Bidan Untuk Menjaga Ibu Dalam Pantang Dengan Pakej Kunjungan Harian Atau Tinggal Bersama

Bidan Untuk Menjaga Ibu Dalam Pantang Dengan Pakej Kunjungan Harian Atau Tinggal Bersama

Pakej rawatan oleh bidan untuk mengembalikan tenaga ibu selepas bersalin seperti berurut, bertungku, bertangas dan penjagaan bayi semasa pantang. Ibu bebas untuk pilih jenis dan tempoh rawatan daripada 5 penyedia khidmat bidan ini.

Penggunaan khidmat bidan di kalangan ibu moden semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Namun, tugas bidan ataupun lebih dikenali sebagai confinement lady (CL) kini tidak sama dengan bidan kampung yang sebenar.

Pada zaman dahulu, maksud bidan ialah orang yang menyambut kelahiran bayi. Kini, gelaran bidan ini sering digunakan untuk merujuk kepada tukang urut dan orang yang menjaga wanita dalam pantang selepas bersalin. 

Apakah Maksud Bidan Dan Tugas Seorang Bidan?

urutan bidan

Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka, maksud bidan ialah orang (biasanya perempuan) yang mempunyai kemahiran untuk membantu ibu sewaktu melahirkan anak. Bidan yang bertauliah atau midwife adalah jururawat yang mempunyai kepakaran dan telah menamatkan program kebidanan yang diiktiraf di pusat pengajian awam dan swasta.

Tugas seorang bidan secara umumnya ialah mengendalikan kehamilan dan proses kelahiran sehingga selamat

Semasa masih hamil, jururawat yang mempunyai kemahiran kebidanan boleh memikul tugas untuk membuat pemeriksaan kesihatan pada ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan. Mereka juga boleh memberikan nasihat dari segi pemakanan ibu dan mengajar ibu cara untuk mengira baby-kick serta tanda-tanda kelahiran untuk ibu waspada.

Selain itu, bidan juga mempunyai kemahiran untuk menyambut kelahiran bayi secara normal (vaginal birth) dan natural di bilik bersalin. Walau bagaimanapun, bidan tidak boleh mengambil kes ibu yang terpaksa melahirkan bayi melalui czer. Kelahiran ini hanya boleh dikendalikan oleh doktor. 

Selepas bayi sudah selamat dilahirkan, tugas bidan di hospital masih belum tamat. Bidan akan mengajar ibu cara menyusukan bayi, periksa luka pada kemaluan ibu dan timbang berat dan periksa bayi, sehingga hari ibu dan bayi dibenarkan pulang.

Menggunakan gelaran yang sama, perkhidmatan bidan ini juga boleh didapati di luar hospital, tetapi maksud bidan yang ini adalah berbeza. Bidan ini secara umumnya tidak boleh menyambut kelahiran bayi kerana mereka bukan petugas kesihatan dengan diploma kejururawatan. 

Sebaliknya, mereka adalah individu yang mempunyai kemahiran, pengalaman dan sijil kursus pendek berkaitan penjagaan ibu selepas bersalin dan bayi. Gelaran lain yang sering digunakan oleh penyedia khidmat ini ialah confinement lady (CL).

Kelebihan Menggunakan Khidmat Bidan

Bidan Untuk Menjaga Ibu Dalam Pantang Dengan Pakej Kunjungan Harian Atau Tinggal Bersama

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, boleh dikatakan hampir semua ibu yang baru bersalin akan menggunakan khidmat bidan. Jenis rawatan dan tempoh perkhidmatan yang digunakan sahaja berbeza mengikut keperluan dan kewangan masing-masing. Ini berlaku kerana penjagaan postnatal atau khidmat CL oleh orang selain ahli keluarga ini memang ada banyak kelebihannya. Antaranya ialah:

1. Beri ruang untuk ibu untuk berehat

Selepas bersalin, ibu pasti kepenatan dan perlu masa untuk sesuaikan diri dengan rutin baru serta keperluan bayi newborn. Jadi, dengan adanya CL di rumah, segala keperluan ibu untuk pulih akan dijaga dengan rapi.

2. Berpengalaman menjaga ramai wanita sebelum ini

Kebanyakkan bidan yang berdaftar atau bekerja tetap dengan mana-mana syarikat penjagaan ibu berpantang semestinya sudah mempunyai pengalaman menjaga ramai ibu lain sebelum itu. 

Jika CL itu baru dalam bidang ini, kebiasaannya pihak majikan akan hantar CL itu untuk ikut CL lama ke rumah mana-mana pelanggan dahulu untuk menimba pengalaman.

3. Mahir menjaga bayi baru lahir

Selain menjaga ibu, CL juga boleh mengambil tugas untuk menjaga bayi yang baru lahir itu. Bergantung pada pakej yang diambil, ada CL yang akan menjaga bayi sepenuhnya dan ibu hanya perlu menyusukan bayi. Pilihan ini sangat bermanfaat bagi ibu yang bersalin secara czer dan mempunyai kesukaran untuk bergerak.

4. Teman ibu sepanjang hari

Tidak semua suami boleh cuti panjang untuk jaga ibu yang baru bersalin di rumah. Jadi dengan adanya perkhidmatan bidan ini, ibu tidak akan kesunyian atau kemurungan melayan postnatal blues seorang diri di rumah. 

5. Turut melakukan kerja rumah tangga asas lain

Ada juga pakej penjagaan pantang yang merangkumi tugas menjaga ibu, bayi dan juga kerja rumah tangga yang asas. Antara kerja tambahan itu ialah seperti memasak makanan untuk keluarga, mencuci pakaian ibu dan bayi, serta mengemas rumah.

Pakej Bidan Dan Penjagaan Berpantang Selepas Bersalin Terbaik

Kini terdapat terlalu banyak syarikat yang menyediakan khidmat penjagaan untuk ibu yang baru bersalin. Antara skop kerja wajib yang termasuk dalam kebanyakkan pakej adalah bertungku, urut, tangas dan penjagaan bayi. Tetapi ada juga pakej yang datang dengan pelbagai tugas tambahan lain, dan tempoh penjagaan yang lebih panjang.

Jadi, anda boleh semak beberapa syarikat yang kami kongsikan ini untuk lihat apakah kelebihan yang ada pada pakej yang ditawarkan, dan yang mana lebih sesuai dengan bajet anda.

Pakej Bidan Dan Penjagaan Berpantang Terbaik
Natalis Mother Care
Pakej Bidan Terbaik: Penjagaan Pantang Sehingga 44 Hari
more info icon KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Tradisi Bidan House
Pakej Bidan Terbaik: Urut Wanita, Pranatal dan Postnatal
more info icon KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
CK Bidan
Pakej Bidan Terbaik: Dengan Kelengkapan Spa Bergerak
more info icon KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
LYC Mother And Child Centre
Pakej Bidan Terbaik: Penjagaan Lengkap Dengan Tempat Tinggal
more info icon KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Pantang Plus
Pakej Bidan Terbaik: Kunjungan Harian Atau Tinggal Bersama 
more info icon KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Natalis Mother Care

Pakej Bidan Terbaik: Penjagaan Pantang Sehingga 44 Hari

bidan terkenal di kalangan selebriti

Natalis Mothercare adalah penyedia khidmat penjagaan berpantang untuk ibu bersalin yang sangat terkemuka di Malaysia. Sehingga hari ini, Natalis telah membantu dan menjaga lebih 60,000 ibu untuk kembali pulih selepas bersalin. 

Bergantung kepada bajet masing-masing, Natalis menyediakan Pakej Pantang Jimat dan Pakej Pantang Eksklusif untuk dipilih. Antara tugas bidan yang termasuk dalam kedua-dua pakej ialah mandi herba, urut tradisional, bertungku, sauna dan bertangas untuk ibu. Manakala dari segi penjagaan bayi pula, bidan akan memandikan, mengurut dan bertungu bayi setiap hari.

Pakej paling singkat yang ditawarkan ialah selama 7 hari, dan yang paling lama ialah 44 hari. Sepanjang tempoh ini bidan yang diupah untuk itu akan tinggal bersama (live-in) di rumah pelanggan.

