Kerana Main Tumbuk-Menumbuk Dengan Bapa Saudara, Kanak-Kanak 6 Tahun Ini Maut!

Insiden yang cukup tidak disangka apabila main tumbuk menumbuk boleh menyebabkan sebelah pihak hilang nyawa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejadian yang tidak disangka telah berlaku Di Kampung Bandar, Siong Baling Kedah apabila seorang kanak-kanak meninggal dunia setelah mengalami kecederaan dalaman ketika main bertumbuk dengan bapa saudaranya.

Kanak-kanak tersebut, Muhammad Azfar Qayyum Md Said yang berumur enam tahun disahkan meninggal dunia semasa diperiksa oleh pasukan perubatan Hospital Baling jam 2.15 petang.

Menurut keterangan  keluarga mangsa, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak bergerak semasa berada di dalam bilik rumahnya sekitar jam 1 tengah hari.

Atas sebab itu, keluarga mangsa segera membawanya ke Hospital Baling namun selepas pemeriksaan doktor dilakukan mereka mendapati mangsa telah meninggal dunia kira-kira empat jam sebelum itu. 

Kanak-kanak main bertumbuk dengan bapa saudara hingga meninggal dunia

Berdasarkan keterangan dari ahli keluarga mangsa, dia dilihat bermain dengan bapa saudaranya yang berusia 16 tahun yang merupakan pesakit Sindrom Down pada malam sebelum kematiannya.

Semasa itu, kedua-duanya seronok main bertumbuk namun berhenti selepas ditegur ahli keluarga yang lain. Disebabkan itu, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman yang serius hingga meninggal dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan kejadian yang berlaku, polis menahan bapa saudaranya bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.

Kesan negatif tampar atau tumbuk muka budak

Tahukah anda perbuatan menampar, menumbuk, tendang dan sebagainya boleh memberi kecederaan yang serius terutama di kalangan kanak-kanak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr Mohd Rushdan Md Noor dari sudut perubatan, kanak-kanak mempunyai organ yang masih berkembang dan berada dalam proses tumbesaran.

Malah, organ kanak-kanak juga rapuh, mudah cedera dan berpotensi menghadapi masalah kesan negatif dalam jangka masa yang panjang. Organ yang dimaksudkan seperti mata, telinga, mulut, lidah, saraf tunjang leher, otak dan bahagian dalam badan.

Sebab itu bila ada berita kanak-kanak didera kebanyakan daripadanya disebabkan tindakan daripada memukul, menumbuk, penampar dan sebagainya.

Implikasi yang boleh terjadi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mencederakan tulang leher dan saraf tunjang.
  • Menggoncang otak dan memecahkan saluran darah
  • Mengoyak selaput otak dan boleh berlaku pendarahan otak.
  • Jika badan dan kepala kanak-kanak dihentak atas dinding atau benda keras kecederaan yang boleh berlaku lebih serius dan boleh menyebabkan kematian.
  • Gangguan di bahagian gendang telinga
  • Lebam di bahagian badan

Justeru ibu bapa, pantau anak-anak ketika bermain supaya dapat menghindari sesuatu yang tidak diingini. Semoga keluarga mangsa tabah dengan pemergian anak tercinta.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber:  Berita Harian

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak Dibuli 50 Pelajar Hingga Mati Terkapai-Kapai, Ibu Tulis Surat Pada PM Minta Keadilan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan