5 Cara Berpantang Selepas Bersalin Pembedahan, Tips Dikongsikan Confinement Lady!

Ramai ibu hamil yang mahu elak bersalin pembedahan salah satu faktornya kerana mereka fikir sukar untuk berpantang. Kami kongsikan tips ini untuk anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas bersalin pembedahan, ada di kalangan ibu-ibu yang seakan blur bagaimana untuk berpantang. Lebih-lebih lagi yang terpaksa melalui emergency caesar. 

Ada yang sedih pula jadinya kerana sudah bersedia untuk berpantang cara normal, tetapi tiba-tiba perlu bersalin pembedahan, adakah sama proses berpantang bagi normal dan czer, bolehkah berurut, bertungku seperti biasa?

Jadi kali ini kami kongsikan tips bagi ibu-ibu yang bersalin pembedahan, jadi tidaklah anda rasa buntu sangat. Harap-harapnya sedikit sebanyak ia dapat membantu anak membuat persiapan.

Bersalin pembedahan tapi tak tahu cara berpantang? Jangan khuatir, ikut tips ini

Buat ibu-ibu di luar sana yang bersalin pembedahan, ini tips yang boleh kami kongsikan kepada anda. Bolehlah anda cuba bila memerlukan nanti! Tips ini dikongsikan oleh confinement lady terkenal  yang dikenali sebagai Kak Ice. 

#1. Urutan lepas bersalin

Kredit: pantangplus

Masa Kak Ice bersalin ceaser dahulu, ibu Kak Ice hanya start mengurut Kak Ice pada hari ke 7 kerana masa tu Kak ice baru rasa selesa nak terlentang dan mengiring. Sebab masa awal-awal selepas bersalin secara pembedahan, Kak Ice rasa ngilu sangat even nak berjalan.

So kiranya, selepas seminggu tu badan dah kira selesalah. Ibu boleh diurut secara telentang, duduk dan mengiring. Meniarap hanya selepas 2 minggu bersalin ya.

Ramai bidan yang skip urut tang perut kalau mak itu bersalin secara bedah. Sedangkan, urutan pada bahagian perutlah sangat-sangat melegakan ibu kerana kebanyakkan ibu selepas dibedah mudah terkena sembelit, kembung perut dan senak di kawasan ulu hati. Ambillah pakej urutan 3 hari berturut-turut. Kalau bidan tu jenis urutannya kuat, mintalah dia datang selang sehari.

#2. Tuaman badan

Kredit: PantangPlus

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tuaman seluruh badan perlu dilakukan si ibu sebaiknya sejurus selepas keluar bilik bedah. So, kalau kat hospital tu, kita pakai tungku bantal elektrik atau hot water bag.

Lepas dah balik rumah baru boleh pakai tungku besi, tungku tanah liat mahupun tungku batu sungai.

Bahagian mana nak tuam? Perut (elakkan tempat c-sect), celah peha, betis, tapak kaki, pinggang, pinggul, belikat dan belakang.
Rawatan tuaman ini banyak membantu memecahkan dan mengeluarkan angin, melegakan otot yang tegang, dan melancarkan pengeluaran darah bantal (darah awal yang berketul selepas bersalin).

#3. Pemakaian bengkung

Pemakaian bengkung untuk selepas bersalin pembedahan adalah untuk “memegang” perut ibu agar tidak membuai. Selepas dibedah, setiap kali kita berjalan, perut akan membuai dan mengakibatkan luka atas dan luka bawah bergesel. Lalu ibu akan rasa perit kat tempat luka.

So pemakaian tummy wrapping atau bengkung ini juga cepat mengempiskan perut ibu. Kak Ice pakai bengkung kain 100 hari selepas bersalin. Kesannya, 3 kali ceaser perut tak memboyak dan membuncit kehadapan. Kesian kadang-kadang tengok ibu selepas czer yang tak dibenarkan berbengkung. Bila anak dah besar, mereka turut mengalami masalah perut mengembang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara pemakaian bengkung selepas pembedahan:

Minggu Pertama – Kedua: Pakai strap on binder
Minggu ke Kedua sehingga habis pantang : Pakai bengkung kain longgar-longgar
Hari ke 44 – hari ke 100 : Pakai bengkung kain ketatkan sedikit. Masa ni nak pakai girdle pun dah boleh

Tetapi korang kena ingat ya, kalau korang jenis lasak Kak Ice tak galakkan korang pakai bengkung. Sebab boleh terbuka balik jahitan perut. Macam Kak ice, keluarga very supportive. Satu kerja rumah pun tak diberi buat. So banyak berehat. Sebab itu kak ice mampu berbengkung 100 hari lamanya.

#4. Pakai param dan pilis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: pantangplus

Param dipakai untuk memanaskan badan ibu. Ia mengelakkan angin sejuk masuk melalui liang pori kulit si ibu.

Pilis dipakai di dahi untuk mengelakkan ibu mudah terkena serangan angin meroyan yang boleh mengakibatkan si ibu mudah terkena migrain ketika mahupun selepas habis pantang nanti.

#5. Makan herba

Makan herba selepas bersalin berfungsi sebagai pelawas untuk memudahkan ibu buang air besar. Selalunya campuran air rebusan daripada halia, halba, jintan hitam, serai, kulit kayu manis dan cengkih.

Amalan air rebusan halba dan kurma merah adalah untuk tambah darah ibu. Sebab kita selepas pembedahahan selalunya kehilangan lebih banyak bilangan darah berbanding ibu yang bersalin normal. Once darah bertambah maka meriahlah susu badan ibu! Kiranya serampang dua mata punya perubatanlah ni.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amalan air pegaga untuk merendahkan tekanan darah tinggi ibu. Amalan susu berbadam yang diblend dengan kurma merah untuk tambah tenaga ibu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman

Sumber: blessedbeauty.com

Baca juga: Doktor Bukan Saja-Saja Nak Caesar, Ini 4 Tahap Caesaran Yang Mungkin Anda Akan Alami Ibu Hamil!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar