Sebelum ada anak, anda memang tidak bermasalah untuk berbogel atau berpakaian seksi ketika berada di rumah anda sendiri.
Begitu juga ketika bayi anda masih bayi, anda mungkin masih boleh berbuat begitu.
Tetapi apabila anak anda semakin membersar, dan enggan membiarkan anda menutup pintu bilik air, kecuali jika mereka berada di dalamnya dengan anda (dia nak mandi bersama!), anda mungkin mula tertanya sama ada anda perlu mula menutup badan anda.
Adakah ia baik untuk pembangunan mereka untuk melihat anda berbogel atau ia tidak sesuai?
Sudah tentu, ia terpulang kepada anda sama ada anda berasa selesa untuk berbogel atau berpakaian seksi semasa di rumah.
Tetapi pakar terapi Dr. Lynn Fraley memberitahu Romper yang membenarkan anak-anak anda untuk melihat anda bogel atau seksi tidak akan membahayakan mereka sama sekali.
Malah, ia boleh menjadi suatu perkara yang baik untuk mereka.
“Beberapa kajian yang telah dijalankan tentang topik ini dan kami telah mendapati bahawa kanak-kanak yang telah biasa melihat ibu bapa mereka berbogel atau berpakaian seksi telah mendapat manfaat daripadanya.”
Itu kata Fraley, ahli terapi yang berpangkalan di Spokane, WA.
“Peningkatan harga diri dan keselesaan dengan menyayangi tubuh fizikal dan kasih sayang adalah manfaat yang diperolehi oleh kanak-kanak yang tinggal di dalam isi rumah, di mana kanak-kanak tidak terlindung daripada visual tubuh manusia yang sebenar.”
Dengan pemikiran itu, kita bertanya kepada beberapa ibu bapa apabila mereka mula menjadi lebih sedar (malu) untuk berada di dalam keadaan bogel atau seksi di sekitar anak-anak mereka..
Sesetengah ibu bapa tidak melihatnya sebagai suatu isu yang sensitif.
“Anak-anak perempuan saya, 6 dan 5 tahun, dan saya sering berbogel atau berpakaian seksi di rumah,” kata Betty.
Meredith, 39, juga bersetuju: “Anak-anak saya (kembar lelaki / perempuan) 9 tahun dan saya masih berbogel/berpakaian seksi di rumah. Saya berfikir mereka akan menjadi tidak selesa, tetapi ia sudah menjadi perkara biasa kepada mereka.”
Perlu dengar pendapat anak-anak
“Saya syorkan keluarga meluangkan masa untuk mendengar anak mereka. Sebagai ibu bapa, ia adalah tanggungjawab anda untuk mengambil berat tentang perasaan mereka; jika mereka tidak selesa jika anda berbogel, berpakaian seksi atau tidak.” Fraley berkata.
Pendekatan untuk mendengar anak-anak memberitahu anda sama ada pemakaian anda membuatkan mereka berasa selesa atau tidak selesa adalah betul.
“Saya cadangkan untuk keluarga mengambil isyarat dari anak-anak mereka. Mereka akan memberitahu anda apa yang membuatkan mereka berasa tidak selesa dan adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyedari perasaan mereka.”
Sesetengah ibu bapa berfikir bahawa ia bergantung kepada umur kanak-kanak itu, dan juga jantina.
Wendy, seorang ibu berusia 39 tahun dan mempunyai anak berumur 2 tahun, memberitahu Romper bahawa sebelum ini dia tidak mempunyai isu dengan membiarkan anak-anaknya melihatnya bogel atau seksi.
Tetapi, semakin anaknya membesar dan akan baligh tidak lama lagi, dia mula memikirkan tentangnya semula.
“Saya hanya mula berasa semacam tidak selesa dengan anak saya berusia 10 tahun. Saya telah mula mendengar dia membuat jenaka seks dengan kawan-kawannya (tanpa isu keterlaluan),” katanya kepada Romper.
Apabila berada bersama anaknya yang berumur 4 tahun, bagaimanapun, dia tiada masalah untuk berada dalam keadaan seksi di meja makan.
Satu bentuk pengajaran buat anak-anak
Media sering menggambarkan imej badan secara tidak realistik.
Ada sesetengah wanita sengaja berbogel atau berpakaian seksi di sekitar anak-anak perempuan mereka untuk membolehkan mereka untuk melihat bagaimana badan wanita kelihatan tanpa Photoshop.
