Untungnya rakyat Malaysia ini kerana untuk mendapatkan rawatan kesihatan, semua orang berhak menerimanya. Sebenarnya ramai dalam kalangan netizen di negara ini pernah berkongsi cerita hanya dikenakan bayaran murah tatkala menerima bil rawatan di hospital kerajaan.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- RM17 empat hari masuk wad, murahnya bil hospital kerajaan
- Harga murah, makan kerap
- Bil rawatan hospital kerajaan murah
- Syukur penjagaan kesihatan Malaysia
Menerusi perkongsiaan ciapan Twitter pada akaun @amirulhanafy, lelaki itu berkongsi pengalaman membayar bil rawatan isterinya dan kos dimasukkan ke wad untuk empat hari hanya RM17. Ikuti kisah diceritakan oleh beliau.
RM17 empat hari masuk wad, murahnya bil hospital kerajaan
Berdasarkan ciapan Twitter lelaki tersebut pada 21 Mei, dia memberitahu isterinya dimasukkan ke wad empat hari tiga malam di Hospital Putrajaya pada Mac lalu.
“Sebelum aku ambil dia dekat wad, wife pesan untuk bayar bil rawatan dan kos wad dekat kaunter dulu.
“Aku risau dan berpeluh-peluh. Pergi ATM keluarkan duit RM400. Sekali kena bayar RM17 saja.
“Aku macam ‘lah…serius lah?’. Empat hari tiga malam kot. Aku dah sedia kad debit just in case tak cukup, boleh bayar online,” demikian perkongsian lelaki tersebut.
Harga murah, makan kerap
Dari segi makanan pula, lelaki itu dimaklumkan oleh isterinya, dia diberi makan lima kali sehari.
“Aku tanya Liya (wife), ‘makanan macam mana?’
“Dia kata ‘kerap bang, lima sehari’. ‘Makanan standard orang sakit ke?’ Aku tanya. ‘Tadi makan ayam kurma‘. uih, bukan kaleng-kaleng.
“Aku tak puas hati, ‘nurse jaga macam mana?’
“Tiap jam datang jenguk, nak make sure kerap minum dan check urine.
Aku pun tanya wife, “cuba teka berapa abang bayar bil sayang…”
“300 ada?” dia jawab. “17 ringgit aje,” aku kata. Dia pun terkejut.
Bil rawatan hospital kerajaan murah
Berikutan tidak berpuas hati, pemilik Twitter itu juga turut bertanyakan rakan sepejabat berkenaan kos bayaran masuk wad untuk anak atau isteri dan mereka memaklumkan, ia bergantung kepada situasi dan kadangkala tidak sampai RM10.
“Aku mulai dari saat itu, memang aku respect habislah dengan healthcare kita. Sebelum ini memanglah pernah pergi KK (klinik kesihatan) dan bayar RM1 tiap kali pergi.
“Itu aku kira memang murah. Tapi ni warded, empat hari tiga malam. Siap makan minum, ada nurse jaga dan pantau.
“Memang betullah, kos healthcare negara kita jauh lebih murah. Walaupun kadangkala kau tunggu servis diorang lama, tapi berbaloilah daripada bayar ribuan ringgit untuk perkhidmatan dan layanan yang hampir sama,” ujarnya.
Syukur penjagaan kesihatan Malaysia
Sementara itu, lelaki itu memberitahu, dia terdetik untuk membuat hantaran pada Twitter berikutan baru-baru ini ada orang marahkan jururawat pergi membeli sarapan dan lewat 30 minit berdasarkan dakwaan tersebut.
“Biasalah tu kalau lambat, kalau dia tak pergi beli sarapan pun, untuk uruskan satu persatu pesakit pun lama juga. Bukan 5 minit setiap pesakit.
“Kau kena menarik nafas yang lega sebenarnya, di waktu negara yang kau sangka porak peranda ni, masih ada kebajikan yang negara mampu cover kita.
“Kalau rasa perkhidmatan KK tu lambat dan kita banyak duit, pergilah hospital/klinik swasta. Kalau kita tak ada banyak duit, maka kita kurang pilihan. Jadi bersyukurlah walaupun tak puas hati. At least poket tak koyak.
“Tak semua benda kita kena tak puas hati. Cuba jadi baik, tak salah pun,” demikian perkongsian lelaki tersebut.
Selain itu, dia turut membuat penafian bahawa, hantaran yang dibuatnya itu tidak mengatakan kos semua jenis rawatan termasuk bersalin adalah murah di Hospital Putrajaya.
“Seperti yang tertera pada resit, ianya hanya merangkumi kos penginapan wad (RM3/unit *mungkin perhari) dan kos urine for feme (idk what is that) RM5.
“Ini hanyalah cerita pengalaman aku dan isteri di Hospital Putrajaya. Ceritanya panjang, dipendekkan cerita, wife aku dehydration kena masuk wad kecemasan Hospital Putrajaya dan dipindahkan ke PBBR Presint 8. Bayar bil di kaunter Hospital Putrajaya,” katanya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Bakal Bersalin Tak Lama Lagi? Ini Hospital Kerajaan Terbaik Di Kuala Lumpur & Selangor
Baca juga: Anggaran Kos Bersalin Di Hospital Kerajaan, Para Ibu Wajib Semak Sebelum Due Date!
Baca juga: Siapa Cakap Bersalin Hospital Kerajaan Layanan Tak Bagus? Baca Perkongsian Ibu Ini Dulu, Ramai Puji!