Apa yang kami suka:

  • Terbukti berjaya membantu ibu selebriti untuk menjadi sihat dan kembalikan berat badan asal.
  • Bidan live-in yang tegas dan akan mengikut jadual rawatan yang telah ditetapkan dalam pakej.
  • Bidan yang ringan tulang untuk bantu kemas rumah dan mengawas anak kecil yang lain di rumah.
  • Harga untuk pakej ekslusif 7 hari bermula RM320 sehari

Tradisi Bidan House

Pakej Bidan Terbaik: Urut Wanita, Pranatal dan Postnatal

Tradisi Bidan House

Tradisi Bidan House menyediakan khidmat penjagaan untuk wanita yang sedang cuba untuk hamil (TTC), ibu hamil dan selepas melahirkan. Berbeza dengan penyedia khidmat bidan yang lain, TBH tidak menyediakan khidmat penjagaan wanita dalam bentuk pakej menyeluruh. 

Di sini, anda diberikan kebebasan untuk memilih pelbagai jenis urutan dan rawatan mengikut keperluan semasa. Contohnya, jika anda mempunyai masalah bengkak susu, anda boleh ambil urutan khas untuk payudara sahaja. Manakala jika anda yang diduga dengan stillbirth, mungkin Relaxing Massage adalah lebih sesuai dengan kondisi anda.

Yang menariknya lagi, khidmat urut oleh bidan daripada Tradisi Bidan House boleh didapati di seluruh Malaysia. Jadi, jika anda pilih untuk berpantang dengan keluarga di kampung, anda masih boleh mendapatkan khidmat tukang urut terbaik ini.

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai menu urutan ala carte yang sesuai dengan pelbagai kondisi wanita, seperti urutan selepas keguguran, urutan kuruskan badan dan urutan kesuburan.
  • Bidan yang berketerampilan dan profesional, buat anda rasa seperti menggunakan khidmat urut di spa.
  • Bidan yang biasa membantu ibu hamil dan baru bersalin daripada latar belakang berbeza dan berbilang bangsa.
  • Harga untuk urut tradisional bermula RM149

CK Bidan

Pakej Bidan Terbaik: Dengan Kelengkapan Spa Bergerak

CK Bidan

CK Bidan menyediakan perkhidmatan urut dan penjagaan menyeluruh untuk ibu baru bersalin. Bidan yang bertugas di sini terdiri daripada 80 orang warga tempatan yang telah disaring dan ditemuduga terlebih dahulu.

Bagi ibu yang sedang mencari confinement lady yang boleh melakukan urutan perineum, CK Bidan ada menyediakannya. Dalam pakej urutan perineum ini, bidan akan lakukan urutan pada sekitar bukaan faraj untuk menguatkan otot dan sekaligus mengurangkan kemungkinan untuk episiotomi semasa bersalin normal. Selain itu, urutan payudara, kepala dan pranatal juga termasuk sekali dalam pakej yang sama.

Tambahan lagi, bidan di bawah seliaan CK Bidan ada bersedia untuk bertugas di kawasan bandar, luar bandar dan juga pedalaman. Jadi, tidak kira dimana anda bersalin, anda boleh lakukan tempahan bidan bertauliah apabila anda sudah bersedia.

Apa yang kami suka:

  • Penampilan dan sikap bidan yang profesional sepanjang sesi rawatan.
  • Ibu bebas memilih pakej atau servis urut secara berasingan mengikut jadual masing-masing.
  • Bidan tidak live-in sepanjang tempoh rawatan, jadi privasi keluarga tidak terganggu.
  • Harga untuk pakej rawatan bermula RM249

LYC Mother And Child Centre

Pakej Bidan Terbaik: Penjagaan Lengkap Dengan Tempat Tinggal

pakej penjagaan bidan di pusat khas

LYC Health menyediakan pusat berpantang bertaraf lima bintang beserta khidmat penjagaan postnatal dan bayi baru lahir. Bayangkan keselesaan seperti di hotel dan kepakaran penjaga seperti di hospital dalam satu tempat.

