TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sangat Beruntung Bagi Ibu Yang Rapat Dengan Anak Lelaki Dari Kecil, Bagus Untuk Bentuk Personaliti Anak

3 min bacaan
Sangat Beruntung Bagi Ibu Yang Rapat Dengan Anak Lelaki Dari Kecil, Bagus Untuk Bentuk Personaliti Anak

Sebenarnya sangat beruntung bagi ibu yang rapat dengan anak lelaki sejak kecil kerana ia membentuk personaliti yang baik pada anak itu.

Tahukah ibu bahawa anak lelaki yang rapat dengan ibu dari mereka kecil lagi dapat membentuk personaliti diri dan persepsi diri mereka atau ‘self image’ yang cukup baik? Sangat beruntung ya bagi anak lelaki dan ibu yang rapat sejak kecil, ada baiknya.

Menurut perkongsian Doktor Redza Zainol, pakar pediatrik kanak-kanak, beruntung ibu yang rapat dengan anak lelaki sejak kecil. Kenapa?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  A post shared by Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Kuantan (@klinikhijraakuantan)

Jawapan Doktor Redza adalah yang pertama, apabila si ibu menjadi teman rapat pada anak lelaki, ia sebenarnya sedang membantu anak itu membentuk persepsi dirinya atau ‘self image’ yang baik. Jelasnya, apabila seorang anak lelaki itu mempunyai persepsi diri yang baik tentang dirinya, dia akan menjadi lebih yakin dan selesa untuk menjadi dirinya.

Doktor Redza juga mencadangkan untuk ibu menunjukkan perasaan bangga ibu terhadap setiap ciptaan atau hasil kerjanya. Sebagai contoh apabila ibu meraikannya tatkala membantu di dapur, ia akan sekaligus mengajar erti untuk saling membantu di antara ahli keluarga, dan membentuk seorang anak lelaki yang turut bekerja di dalam rumah. Ibu juga dinasihatkan untuk kerap memuji rupa paras anak lelaki.

Selain itu, kelebihan apabila anak lelaki rapat dengan ibu adalah mereka akan belajar tentang kasih sayang dan kelembutan ketika bergaul dengan mereka dari jantina yang berbeza. Dengan cara ini, anak lelaki akan lebih tahu akan cara kasih sayang dan berlemah lembut dengan wanita, tidak kira siapa pun.

Anak lelaki juga memerlukan sedikit bantuan dari segi mempersiapkan kerja sekolahnya dan kerja di rumah. Apa yang ibu boleh ajar mereka adalah yang mana kerja yang banyak boleh disiapkan berperingkat sehingga ia selesai.

Ibu yang rapat dengan anak lelaki juga beruntung kerana mereka akan belajar cara mengurus masa dan dan menetapkan prioriti dari ibunya. Ibu adalah dinasihatkan untuk bantu mereka menetapkan matlamat jangka masa pendek atau panjang yang realistik.

beruntung

Tambah Doktor Redza lagi, ibu yang rapat dengan anak lelaki juga ada bagusnya dari segi dapat membantu mereka untuk jadi lebih peka dengan keadaan sekeliling. Ini termasuklah untuk peka dengan keadaan emosi orang di sekeliling  dan perubahan di sekitar rumah. Dengan cara ini, ia lebih mudah untuk melatih anak lelaki menjadi lebih empati dengan ahli keluarga yang lain.

Bahkan, ibu juga dinasihatkan untuk meneruskan usaha untuk memahami anak lelaki. Di dalam kekurangan yang ada pada anak lelaki, carilah kebaikan dan kelebihan di dalam dirinya. Kunci kepada keyakinan anak lelaki yang sedang membesar itu terletak pada ibunya.

Semoga artikel dan perkongsian ini bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

Instagram Klinik Hijraa Kuantan Doktor Redza Zainol

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 16 Tanda Mengandung Anak Lelaki Yang Mudah Dikenal Pasti!

Baca juga: Senarai Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

Baca juga: Parents, anda harus BERHENTI sebut 5 perkara ini pada anak lelaki anda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan & Umur Anak
  • /
  • Sangat Beruntung Bagi Ibu Yang Rapat Dengan Anak Lelaki Dari Kecil, Bagus Untuk Bentuk Personaliti Anak
Kongsikan:
  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham