- Berus gigi kanak-kanak ada pentunjuk jumlah ubat gigi diperlukan
- Kuantiti ubat gigi berflourida yang betul untuk kanak-kanak
- Tips atasi anak tak mahu berus gigi
Berus gigi kanak-kanak biasanya ada tanda berapa banyak ubat gigi diperlukan
- 3 tahun keatas: Sebesar kacang pea iaitu bersamaan sebesar dot di tengah berus gigi.
- 3 tahun kebawah: Sebesar butir beras iaitu bersamaan separuh daripada dot di tengah berus gigi.
Rutin penjagaan gigi dan gusi seharusnya diperkenalkan dan dimulakan seawal sebelum tumbuhnya gigi susu. Sebelum tumbuhnya gigi susu, bersihkan gusi anak-anak menggunakan tuala atau kain bersih yang dibasahkan dan dibalut pada jari.
Jadi anak akan terbiasa untuk oralnya disentuh dan dia akan terbiasa bila sampai tahap giginya perlu diberus nanti.
#2. Jangan tunggu, bila dah tumbuh gigi susu, jadikan rutin berus gigi
Mula membersih dan memberus gigi apabila gigi susu yang pertama telah tumbuh. Lap dan bersihkan gigi tersebut setiap hari menggunakan tuala atau kain basah yang bersih.
Apabila anak-anak telah selesa dengan rutin pembersihan tersebut, kenalkan beliau dengan berus gigi dan galakkan anak-anak untuk memegang sendiri bahagian pemegang berus gigi tersebut, semasa anda memberus giginya.
#3. Berus gigi bersama mereka
Anak-anak suka meniru segala perbuatan ibubapa atau adik-beradiknya. Duduk berhadapan dengan mereka dan berus gigi bersama-sama.
Semasa anda memberus gigi anda, tunjukkan padanya yang anda sangat seronok memberus gigi, agar anak anda akan berasa teruja untuk memberus gigi juga. Pastikan anak-anak memegang berus gigi mereka sendiri and dapat melihat dengan jelas apa yang anda lakukan dengan berus gigi.
Baca juga: Cara Tackle Anak Yang Tak Nak Berkongsi, Sangat Berguna Bila Di Tempat Awam
Baca juga: 91% Perkembangan Otak Manusia Pada Usia 4-6 Tahun, Jadi Jangan Abaikan Golden Age Anak Ini