X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Beza Selulit Dan Stretch Mark: Punca Dan 10 Cara Menanganinya Semasa Hamil Atau Selepas Bersalin

4 min bacaan
Beza Selulit Dan Stretch Mark: Punca Dan 10 Cara Menanganinya Semasa Hamil Atau Selepas Bersalin

Beza selulit dan stretch mark sering disalah anggap oleh wanita, tetapi sebenarnya ia berbeza dari segi penampilan dan punca ia terjadi.

Pernah tak anda tengok cermin dan tertanya-tanya, “Ini selulit ke stretch mark?”. Kalau ya, anda tak keseorangan. Ramai wanita terutama wanita hamil atau selepas bersalin mengalami masalah ini tetapi masih keliru beza selulit dan stretch mark.

▲▼Isi Kandungan

  • Masalah Selulit & Tanda Regangan
  • Memahami Perbezaan Masalah Selulit & Tanda Regangan
  • Masalah Selulit Atau Tanda Regangan Mudah Dihilangkan?
  • Langkah Pencegahan
  • Penjagaan Diri

Masalah Selulit & Tanda Regangan

Setiap wanita pasti mahukan kulit yang sihat, licin dan bebas cela. Namun, realitinya, kita semua berhadapan dengan perubahan kulit termasuk selulit dan stretch mark.

Kedua-dua masalah ini sering kali membuatkan kita rasa kurang yakin terutama selepas melahirkan anak atau apabila badan mengalami perubahan mendadak.

Selulit dan stretch mark sering disalah anggap sebagai perkara yang sama, tetapi sebenarnya mereka berbeza dari segi penampakannya pada tubuh badan.

Selulit

Kelihatan seperti lekukan kecil atau tekstur tidak rata pada kulit, seolah-olah menyerupai kulit oren.

Biasanya ia muncul di kawasan seperti peha, punggung dan perut.

Stretch mark

Garis-garis halus yang terbentuk apabila kulit meregang terlalu cepat. Ia boleh berwarna merah, ungu atau putih, bergantung pada fasa stretch mark itu.

Stretch mark sering muncul di kawasan seperti perut, peha, lengan atas dan pinggul.

Memahami Perbezaan Masalah Selulit & Tanda Regangan

Mengetahui beza selulit dan stretch mark ini bukan sahaja membantu kita mengenali masalah yang dihadapi, malah memudahkan langkah penjagaan dan rawatan yang sesuai untuk kulit.

Masalah selulit berlaku apabila terdapat pengumpulan lemak di bawah lapisan kulit. Lemak ini menolak tisu penghubung di bawah permukaan kulit menghasilkan lekukan atau gelombang yang kelihatan.

Advertisement

Antara faktor utama masalah selulit terjadi adalah:

  • Kecenderungan kulit untuk membentuk selulit mungkin diwarisi secara genetik.
  • Hormon seperti estrogen memainkan peranan besar dalam pembentukan selulit, terutamanya di kalangan wanita.
  • Kekurangan nutrisi boleh menyumbang kepada pembentukan selulit.
  • Aktiviti fizikal yang tidak mencukupi boleh menyebabkan pengumpulan lemak di bawah kulit.
  • Dehidrasi menjejaskan peredaran darah dan kesihatan kulit serta mempercepatkan pembentukan selulit.

Manakala, bagi masalah stretch mark pula cenderung berlaku kepada golongan wanita disebabkan:

  • Peregangan yang cepat menyebabkan kerosakan pada lapisan tengah kulit (dermis), di mana kolagen dan elastin tidak dapat menampung tekanan.
  • Wanita mengalami pertambahan berat badan dan perubahan bentuk tubuh dalam masa singkat.
  • Berlaku semasa fasa remaja apabila berlaku perubahan mendadak
  • Peningkatan berat badan yang cepat memberi tekanan tambahan kepada kulit.
  • Genetik boleh mempengaruhi keupayaan kulit untuk meregang dan pulih.
  • Pengambilan ubat-ubatan menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan kelemahan kulit.

Masalah Selulit Atau Tanda Regangan Mudah Dihilangkan?

Kedua-dua masalah ini tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, tetapi anda boleh mengurangkan penampilannya dengan usaha yang konsisten.

Untuk Selulit:

  • Terapi laser dan urutan frekuensi radio membantu mengurangkan penampilan selulit dengan meningkatkan keanjalan kulit.
  • Fokus pada senaman kekuatan untuk menguatkan otot di kawasan yang terjejas, seperti squat dan lunges untuk peha dan punggung.
  • Krim yang mengandungi kafein dan retinol membantu melicinkan permukaan kulit.

Stretch Mark:

  • Gunakan produk yang mengandungi vitamin E atau retinoid untuk memperbaiki tekstur kulit.
  • Rawatan laser membantu memudarkan warna stretch mark dan meningkatkan penghasilan kolagen.
  • Teknik microneedling merangsang pembentukan kolagen baru untuk memperbaiki penampilan kulit.

Langkah Pencegahan

Walaupun selulit dan stretch mark tidak sepenuhnya boleh dielakkan, ada langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risikonya.

1. Kekalkan Berat Badan Yang Seimbang

Elakkan perubahan berat badan yang terlalu cepat. Penurunan atau kenaikan berat badan secara drastik boleh memberi tekanan kepada kulit anda.

2. Minum Air Yang Cukup

Kulit yang cukup lembap akan lebih elastik dan kurang berisiko mengalami regangan. Pastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

3. Makan Makanan Berkhasiat

Fokus pada diet yang kaya dengan vitamin C, E, zink dan protein untuk menyokong penghasilan kolagen dan keanjalan kulit.

4. Gunakan Pelembap Atau Minyak

Pelembap boleh membantu kulit kekal lembut dan elastik, terutama di kawasan yang mudah meregang seperti perut dan peha.

Aktiviti fizikal membantu meningkatkan peredaran darah, sekali gus menyokong kesihatan kulit secara keseluruhan.

Penjagaan Diri

Penjagaan kulit yang konsisten dan rutin self-care bukan sahaja membantu mengurangkan penampilan selulit dan stretch mark, malah meningkatkan keyakinan diri.

  • Skrub lembut membantu membuang sel kulit mati dan meningkatkan peredaran darah, yang boleh membantu mengurangkan selulit.
  • Pilih produk yang diformulasikan khas untuk meningkatkan keanjalan kulit, seperti minyak badam atau shea butter.
  • Luangkan masa untuk diri sendiri. Mandian hangat dengan minyak aromaterapi atau urutan lembut bukan sahaja baik untuk kulit, tetapi juga untuk ketenangan minda.

Tidur yang cukup, pemakanan seimbang dan pengurusan stres juga memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit anda.

Semoga bermanfaat.

Miami Center Of Excellence

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara

Baca juga: 7 Panduan Daripada Doktor Untuk Ibu Jaga Luka Jahitan Bersalin Dengan Baik, Sembuh Sepenuhnya

Baca juga: 10 Senaman Kempiskan Perut Untuk Wanita Bersalin Czer, Mudah Untuk Dilakukan Di Rumah!

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Beza Selulit Dan Stretch Mark: Punca Dan 10 Cara Menanganinya Semasa Hamil Atau Selepas Bersalin
Kongsikan:
  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham