Sunat atau berkhatan adalah satu prosedur yang dilakukan bagi membuang lebihan kulit iaitu kulup atau tisu yang meliputi kepala zakar. Apabila kulit kulup ini dibuang, bahagian hujungnya akan terdedah.
Ia bukan sekadar tuntutan agama semata-mata, malah menjadi ikutan negara lain kerana mempunyai banyak manfaatnya, baik dari agama mahupun kesihatan.
Biasanya sunat dilakukan pada usia sekitar 12 tahun tetapi trend semasa mendapati bahawa lebih ramai ibu bapa memutuskan untuk anak berkhatan pada seawal usia bayi kerana lebih senang untuk dijaga dan tidak banyak ragamnya.
Isi Kandungan
Sebab anak lelaki perlu sunat untuk kesihatan
Berikut adalah antara beberapa sebab kenapa anak lelaki perlu bersunat, iaitu:
- Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing dan beberapa penyakit seksual berjangkit ketika dewasa
- Perlindungan terhadap kanser zakar dan mengurangkan risiko kanser serviks pada pasangannya
- Pencegahan balanitis (keradangan pada kulit kepala zakar) dan balanoposthitis (radang kulup dan kepala zakar)
- Pencegahan phimosis (ketidakmampuan untuk menarik kembali kulup) dan paraphimosis (ketidakmampuan untuk mengembalikan kulup ke tempat semula)
- Kemudahan menjadi kebersihan pada hujung zakar
Setelah selesai berkhatan, penting untuk ibu bapa tahu tentang cara penjagaan yang betul supaya luka cepat sembuh.
Berapa lama luka berkhatan sembuh
Luka berkhatan sembuh sekitar 4 hingga 5 hari, tetapi ia bergantung kepada cara penjagaan selepas berkhatan. Dan boleh memakan tempoh yang lama antara 10 hingga 14 hari.
Namun, kebiasaannya benang jahitan akan terurai sendiri dalam tempoh 1 minggu.
Teknik sunat
Ada bermacam kaedah untuk melakukan sunat, antara teknik sunat yang menjadi pilihan adalah:
1. Dorsal slit atau Freehand
Teknik ini merupakan teknik konvensional dan memerlukan jahitan. Alat yang digunakan untuk membuang kulup ialah gunting atau diathermy.
2. Clamp
Teknik sunat moden ini menggunakan peranti seperti Alisklamp, Ismailclamp, Smartklamp. Cara ini lebih cepat, mudah dan bersih.
Yang paling penting, teknik ini tidak memerlukan sebarang jahitan dan mudah dijaga.
3. Sutureless
Teknik ini masih jarang digunakan. Ia hanya menggunakan gam tisu dermabond tanpa perlu dijahit.
4. Gun stapler
Gabunagn teknik klamp dan jahitan. Tetapi, ia sangat jarang digunapakai.
Bila anak lelaki perlu sunat?
Di Malaysia pada umumnya, kebanyakan ibu bapa melaksanakan ritual sunat bagi anaknya ketika ia menginjak usia baligh atau ketika usia sekitar 12 tahun ke bawah.
Padahal, jika ibu bapa memutuskan untuk melakukan khitan pada anaknya, sebaiknya dilakukan ketika anak masih bayi. Kerana semakin besar kanak-kanak, semakin berisiko pula prosedur berkhatan yang dilakukan.
Prosedur sunat yang dilakukan pada bayi (biasanya pada 10 hari pertama selepas lahir) hanya memerlukan masa 5 hingga 10 minit. Sedangkan pada anak yang sudah besar, prosesnya boleh mencapai 1 jam.
Khatan pada anak yang sudah besar juga memberikan peningkatan beberapa risiko, seperti:
- Rasa sakit dan nyeri yang lebih lama
- Pendarahan dan jangkitan
- Iritasi pada kepala zakar
- Peningkatan risiko cystitis (radang pembukaan zakar) dan kecederaan zakar
Sementara, khatan yang dilakukan semasa bayi dapat mengelakkan kanak-kanak daripada trauma akan rasa sakit. Selain itu rawatan pasca sunat juga lebih mudah dilakukan kerana bayi baru lahir tidak terlalu banyak bergerak.
Namun, bukan bererti bayi tidak merasakan kesakitan selepas bersunat. Oleh itu, ibu bapa harus tetap menjaga kebersihan dan keselesaan di daerah kelamin bayi.
Biasanya doktor akan memberikan salap antibiotik untuk disapu pada zakar bayi tiap kali tukar lampin untuk 1 hingga 2 hari pertama selepas sunat.
Semoga bermanfaat!
mStar, siraplimau
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sunat Bayi Perempuan Disaran Buat Lebih Awal, Cara Penjagaannya Mudah & Cepat Sembuh
Baca juga: Cara Penjagaan Selepas Berkhatan Bayi Lelaki & Perempuan, Luka Sunat Cepat Sembuh
Baca juga: Makanan Pantang Bersunat Yang Simple, Bantu Luka Anak Cepat Kering & Pulih