X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bagaimana Nak Bercakap Dengan Pasangan Tentang Apa Yang Anda Mahu Ketika Hubungan Intim Tanpa Rasa Awkward?

5 min bacaan
Bagaimana Nak Bercakap Dengan Pasangan Tentang Apa Yang Anda Mahu Ketika Hubungan Intim Tanpa Rasa Awkward?

Tahukah anda bahawa rata-rata majoriti yang sudah berkahwin merasakan agak janggal atau malu untuk bicara seks tentang apa mereka inginkan ketika beraksi di kamar? Mengapa jadi begitu?

Pasangan anda bukan seorang yang boleh baca minda lagi-lagi apabila bicara seks. Dia tidak tahu apa anda suka dan tidak suka. Jadi, untuk ketahui cara bagaimana untuk menghangatkan sesi bersama dengan langkah yang betul, kalian perlu berikan ‘user manual’ antara satu sama lain.

Hakikatnya boleh kata majoriti yang sudah berkahwin merasakan agak janggal atau malu untuk bercakap apa yang mereka inginkan sebenarnya ketika aksi di bilik tidur.

Ketahuilah ia salah satu punca buatkan seks anda tidak lagi sehebat di awal perkahwinan. Tak dinafikan yang melakukan hubungan seks jauh lebih mudah berbanding bicara seks.

Masalahnya adalah kekurangan komunikasi tentang seksual boleh menyebabkan pelbagai isu dalam kehidupan seks pasangan yang sudah berkahwin. Malah, banyak kes penceraian juga terjadi yang berkaitan dengan kehidupan seks.

Jika anda tidak biasa melakukan sesi perbincangan tentang seks dengan pasangan, menimbulkan persoalannya boleh jadi tidak selesa atau senang kata mustahil untuk membincangkannya tanpa membuatkan pasangan rasa ingin tidak selesa.

Kajian tentang rumah tangga mendapati pasangan yang selalu berbincang tentang kaedah hubungan intim yang mereka gemarkan dengan positif dan bercakap secara terbuka tentang seks antara satu sama lain cenderung untuk mendapat hubungan seks yang memuaskan seperti mana pada awal perkahwinan.

Jadi, jika anda tidak pernah bercakap tentang soal seks dengan pasangan, atau takut merasa malu atau kekok dalam membincangkannya, di sini kami kongsikan sedikit tips bagaimana untuk memulakan sesi perbincangan tersebut dan memastikan ia berjalan lancar.

Tips Bicara Seks Dengan Pasangan Agar Hubungan Kelamin Lebih Mesra

bicara seks

Pilih waktu yang tepat

Pabila menyentuh soal bertanya tentang sesuatu di kamar, adalah penting untuk anda mempertimbangkan waktu yang terbaik untuk memulakannya. Antara persoalan kecil seperti menukar posisi, mengubah sudut, atau memegang itu atau ini, boleh dilakukan pada masa ketika melakukan hubungan seks.

Tetapi jika apa yang anda mahukan adalah sesuatu yang perubahan yang lebih signifikan atau sesuatu yang jauh lebih berbeza dengan sesi bersama kalian selalunya, jadi mungkin ia bukan sesuatu yang anda patut bincangkan ketika sesi intim sedang dijalankan.

Sebagai contoh jika anda mahukan pasangan untuk melakukan lebih inisiatif ketika aktiviti seksual, atau memperkenalkan satu dinamik atau kink baru yang anda tidak pernah cuba sebelum ini, jadi ia adalah perkara yang patut anda bincangkan di luar sesi intim kerana takuti ia boleh ‘killing the mood.’

Jadikan sesi perbincangan lebih intimasi

Bercakap tentang seks dengan pasangan tidak perlu merasakan awkward. Sebaliknya, melakukan sesi perbincangan terbuka tentang apa yang antara kalian idamkan di kamar tidur boleh jadi satu perubahan terbesar yang menghangatkan sesi bersama.

Siapa yang tidak mahu tahu tentang satu cara baru yang boleh buatkan pasangan kalian turn-on bukan? Bercakap dengan antara satu sama lain tentang keinginan ketika hubungan seksual tidak hanya dapat memberikan apa yang diperlukan, ia juga boleh membuatkan hubungan kalian sebagai suami isteri yang sudah bertahun lamanya bersama kembali segar.

Jadi, tetapkan mood yang betul untuk sesi perbincangan tersebut. Jadikan ia satu sesi yang intimasi, saling berkait, atau malah momen seksi untuk kalian berdua.

Mungkin anda beritahu si dia akan apa yang anda mahu lakukan untuk sesi bersama kalian pada hujung minggu, atau ujarkan soalan seksi yang boleh buat pasangan tersengih untuk meneruskan perbincangan tersebut seperti “Apa yang awak suka kita lakukan bersama ketika seks beberapa bulan lepas?”

Dari situ, arahkan si dia ke dalam satu perbincangan tentang keinginan yang anda mahu cuba bersama.

Bertanya secara positif

bicara seks

Nada dan cara anda bertanya penting di sini kerana anda pasti tidak mahu persoalan itu kelihatan seperti satu kritikan buat si dia atau prestasi seksualnya. Jangan sekali mulakan dengan “Awak tidak pernah memulakan seks”.

Sebaliknya berikan pujian atau ajakan seperti “Saya suka bila kita melakukan…” sementara memberikan highlight kenapa anda mahukannya dan apa yang ia boleh menambah ke dalam kehidupan seks anda dan pasangan.

Anda pasti mahukan pasangan juga merasa teruja tentangnya atau sekurang-kurangnya teruja tentang prospek melakukan sesuatu yang boleh memberikan keseronokan pada kalian.

Tanya tentang apa yang pasangan anda mahukan di kamar juga

Jadikan ia satu sesi bicara seks dua arah. Adakah si dia mempunyai sesuatu yang mereka ingin cuba ketika bersama?

Dengar pada keinginan mereka juga, sekaligus kalian dapat bincangkan apa yang suka apa yang tidak. Dari situ kalian akan dapat satu persetujuan yang memuaskan antara satu sama lain.

Hormati sempadan antara satu sama lain

Bagaimana Nak Bercakap Dengan Pasangan Tentang Apa Yang Anda Mahu Ketika Hubungan Intim Tanpa Rasa Awkward?

Hakikatnya, pasangan anda mungkin tidak akan dapat memenuhi setiap keinginan seks anda. Jangan bertindak pushy atau demanding, dan jangan cuba untuk menggunakan tekanan atau membuatkan rasa bersalah untuk buatkan si dia terpaksa melakukan perkara yang anda inginkan.

Beri perhatian pada isyarat badan dan konteks yang lebih besar. Hormati dan terima seadanya kata “tidak” dari pasangan anda jika itu jawapan mereka, dan bincang tentang cara lain untuk memastikan yang setiap keperluan seksual kalian tercapai.

Jangan takut untuk mendapatkan bantuan atau sesi kaunseling bersama pakar rumah tangga yang boleh membantu kalian untuk jadi kreatif dan cari jalan untuk berikan spark dalam sesi bersama kalian.

Semoga bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Bagaimana Nak Bercakap Dengan Pasangan Tentang Apa Yang Anda Mahu Ketika Hubungan Intim Tanpa Rasa Awkward?

Artikel ini ditulis oleh Nabila Farhana Binti Fuad untuk theAsianparent Malaysia. Dia merupakan seorang penulis yang mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan web hampir 7 tahun. Dia pernah bekerja sebagai penulis web untuk majalah EH! yang banyak memberikannya ilmu dalam penulisan, pereka kandungan digital secara profesional buat sosial media serta laman sesawang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Status Anda Di Laman Media Sosial Dedahkan Rahsia Rumah Tangga Anda Tanpa Disedari!

Baca juga: Betulkah Janda Lebih Menggoda? Ini Sebab Mengapa Lelaki Lebih ‘Prefer’ Janda

Baca juga: Isteri Ini TAK PERNAH Buang Makeup Depan Suami, Bimbang Takut Suami Tawar Hati

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Bagaimana Nak Bercakap Dengan Pasangan Tentang Apa Yang Anda Mahu Ketika Hubungan Intim Tanpa Rasa Awkward?
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.