Jika anda gemar makanan laut mentah seperti sushi, sashimi dan sebagainya, ada perkara yang anda perlu ambil perhatian terutamanya jika anda sedang hamil! Pernahkah anda melihat bintik putih pada ikan yang anda makan? Ha, mari kami ceritakan tentang bintik-bintik putih ini.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Bintik putih pada ikan boleh membawa kesakitan pada ibu hamil, perlu ke berhenti makan ikan?
- Apa kesannya kepada kandungan jika ibu terkena jangkitan parasit?
Menurut sebuah perkongsian di Facebook, bintik-bintik putih pada ikan ini sebenarnya membahayakan dan boleh membuatkan anda berasa tidak sihat selepas memakannya. Sahih ke perkongsian ini? Kalau nak tahu, kenalah baca lebih lanjut!
Bintik putih pada ikan boleh membawa kesakitan pada ibu hamil, perlu ke berhenti makan ikan?
Kami faham bahawa ada yang gemarkan makanan laut, dan ada juga yang gemar memakannya dengan mentah seperti sushi dan sashimi. Kami pun tidak menafikan bahawa keunikan rasa ikan mentah itu boleh menjadi sedap, namun berwaspadalah dalam memakan ikan mentah!
Dalam perkongsian Facebook berkenaan, ia telah berkongsi bahawa jika anda ternampak ikan ada mempunyai bintik-bintik putih tersebut, buang terus! Bintik putih tersebut dipenuhi dengan cecair berwarna putih susu dan parasit yang meracuni ikan melalui otot-otot.
Parasit ini dikenali sebagai henneguya salminicola, dan ia akan tidak akan membawa bahaya kepada kesihatan ikan yang dijangkiti sehinggalah ikan tersebut akan mati secara tiba-tiba.
Bunyi macam bahaya, kan? Adakah ini bermakna ibu yang hamil tidak boleh memakan ikan kerana khuatir ikan tersebut akan mempunyai parasit henneguya salminicola ini?
TIDAK! Para ibu yang hamil masih boleh memakan ikan selagi ikan tersebut dicuci bersih dan kemudian dimasak.
Namun, jika ibu hamil masih mahu mencuba makan ikan mentah, anda perlu tahu risikonya dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada kandungan anda sekiranya ikan tersebut dijangkiti parasit henneguya salminicola ini.
Apa kesannya kepada kandungan jika ibu terkena jangkitan parasit?
Sebaik sahaja anda tahu bahawa anda hamil, itu ialah waktu terbaik untuk berhenti memakan makanan laut mentah baik sashimi atau sushi. Mengapa?
Pada tempoh trimester pertama, beberapa perkembangan ketara akan mula berlaku pada janin anda jadi ianya sangat penting untuk anda berhenti memakan makanan yang boleh membawa risiko pada kandungan anda.
Sehingga akhir tempoh trimester pertama, semua organ-organ penting si manja anda akan mula terbentuk dan pada waktu inilah janin anda perlu dijaga rapi dari pendedahan virus-virus dan bakteria yang berbahaya.
Semasa anda hamil juga, sistem imunisasi anda akan mula menurun kerana anda sedang berkongsinya bersama kehidupan baru yang berada dalam rahim anda. Jadi, lebih baik untuk terus berhati-hati dari mengambil risiko sekiranya anda hendak si manja terus sihat ketika berada dalam kandungan anda.
Bagaimana hendak tahu jika saya sudah terkena jangkitan dari ikan mentah?
Walaupun sistem imunisasi kita cukup kuat untuk membunuh parasit tersebut, tetapi anda masih berisiko untuk menghidapi penyakit disebabkan oleh parasit yang menjangkiti ikan ini.
Sekiranya anda memakan ikan mentah yang telah dijangkiti tanpa anda ketahui, anda akan mengalami beberapa simptom yang pasti akan membuahkan rasa ketidakselesaan. Antaranya:
- Mata dan kulit kelihatan kekuning-kuningan
- Hati akan membesar dan menjadi lembut
- Mengalami mual-mual, muntah, cirit birit, hilang selera makan dan sakit perut
- Kadar degupan jantung akan meningkat
- Sakit kepala
- Lenguh-lenguh otot
Ketika hamil, adalah lebih baik untuk anda menjaga kesihatan pada tahap optimum. Dengan sistem imunisasi yang sedang menurun, anda lebih mudah dijangkiti penyakit dan lebih sukar untuk sembuh jadi makanlah makanan yang dicuci bersih dan dimasak dengan rapi supaya tidak membahayakan diri sendiri dan kandungan anda.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Minyak Ikan Omega-3 Terbaik Di Farmasi Dan Kebaikannya Yang Anda Mesti Tahu