X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Betulkah Janda Lebih Menggoda? Ini Sebab Mengapa Lelaki Lebih 'Prefer' Janda

4 min bacaan
Betulkah Janda Lebih Menggoda? Ini Sebab Mengapa Lelaki Lebih 'Prefer' Janda

Lain pula ‘pattern’ sekarang yang kebanyakannya suami yang ingin  melakukan poligami ingin memperisterikan janda. Malah yang sudah beranak 2, 3 pula. Apa puncanya?

Selalu sangat dah kita dengar suami yang ingin melakukan poligami baru-baru ini. Cuma dulunya ramai betul suami yang ingin memperisterikan anak dara, atau yang jauh lebih muda daripada isterinya. 

Lain pula ‘pattern’ sekarang yang kebanyakannya suami yang ingin  melakukan poligami ingin memperisterikan janda. Malah yang sudah beranak 2, 3 pula. 

Selain mengikut sunnah nabi yang memperisterikan janda, sebenarnya ada banyak juga faktor lain yang membuatkan lelaki ini ‘terpukau’ dengan personaliti wanita yang pernah berkahwin ini. Nak tahu apa dia? 

Suami poligami, mengapa pilih janda?

poligami

#1. Menggoda

Tahu tak janda ni ada aura menggoda sebenarnya. Maklumlah bila dah kembali single ini, secara automatiknya, wanita akan bangkit dan tampil lebih yakin! Yelah nak mulakan lembaran baru, tak bolehlah jadi lemau. Bayangkan mereka perlu bersaing dengan ramai lagi anak dara yang cantik-cantik dan bertubuh langsing. 

#2. Tak perlu mencuba

Advertisement

Ramai lelaki yang lebih gemar memilih janda sebagai suri hati mereka, adalah mereka tahu yang wanita ini sudah bersedia. Malah segalanya akan lebih mudah dengan orang yang sudah mempunyai pengalaman berkahwin. Jadi mereka menganggap mereka tidak perlu terlalu ‘mencuba’. Wanita yang sudah berkahwin sememangnya sudah tahu apa ekspetasi mereka, dan selalunya ia tidak tinggi melangit, seperti gadis-gadis yang masih mentah. 

#3. Peramah

poligami

Tak tahulah sekiranya ini satu stereotaip atau tidak, tapi kebanyakan janda memang semuanya ramah-ramah belaka. Mengikut kajian, mereka ini sudah dalam proses ‘let go’ dan sudah bersedia untuk ‘move on’. Jadi secara tidak langsung mereka jadi ekstra peramah dan mesra dengan orang ramai. Malah bukan kepada lelaki saja, dengan rakan-rakan perempuan juga. Mereka rasakan hidup ini terlalu singkat untuk anda sia-sia dan melayan diri saja. Jadi mereka menjadi lebih ‘outgoing’ dan menikmati hidup ini dengan bersikap mesra. 

#4. Menjaga emosi

Mereka ini sudah mempunyai pengalaman dalam pakej yang lengkap. Baik pengalaman manis, masam, pahit semualah. Ia menjadikan mereka ini seorang yang cekap dalam mengawal emosi. Jadi apabila emosi mereka lebih terkawal, mereka mempunyai satu kemahiran dalam menjaga emosi orang lain juga. Terutama sekali emosi suami. Mereka tidak akan mengulangi kesilapan dulu, jadi mereka lebih terbuka dalam menangani emosi suami. Apabila suami sedang dalam mood yang tidak berapa baik, mereka tidak akan terus menerjah dan bertanya yang bukan-bukan. 

#5. Berdikari

Mana-mana wanita pun apabila sudah berumah tangga, mereka sebenarnya menjadi lebih berdikari. Kerana urusan rumah tangga dan anak-anak majoritinya mereka yang uruskan. Pergi hantar anak sekolah, pergi beli barang dapur, selesaikan bil-bil dan semuanya sendiri. Jadi tidak hairanlah apabila sudah ditakdirkan untuk bercerai atau menjadi ibu tunggal, mereka menjadi ekstra berdikari. Ciri-ciri seperti ini sebenarnya ramai yang lelaki suka. Bagi mereka itu satu ‘jackpot’ sebab lelaki ini kadang kala malasa fikir, dia suka perempuan saja uruskan semua. 

#6. Jaga penampilan

poligami

Ada satu terma yang cukup popular dulu iaitu ‘janda berhias’, inilah punca kenapa suami kita nak poligami dan memilih janda. Bukan nak cakap apa, kadang kala isteri-isteri cepat sangat selesa, dan tak jaga penampilan di rumah. Malah keluar rumah pun malas bersiap. Sebab itulah janda lebih nampak menawan, mereka belajar daripada pengalaman. Yelah dulu pun mungkin mereka ni jarang bersiap, tapi bila dan menjadi ‘single’ terus mereka pasang badan, mula bersolek dan pakai cantik-cantik.

Ini rupanya penangan janda ya, apa-apa pun setiap wanita di dunia ini masing-masing ada kelebihannya. Cuma dalam perspektif ini mungkin lebih menekankan bagaimana pengalaman boleh membentuk personaliti seseorang. Semua orang tahu menghadapi musnahnya rumah tangga ini sangatlah memeritkan baik yang berakhir dengan baik ataupun tidak. Betul, pengalaman yang teruk mampu menjadikan seseorang lebih kuat. Jadi mungkin itulah relevannya. Tapi itu tak bermakan untuk yang masih anak dara tidak mempunyai ciri-ciri berikut, seperti yang saya cakap setiap wanita punyai keunikan tersendiri, jadi tak perlulah bersaing.

Stories Rakan Kongsi
Teenage Growth Comes from Parental Support!
Teenage Growth Comes from Parental Support!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
How To Nurture Your Child’s Knowledge About Money
How To Nurture Your Child’s Knowledge About Money

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Redaksi

Baca juga: 9 Sebab Kenapa Suami Boleh Jatuh Cinta & Mahu Kahwin Lain

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Betulkah Janda Lebih Menggoda? Ini Sebab Mengapa Lelaki Lebih 'Prefer' Janda
Kongsikan:
  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham