Sadisnya, Ibu Ini Maut, Terpaksa Minum Air Kencing Sendiri Untuk Susukan Anak-Anak Akibat Terdampar Di Tengah Laut

lead image

Kisah menyayat hati, seorang ibu bertahan demi anak dengan minum air kencing sendiri untuk menyusu badan akibat terdampar di tengah-tengah laut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan kelaparan kerana tersadai di tengah laut, ibu ini sanggup bertahan demi anak dengan meminum air kencing sendiri supaya dapat menghasilkan susu badan, dan menyusu anak-anaknya. 

Ibu yang berusia 40 tahun itu dikatakan sedang bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya dengan menaiki bot sebelum kemalangan terjadi yang mengakibatkan dia bersama anaknya yang berusia 6 dan 2 tahun serta pengasuh terdampar di tengah lautan. 

Menurut laporan Metro UK, mereka dalam perjalanan ke pulau Tortuga yang dipercayai sebuah pulau di Caribbean yang tidak berpenghuni. 

Walau bagaimanapun, mereka tidak berjaya sampai ke destinasi akibat ombak besar telah menghempas kapal mereka ketika dalam perjalanan.

Ekoran kejadian malang itu, pihak penyelamat segera ke tempat kejadian selepas mendapat laporan yang kapal itu tidak tiba di tempat dan waktu yang ditetapkan. 

Bertahan demi anak, mayat ibu dijumpai dengan dipeluk anak-anak

Setelah empat hari, akhirnya bot yang dinaiki mangsa telah ditemui dalam keadaan cuaca yang amat panas dan malangnya ibu yang bernama Mariely itu telah meninggal dunia. 

Walau bagaimanapun anak-anaknya yang bernama Jose David dan Maria Beatriz selamat walaupun telah mengalami kecederaan pada anggota badan akibat selaran matahari yang serius juga dehidrasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang lebih menyayat hati, anak-anaknya itu ditemui dalam keadaan memeluk erat ibunya yang telah meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui. Manakala pengasuhnya pula ditemui di dalam peti sejuk, kerana berlindung dari panas terik. 

Lima orang termasuk suami kepada mangsa yang dikatakan bertugas sebagai kapten kapal masih hilang dan harapan untuk menemui mangsa lain adalah sangat tipis. 

Anak-anak mangsa dan pengasuh dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat mengalami dehidrasi dan luka bakar tahap pertama. Mereka dilaporkan selamat tetapi dikatakan tertekan akibat trauma dan juga kecederaan fizikal akibat insiden itu.

Meninggal akibat kegagalan organ dan dehidrasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kegagalan organ yang disebabkan oleh dehidrasi.

Malah, hasil pemeriksaan mendapati mangsa bertahan demia anak dan berusaha menyelamatkan anak-anaknya dengan meminum air kencing sendiri agar dia dapat terus menyusukan mereka.

Pihak Berkuasa Maritim Nasional Venezuela, INEA, mengatakan dalam satu kenyataan: ”Pada 3 September jam 9.30 pagi, sebuah kapal perairan yang dipanggil Thor meninggalkan Higuerote menuju Pulau La Tortuga dengan perjalanan balik yang dijadualkan pada 5 September.

”Pihak berkuasa pelabuhan diberitahu pada 5 September sekitar jam 11 malam bahawa kapal tersebut gagal sampai ke destinasi atau kembali ke lokasi yang ditinggalkannya dan operasi pencarian telah dilancarkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Pada 7 September jam 2.10 petang, empat orang telah diselamatkan oleh kapal pengawal pantai AB Carecare di mana dua di antaranya adalah kanak-kanak.

“Kami berkongsi keperitan keluarga mangsa dalam tragedi mengerikan ini,” kata kenyataan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang jurucakap menambah: “Ibu yang bertahan demi anak-anak meninggal untuk memastikan anak-anaknya hidup dengan menyusukan mereka dan meminum air kencingnya sendiri.

“Dia meninggal tiga atau empat jam sebelum operasi penyelamat akibat dehidrasi setelah tidak minum air selama tiga hari.”

Jurucakap itu mengakui peluang hidup mereka akan lebih tinggi jika kumpulan itu mempunyai radio, GPS atau langkah lain seperti suar.

Mariely telah selamat dikebumikan pada Sabtu, manakala operasi pencarian terus dijalankan bagi mengesan mangsa lain yang masih hilang.

Sumber: Metro UK

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pengorbanan Seorang Ibu, Sanggup Digelar ‘Wanita Terburuk Dunia’ Demi Menyara Anak-Anak