Ini sebab mengapa ibu bapa patut biar anak pilih pakaian sendiri, anak akan ....

Baca untuk mengetahui bagaimana anak boleh membesar menjadi orang yang yakin dan fashionista!

Tahukah anda Suri (anak Tom Cruise dan Katie Holmes) dikenali sebagai ikon fesyen kerana ibu selebriti Katie Holmes suka biar anak pilih pakaian sendiri?

Kajian telah menunjukkan apabila ibu bapa biar anak pilih pakaian sendiri, ini boleh mengembangkan gaya mereka dan membina keyakinan anak dari awal. Ibu-ibu pun tahu, kalau anak masuk fasa suka pilih pakaian sendiri, memang susah untuk memujuk dan mengubah fikiran mereka.

Tak kira sama ada baju tidak sesuai dengan keadaan ataupun warnanya bercanggah, mereka tetap akan berdegil dan mengatakan pilihan mereka adalah yang terbaik.

Lagipun, kita selalu membaca artikel tentang kebaikan membina harga diri anak dari kecil. Satu cara ialah apabila ibu bapa memberi kelonggaran dan biar anak pilih pakai sendiri?

Berikan pujian dan tepukkan tangan walaupun anak memilih untuk memakai tutu merah jambu bersama dengan seluar berwarna hijau neon terang.

Ha... biar je lah. Kalau dia kena "work it", biarkan sajalah.

Mengapa ibu bapa perlu biar anak pilih pakaian sendiri?

kelebihan anak pilih baju sendiri, biar anak pilih pakaian sendiri, anak pilih baju sendiri, anak memilih baju sendiri

Permainan imajinatif merupakan cara bermain yang boleh menyumbang kepada perkembangan mental kanak-kanak, kata kajian. Jika ibu bapa selalu memberi arahan untuk setiap langkah atau asyik melarang, ini hanya akan menyekat kreativiti dan pertumbuhan anak. 

Hanya dengan sehelai tuala yang diikat di atas bahu, anak boleh terus menjadi superhero. Mereka boleh menggunakan imaginasi mereka untuk menjadi apa sahaja: ahli sihir, doktor biarpun Raja ataupun permaisuri.

Apabila ibu bapa biar anak pilih pakaian sendiri sambil bermain, anak diberi peluang untuk membayangkan watak sendiri dan membina cerita sendiri dengan pakaian mereka.

Selagi anak memakai pakaian dengan cara yang betul, nampak elok, dan memakai pakaian yang tidak merbahaya, ibu bapa perlu biar anak pilih baju sendiri.

Tips untuk ibu bapa apabila biar anak pilih baju sendiri

kelebihan anak pilih baju sendiri, biar anak pilih pakaian sendiri, anak pilih baju sendiri, anak memilih baju sendiri

Tetapi sebelum ibu bapa biar anak pilih pakaian sendiri, kita perlu tetapkan beberapa peraturan terlebih dahulu. 

"Saya rasa anak perlu diberi kelonggaran untuk milih pakaian sendiri kerana ini akan membantu mengembangkan kreativiti mereka. Tetapi ini tidak bermakna ibu bapa tidak perlu menetapkan beberapa peraturan asas.

Selagi anak masih kecil, memang sayalah yang memilih pakaiannya kerana suka tengok anak berpakaian kacak. Tetapi apabila anak sudah dewasa nanti saya akan membiarkannya memilih pakaiannya sendiri," kongsi seorang ibu di dalam blognya.

Ibu-ibu lain turut berkongsi pendapat, "Perkara penting apabila biar anak pilih pakaian sendiri ialah untuk memastikan mereka memilih pakaian yang sesuai untuk cuaca dan situasi. Sudah tentu ibu bapa lain tidak akan membenarkan anak untuk memakai baju tidur pergi ke majlis harijadi! 

Tetapi perkara yang remeh seperti warna pakaian yang bercanggah, saya akan biarkan saja anak pilih pakaian kesukaannya. Anak saya cuma ingin berdikari, dan sebagai ibunya, saya bangga melihat perkembagannya."

Adakah ibu-ibu biar anak pilih pakaian sendiri? Apakah kombinasi pakaian paling teruk tetapi mencuit hati yang ibu bapa pernah tengok? Kongsi bersama kami karenah si manja anda menjadi fashionista!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapura

Baca juga:

my.theasianparent.com/fesyen-dan-alat-solek-kanak-kanak/