Kebiasaanya sebelum menjalani pembedahan czer, doktor akan suntik ubat bius epidural terlebih dahulu supaya keadaan pesakit lebih tenang dan pembedahan mudah dijalankan.
Namun, seorang doktor di California yang melakukan pembedahan czer pada seorang ibu hamil tidak memberi suntikan ubat bius epidural sehingga pesakitnya berteriak kesakitan!
Sehingga kini, wanita terbabit masih trauma dengan pembedahan czer yang dijalani itu hingga dia pengsan kerana tidak sanggup menahan kesakitan.
Doktor tidak suntik ubat bius epidural, pesakit bawa kes ke mahkamah
Wanita malang itu, memberi surat amaran dan teguran kepada Tri-City Medical Center di Oceanside California dengan tuduhan malpraktik dan penderitaan emosional disebabkan pembedahan czer tanpa bius epidural itu.
Sementara pihak hospital terbabit mengatakan kualiti kerja dan keselesaan pesakit adalah keutamaan mereka serta menganggap tuduhan yang dilemparkan wanita berkenaan adalah penghinaan terhadap reputasi hospital tersebut.
Dalam pernyataan rasmi, pihak hospital dengan tegas mengatakan mereka telah memberikan ubat bius kepada Delphina Mota sehingga boleh melahirkan anak yang sihat dan ceria melalui prosedur pembedahan.
Menurut Delphina, sebelum pembedahan dilakukan, dia melihat doktor mengoles sesuatu pada kulitnya yang pada firasatnya adalah ubat bius tetapi semasa pembedahan dia masih merasakan kesakitan itu hingga tidak tertahan.
Oleh sebab itu, dia berteriak hingga pengsan kerana seluruh tubuhnya merasa sakit yang teramat sangat seolah-olah tidak dibius langsung.
Ubat bius epidural – kronologi kejadian
- Delphina yang sedang hamil 41 minggu datang ke hospital bersama suami kerana sudah sampai masa untuk beranak. Namun, tiada sebarang tanda dengan bukaan servik yang agak perlahan hingga memberi kesan kepada degupan jantung bayi. Lalu, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan czer.
- Deplhina segera dibawa ke bilik pembedahan dan doktor dipanggil untuk melakukan prosedur tersebut.
- Malam sebelumnya, Delphina telah menerima suntikan bius epidural namun ia tidak memberi kesan pada bahagian tubuh yang dibedah iaitu di bahagian bawah perut.
- Malah dia sendiri mengutarakan hal tersebut kepada jururawat kerana merasakan ubat bius sudah mula menghilang dan saat di ruang pembedahan dia merasakan doktor mengoles sesuatu di kulit badannya.
- Semua doktor dan petugas hospital bertungkus lumus melakukan prosedur tersebut dan mengikat kaki dan tangan Delphina di atas katil.
Laporan doktor
Dalam laporan pembedahan, doktor menerangkan bagaimana dia membuat pembedahan tanpa ubat bius yang membelah perut bawah Delphina sebelum pakar bius datang.
Ketika kejadian, Delphina berteriak dan menangis dengan mengatakan dia dapat merasai kesakitan yang melampau hingga meminta doktor berhenti membedahnya sebelum pengsan tidak sedarkan diri. Sementara Paul, suami Delphina berusaha masuk ke bilik bedah tapi dihalang.
Meskipun Paul memahami tugas pihak hospital dalam menyelamatkan nyawa anak mereka supaya bayi dapat dikeluarkan segera namun mereka sepatutnya melakukan dengan cara dan prosedur yang betul tanpa menyakiti pesakit hingga mengalami rasa sakit yang luar biasa.
Paul dan Delphina melayangkan surat saman kepada pihak hospital terbabit dengan tuntutan sebanyak 5.75 juta dolar AS sebagai ganti rugi di atas kejadian yang berlaku.
Justeru di harap kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan pihak yang terlibat mengakui kesilapan mereka supaya ia tidak memberi trauma kepada ibu hamil yang lain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Fitriyani dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.compengalaman-bersalin-czer