Bintik Putih Di Muka Bayi, Adakah Ia Masalah Kulit Atau Bahayakah Pada Bayi?

Bintik putih di muka bayi atau dikenali sebagai milia. Bagaimana ia terjadi? Adakah ia berbahaya atau sejauh mana kesan kepada bayi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada atau tidak dalam kalangan ibu-ibu di sini pernah melihat bintik putih di muka bayi anda atau disebut sebagai milia. Mungkin pernah ada ibu tertanya-tanya apakah milia ini atau sejauh mana bahayanya atau adakah ia memberi kesan dari sudut kesihatan bayi.

Kebiasaannya kita melihat milia ini pada muka orang dewasa. Bagaimana pula ia boleh terjadi kepada bayi?

Apakah yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Apakah itu milia?
  • Bukan masalah kulit serius
  • Punca terjadi milia pada bayi
  • Cara mencegah milia pada bayi

Apakah itu milia atau bintik putih di muka bayi?

Menerusi penerangan oleh Doktor Perubatan Keluarga, Dr Rohaya Ramli dalam temu bual bersama Harian Metro, milia atau sista berisi keratin ini adalah ketulan kecil berwarna putih yang mengandungi keratin berkumpul pada pori kelenjar peluh. Kemudiannya, ia membentuk benjolan di permukaan kulit.

Kebiasaannya, milia memiliki saiz antara 1 hingga 2 milimeter dan ia masalah kulit biasa berlaku kepada hampir 50 peratus bayi baru lahir.

Beliau menjelaskan, sista berisi keratin ini tidak berbahaya kepada bayi mahupun individu pelbagai peringkat usia. Untuk bayi pula, milia sering terjadi selalunya seminggu kelahiran dan akan hilang apabila bayi mencecah 2 hingga 4 minggu.

Bintik putih di muka bayi bukan masalah kulit serius

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara kawasan muka bayi yang sering berlaku milia ialah pada kening, hidung, pipi dan lelangit. Ia bukan masalah kulit serius atau berbahaya sebaliknya normal kepada bayi baru dilahirkan.

Milia terbahagi kepada dua jenis:

  • Milia primer yang merujuk kepada bayi baru dilahirkan apabila keratin terperangkap dalam kulit.
  • Milia sekunder terjadi akibat kecederaan pada kulit seperti selaran matahari atau melepuh yang berlaku dalam kalangan orang dewasa.

Punca milia pada wajah bayi

Antara penyebab kewujudan milia pada wajah bayi apabila terdapat penumpukan sel kulit mati atau keratin daripada lapisan atau kulit.

Penumpukan minyak ini ditambah sel kulit mati menyumbat pori-pori kulit. Sumbatan ini membentuk ketulan kecil berupa bintik-bintik putih yang menonjol pada permukaan kulit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara mengurangkan milia pada bayi

Terdapat beberapa cara untuk membantu dalam mengurangkan kewujudan milia pada wajah bayi.

  • Ibu perlu memastikan muka bayi anda sentiasa bersih. Bersihkan muka bayi anda dengan air suam sekali sehari.
  • Keringkan muka bayi anda dengan lembut. Tepuk dengan lembut dan perlahan untuk mengeringkan muka bayi dan bukannya dengan menggosok.
  • Jangan picit bintik-bintik putih milia. Ia bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah bahkan, boleh menyebabkan jangkitan pada wajah bayi.
  • Elakkan menggunakan pelembap atau minyak pada muka bayi baru lahir.

Milia tidak berjangkit serta tidak menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi. Walau bagaimanapun, sekiranya bintik-bintik tersebut merebak atau ia menyakitkan kulit dan meradang, seeloknya berjumpa dengan doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ibu bimbang mengenai kewujudan bintik-bintik susu atau ia tidak hilang selepas tiga bulan, mungkin sudah tiba masanya untuk pemeriksaan kesihatan bayi.

Sekiranya ibu mengikut jadual pemeriksaan kesihatan bayi dengan doktor, ibu boleh bertanyakan kepada mereka. Apabila bertanya kepada doktor serta mendapatkan penjelasan, sekurang-kurangnya ia boleh melegakan hati ibu.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Barulah Beratnya Boleh Bertambah!

Baca juga: Bau Bayi Wangi Kerana Adanya Lapisan Vernix, Ibu Tidak Perlu Mandikannya Guna Sabun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Perkara Yang Ibu Ayah Perlu Peka Semasa Pemeriksaan Bayi Baru Lahir, Jangan Terlepas Pandang!