Kelahiran seorang anak menjadi penyeri dalam rumah tangga. Proses selepas bersalin memerlukan ibu berehat secukupnya agar tubuh badan cepat sihat. Justeru sebagai suami, adalah penting menyediakan sebuah bilik berpantang khas untuk isteri dan bayi anda.
Tidak dinafikan bahawa mental dan fizikal ibu berpantang agak lemah selepas melahirkan anak. Masa yang ada juga banyak dihabiskan di dalam bilik bagi menguruskan diri dan bayi baru lahir.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Idea dekorasi bilik berpantang yang simple dan cantik untuk isteri tersayang
- Tips hias bilik berpantang dengan tema kelabu dan merah jambu
Idea dekorasi bilik berpantang yang simple dan cantik untuk isteri tersayang
Bagi suami yang tiada idea untuk menghias bilik berpantang, kami kongsikan beberapa idea yang menarik bagi menghargai pengorbanan isteri selepas melahirkan anak.
Idea dekorasi untuk bilik ini menggunakan rona warna putih, merah jambu dan juga kelabu yang memberikan efek yang amat menenangkan.
Bilik khas untuk isteri tercinta ini dilengkapi dengan pelbagai perabot seperti laci dan almari meja bagi memudahkan kerja-kerja untuk ibu menyiapkan anak.
Bingkai gambar bunga berwarna tona merah jambu menambahkan lagi seri bilik ini.
Anda juga boleh menghias bilik ini dengan menambah sejambak bunga berwarna putih sebagai pelengkap suasana bilik. Tambahkan karpet berbulu berwarna kelabu untuk menambah kehangatan dan keselesaan pada bilik.
Selain daripada katil untuk isteri, anda juga boleh mendekorasi bilik dengan menambah katil bayi.
Apa yang menarik sekali untuk katil bayi ini adalah ia mempunyai roda yang memudahkan anda untuk mengalihkan kedudukan katil ini. Boleh letak bersebelahan dengan katil isteri dan sebagainya terutamanya untuk waktu malam.
Sebagai hiasan dan bagi mencantikkan lagi ruang, anda juga boleh menghias katil bayi ini dengan kelambu.
Untuk kelambu, anda boleh memilih warna sedondon iaitu merah jambu dan anda juga boleh menambah hiasan gantung yang comel pada katil.
Pastikan juga anda mendapatkan katil selesa untuk bayi anda agar anak anda dapat tidur dengan lebih lena.
Tips hias bilik berpantang dengan tema kelabu dan merah jambu
Pada sudut hujung bilik, laci dan almari kecil dapat memaksimakan penggunaan ruang yang ada di samping menjadi storan yang baik untuk pakaian-pakaian bayi anda.
Tidak lengkap rasanya bilik untuk isteri sekiranya tidak dilengkapi dengan ruangan khas untuk isteri anda berdandan.
Anda juga boleh mendapatkan meja solek khas untuk isteri anda bagi memenuhi ruang. Pilihan meja solek ini walaupun ringkas tetapi masih lagi mengekalkan ciri feminin.
Bergantung pada keadaan dan jenis ruang, pemilihan meja solek yang lebih kecil boleh dipilih agar ruang tidak sarat dengan terlalu banyak barang.
Nak lebih comel? Anda boleh tambah idea dekorasi sofa bayi untuk mencantikkan ruang dan suasana.
Semoga idea-idea dekorasi bilik berpantang ini memberi manfaat buat si suami! Selain bilik yang cantik, apa yang paling penting adalah dari segi keselesaan buat isteri dan anak anda. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Dekorasi BILIK TIDUR Moden Untuk Bayi, Anak Berusia 5 Tahun Ke Bawah!
Baca juga: Idea Deco Bilik Tidur Rumah Kampung Bertemakan Putih, Nampak Moden & Lebih Luas
Baca juga: Deco Bilik Anak Lelaki & Ruang Bermain Yang Menarik, Bantu Latih Anak Tidur Sendiri