah Hari

Masak lauk pantang yang ringkas-ringkas sahaja. Jika tidak tahu menu apa, cuba resepi makanan berpantang ini. Biasanya, akan ambil masa 1 jam. Selepas siap, enjoy makanan sementara anak masih tidur.

9.Cari Tukang Urut Lepas Bersalin

Ini sangat penting, jika blur dan tidak tahu apa-apa langsung. Lebih-lebih lagi kalau anak pertama. Cuba cari tukang urut yang ada pakej boleh masak sekali. Kalau beli lauk, boleh terus siang dan minta dia masak.

10.Hantar Dobi

Kalau ada ramai anak, basuh, sidai dan lipat kain baju tentu sekali menjadi satu cabaran yang sangat besar. Untuk meringankan beban, minta suami hantar basuh dan keringkan sekali di kedai dobi layan diri yang berhampiran.

11.Cari Part Time Maid

Rumah tidak bersapu dan bermop? Badan penat sangat sampai tidak larat? Inilah masanya untuk cari part-time maid yang mudah didapati sekarang. Bagi yang sudah ada live-in maid, lebih mudah kerja.

Perkara Yang Perlu Dielakkan

Berpantang selepas bersalin memang penuh dengan cabaran, tapi ada beberapa perkara yang perlu elakkan supaya tempoh ini lebih lancar dan menyeronokkan. Jom kita lihat!

1.Jangan Terlalu Penat

Jangan paksa diri buat semua kerja rumah! Tubuh baru lepas bersalin perlukan rehat. Tidur bila bayi tidur, dan rehat secukupnya.

2.Jangan Terlalu Fokus Pada Bentuk Badan

Jangan risau sangat pasal bentuk badan. Ini bukan masa untuk diet ketat atau workout gila-gila. Fokus pada pemulihan dulu!

3.Elakkan Stres

Jangan biarkan stres ambil alih! Ambil masa untuk diri sendiri walaupun hanya 5 minit. Bernafas dan tenangkan fikiran.

4.Makanan Sihat, Jangan Terlalu Pedas atau Berminyak

Elakkan makanan yang berat, pedas atau berminyak. Pilih makanan berkhasiat yang bantu pemulihan dan penghasilan susu ibu.

5.Hati-hati Dengan Herba

Jangan sembarangan guna herba. Pastikan yang selamat dan sesuai. Kalau ragu, tanya pakar!

6.Jangan Abaikan Emosi

Jaga juga emosi, bukan hanya fizikal. Berbual dengan pasangan atau rakan supaya tak rasa terasing.

7.Berpantang Bukan Susah!

Berpantang bukan sekadar sekatan. Ia masa untuk diri sendiri dan keluarga. Jadi nikmati proses ini!

Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang

Suami, ini masa untuk jadi hero semasa isteri berpantang! Walaupun isteri yang melaluinya, suami juga ada peranan penting. Jom lihat apa yang suami boleh buat:

1.Bantu Kerja Rumah

Tolong buat kerja rumah dan jaga makan minum. Isteri perlukan rehat, jadi suami perlu jadi pembantu utama!

2.Sokong Emosi

Berpantang bukan sekadar fizikal. Dengar keluhannya dan beri kata-kata semangat, supaya dia rasa dihargai.

3.Jaga Pemakanan Isteri

Pastikan isteri makan makanan sihat dan cukup tidur. Suami boleh bantu uruskan hal makanan.

4.Jaga Bayi

Ambil alih sekejap bila isteri perlukan rehat. Tukar lampin, susukan bayi atau tenangkan bayi supaya isteri boleh tidur.

5.Jadi Pendengar Setia

Dengar masalah isteri tanpa menghakimi. Kadang-kadang dia hanya perlukan seseorang untuk meluahkan.

6.Uruskan Hal Luar Rumah

Tolong uruskan urusan luar rumah seperti belanja atau tetamu supaya isteri boleh fokus pada pemulihan.

7.Kasih Sayang & Pujian

Berikan pujian dan tunjukkan kasih sayang. Isteri pasti rasa lebih dihargai! Dengan sokongan suami yang padu, tempoh berpantang akan jadi lebih mudah dan penuh keceriaan!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pantang Bersalin (Confinement): Berapa Hari Berpantang, Makanan Pantang & Tips

Baca juga: Berpantang Perlu Atau Tidak? 6 Mitos Paling Popular Bagi Ibu Selepas Bersalin

Baca juga: Ini Akan Berlaku Pada Tubuh Anda Lepas Bersalin Dalam Tempoh 24 Jam, 7 Hari & 1 Tahun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!