“Saya mempunyai 2 kanak-kanak perempuan, umur 3.5 dan 9.5. Mereka melihat saya seksi sepanjang masa (kebanyakannya kerana mereka seolah-olah suka bercakap dengan saya apabila saya di bilik mandi atau ketika tidak berpakaian!),”
Melody, 38, memberitahu Romper. “Saya tidak pernah terfikir untuk tidak membiarkan mereka melihat saya bogel. Saya rasa saya mahu mereka berasa selesa dengan badan-badan mereka dan tidak perlu bergantung kepada media dengan persepsi tidak realistik bagaimana tubuh mereka perlu dilihat.”
“Saya fikir ia adalah penting dia dapat melihat badan perempuan yang ‘normal’. Jadi, dia akan dapat fahami bahawa bukan semua orang mempunyai badan seperti seorang model.”
Valerie, 35, juga merasakan bahawa membenarkan anak perempuannya untuk melihatnya berbogel mengajarnya pengajaran yang penting mengenai imej badan.
“Anak perempuan saya adalah 9 tahun dan saya masih berbogel dan berpakaian seksi di hadapannya. Saya melihatnya sebagai suatu benda biasa kerana dia juga sering melihat orang yang tidak dikenali berbogel di bilik persalinan YMCA setiap kali kita pergi berenang,” katanya kepada Romper.
Mesej tentang keyakinan diri pada bentuk badan masing-masing
Mesej keyakinan dengan diri sendiri adalah penting, menurut Dr. Fraley, yang memberi amaran bahawa anak-anak kita boleh tahu apabila kita tidak berasa selesa dengan kulit kita sendiri.
“Bersembunyi di sebalik tuala secara umumnya menyampaikan mesej yang kita berasa tidak selesa dengan badan kita sendiri dan ini akan memberi kesan kepada cara anak-anak anda melihat diri mereka,” kata beliau.
“Jika anda malu dengan badan anda, bagaimana anda boleh mengharapkan anak-anak anda untuk berasa selesa dan bangga dengan badan mereka sendiri?”
Dr. Wyatt Fisher, seorang kaunselor perkahwinan di Boulder, CO, bersetuju.
Bila masa yang sesuai untuk berhenti berbogel atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak?
Beliau mencadangkan berada di dalam keadaan bogel di sekitar anak-anak anda apabila anda selesa dengannya, dengan syarat bahawa anda berhenti membenarkan kanak-kanak untuk melihat ibu bapa mereka berbogel sebaik sahaja mereka mula mengambil minat tentang organ seksual mereka.
“Anda akan tahu apabila anak anda berubah dari tidak pedulikan tentang organ-organ seksual anda kepada sentiasa merenung organ seksual anda, membuat komen tentangnya, dan ketawa kecil tentang mengenainya,” katanya.
Itulah sebenarnya apa yang mendorong Jennifer, seorang ibu berusia 34 tahun, ibu kepada 4 orang anak, untuk berhenti berbogel di sekitar anaknya ketika anaknya berusia 5 tahun.
“Dia mula bertanya banyak soalan (yang saya telah jawab dengan cara yang dia boleh faham) dan dia banyak termenung selepas itu. Jadi, saya menganggap ia adalah masa yang sesuai untuk mula berpakaian,” dia menjelaskan.
“Dia masih akan masuk ke dalam bilik mandi saya jika dia memerlukan sesuatu.”
Ia juga berbeza untuk lelaki, dia berkata: suaminya berhenti berbogel di hadapan anak-anak mereka pada hari kedua selepas mereka “bertanya tentang organ seksualnya.”
Ia juga penting untuk mengajar anak-anak kita berpakaian seksi atau berbogel boleh menjadi benar-benar sesuai bergantung kepada keadaan.
“Perkara yang luar biasa dan memupuk seperti penyusuan bayi tidak harus disembunyikan dari anak-anak dan penerimaan tentang apa sahaja bentuk badan kita harus diraikan.”
Dr. Farley mengingatkan kita.
“Tubuh manusia adalah satu perkara yang indah dan saya fikir ia adalah sangat penting untuk kanak-kanak kecil tahu bahawa ia adalah normal dan semula jadi untuk berbogel atau berpakaian seksi ketika berada bersama mereka.”
Rencana diterjemah daripada Romper.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!