Antara perkhidmatan yang disediakan di sini ialah bilik tidur untuk ibu, bilik bayi, rawatan untuk ibu serta taklimat berkenaan penjagaan diri dan bayi. Yang paling menarik, pemakanan ibu sepanjang berada di sini akan dijaga oleh pakar pemakanan. Jadi, semestinya diet ibu akan seimbang dan kaya dengan khasiat!

Selain itu, kebanyakkan penjaga di sini juga adalah nurse berdaftar dan pekerja kesihatan yang bertauliah. Bukan sekadar bidan kampung yang hanya mempunyai pengalaman, tetapi tidak mempunyai sijil yang diiktiraf.

Apa yang kami suka:

  • Pilihan yang baik untuk ibu yang sedang melalui perhubungan jarak jauh dengan pasangan dan terpaksa berpantang seorang diri.
  • Jururawat bertauliah akan menjaga bayi di bilik bayi 24 jam sementara ibu sedang mendapatkan rawatan atau berehat.
  • Makanan berpantang yang berasaskan menu makanan Cina.
  • Harga untuk pakej penjagaan dan tempat tinggal bermula RM18,888

Pantang Plus

Pakej Bidan Terbaik: Kunjungan Harian Atau Tinggal Bersama 

Pakej bidan modenPantang Plus menyediakan confinement lady (CL) yang sudah dilatih untuk menjaga ibu yang baru melahirkan bayi serta penjagaan bayi. Ibu bebas untuk memilih CL yang membuat kunjungan harian ke rumah atau yang tinggal bersama selama 7, 14, 21, 28 atau 40 hari.

Dari segi penjagaan ibu, CL akan melakukan rawatan badan seperti bertungku, bertangas, berurut dan mandi herba. Untuk bayi pula, CL akan mandikan, mengurut dan menuam bayi dua kali setiap hari. Penyediaan makanan dan minuman herba berpantang untuk ibu juga akan turut sama disediakan oleh CL tersebut. 

Jadi, dengan bantuan yang menyeluruh ini, semestinya ibu dapat bertenang dan fokus kepada kesihatan emosi dan fizikal sahaja. Suami juga tidak perlu risau untuk pergi bekerja kerana ibu akan disibukkan denga pelbagai aktiviti bersama CL semasa berpantang di rumah.

Apa yang kami suka:

  • CL yang sudah mempunyai latihan lengkap tentang penjagaan ibu dan bayi.
  • Tidak perlu menyediakan tempat tinggal atau pengangkutan untuk pakej CL kunjungan harian
  • CL yang tinggal bersama akan bekerja dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.
  • Harga untuk pakej kunjungan harian bermula daripada RM2,160

Petua Untuk Bersalin Normal

Bidan Untuk Menjaga Ibu Dalam Pantang Dengan Pakej Kunjungan Harian Atau Tinggal Bersama

Ramai ibu hamil berazam dan berdoa untuk bersalin normal atas pelbagai sebab. Jika anda juga berharap untuk bersalin normal, ini adalah beberapa petua yang ada boleh amalkan. Mudah-mudahan, kebarangkalian untuk anda bersalin normal lebih tinggi!

  1. Kurangkan stress dan jauhkan diri daripada punca stress
  2. Lakukkan senaman ringan pranatal untuk kekal cergas
  3. Kerap berjalan untuk mudahkan bukaan
  4. Jaga pemakanan dengan mengambil makanan berkhasiat dan seimbang
  5. Banyakkan minum air masak, bukan air bergula
  6. Minum sesudu minyak kelapa dara setiap hari
  7. Lakukan urutan perineum apabila memasuki minggu ke 35

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu hamil di luar sana.

Baca juga: Tips Pilih Confinement Lady Supaya Tak Buat Ibu Pening Kepala Masa Berpantang Nanti!

Baca juga: 6 Resepi Sandwich Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Mengenyangkan, Bantu Turunkan Berat Badan

Baca juga: 10 Set Berpantang Popular di Malaysia, Anda Pilih Yang Mana Satu?