Suami Yang Sukar Fahami Emosi Ibu Hamil Cenderung Bertengkar Dengan Pasangan

Bertengkar dengan pasangan sewaktu mengandung adalah perkara biasa dihadapi kebanyakan ibu. Ia mungkin kerana emosi yang membuatkan anda mudah sensitif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan ibu mengandung akan mengalami pelbagai perubahan dari aspek fizikal dan emosi sehingga ada sesetengahnya mengatakan kerap bertengkar dengan pasangan. 

Situasi ini berlaku mungkin disebabkan oleh anda berdua berasa berdebar untuk menerima kehadiran orang baru dalam rumah tangga. 

Baca juga: Senarai Amalan Ibu Mengandung Agar Janin Membesar Dengan Baik & Mudah Bersalin

Kerap bertengkar dengan pasangan sewaktu hamil

Memiliki zuriat pertama pastinya membawa satu perubahan yang besar dalam hidup dan anda mungkin sudah membayangkan waktu rehat atau tidur menjadi semakin terhad serta perlu bekerjasama dalam melayan ragam anak kecil.

Rasa gementar untuk bergelar ibu baru sering membuatkan anda berasa sukar mendengar pendapat pasangan dan selalu meletakkan diri anda dalam situasinya.

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, perselisihan faham juga boleh berlaku ketika menyediakan keperluan si manja. Terlalu teruja untuk membeli mungkin membuatkan anda cenderung untuk membuat pembaziran.

Sebab itulah sesetengah suami turut berasa sukar apabila terpaksa bekerja lebih masa agar segala keinginan anda dipenuhi. Kesannya, perbezaan keadaan yang dirasai oleh bakal ibu ayah mampu mencetuskan perselisihan faham.

Emosi ibu hamil juga tidak tentu. Anda mungkin berasa sungguh bahagia dan dalam masa yang sama ia boleh bertukar dengan tiba-tiba kepada rasa sedih, sunyi, sakit hati atau kecewa.

Perkara suami tidak tahu mengenai isteri yang sedang hamil

Anda mungkin amat mengharapkan suami menjadi seorang yang memahami pada setiap masa. Namun malangnya, mana ada lelaki di dunia ini dapat merasakan perkara dirasai oleh wanita berbadan dua sehingga menyebabkan anda bertengkar dengan pasangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini antara perkara yang selalu para suami tidak tahu tentang ibu mengandung:

#1. Tidak boleh bergurau

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika dibandingkan dengan sebelum ini, mungkin setiap gurauan suami menjadi perkara paling menghiburkannya. Namun setelah mengandung ini anda mungkin menjadi cepat sentap dan selalu melihat segala perkara adalah satu kesalahan.

Jika ini yang dirasai ketika hamil, pastikan anda tidak selalu masam muka sehingga tidak senyum sepanjang masa kerana bimbang akan melekat pada anak!

#2. Kerap berasa lapar

Memang menjadi kebiasaan bagi kebanyakan ibu mengandung kerap mengidam dan berasa lapar. Jadi suamilah yang kena faham dan segera mendapatkan makanan yang diinginkannya agar dia tidak berubah menjadi 'singa'.

Pastikan juga anda menyediakan pelbagai snek atau kudapan yang sihat di dapur. Justeru nanti tidaklah ibu 'mencari pasal' dan hanya menyalahkan suami kerana tidak mengambil berat tentang anda serta anak dalam kandungan.

#3. Sangat sensitif terhadap bau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika sebelum ini isteri adalah tukang masak terhandal di rumah, kini mungkin tidak lagi. Hal ini kerana deria bau menjadi isu yang sungguh sensitif. Sesetengahnya sampai trimester ketiga langsung tidak dapat menjejakkan kaki ke dapur kerana tidak boleh bau bawang, menumis atau minyak.

Tidak cukup dengan itu, bau suami pun tidak boleh. Anda mungkin terpaksa meminta pasangan untuk menjauhkan diri setelah balik kerja atau tidur berasingan. Bertabahlah untuk melalui setiap perjalanan ini demi melahirkan seorang zuriat.

#4. Daya ingatan menjadi lemah

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pregnancy atau baby brain sering membuatkan sesetengah ibu mengandung menjadi seorang yang pelupa dan cuai. Tabiat ini mungkin disebabkan oleh keadaan fizikal.

Kajian telah menunjukkan bahawa otak ibu mengandung mengalami perubahan, sesetengahnya mengalami saiz otak berkurangan seiring dengan pertambahan usia kandungan.

Kesannya, ia boleh menyebabkan masalah kemurungan dan stres ketika hamil. Lebih-lebih lagi jika anda memiliki anak-anak lain yang perlu diuruskan. 

#5. Rasa risau dengan perubahan diri

Secara biologinya, tubuh ibu mengandung memiliki banyak kelebihan. Sesetengahnya kulit menjadi licin, mulus, semakin berseri-seri dan payudara penuh berisi. 

Bukan itu sahaja, ada juga ibu mengandung mengalami peningkatan berat badan sehingga membuatkan mereka kurang yakin untuk berdepan di sekeliling orang ramai.

Lebih membimbangkan lagi anda dilanda dengan pemikiran negatif seperti risau suami 'cari' lain kerana tubuh semakin membesar dan tidak seksi seperti dahulu. Disebabkan perkara inilah yang membuatkan pergaduhan tercetus antara anda dan suami. 

Kesimpulannya, suami isteri hendaklah mengamalkan toleransi dan berusaha menjaga perasaan masing-asing. Setiap wanita amat memerlukan sokongan orang yang dicintainya agar dapat menempuhi setiap fasa kehamilan dan melahirkan dengan selamat.

Sumber: Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia