Anda Tengah Mencari Pengisar Makanan Yang Paling Efisyen? Ini Blender Terbaik Di Pasaran Malaysia

Jika anda masih tercari-cari blender yang sesuai dengan bajet dan citarasa anda, kami ada senarai blender terbaik Malaysia di sini.

Cuba semak, adakah anda telah memiliki salah satu blender terbaik di Malaysia? Blender atau pengisar makanan adalah alat elektronik yang dilengkapi dengan bilah pengisar yang tajam. Ia menjadi alat perkakas dapur yang memudahkan proses penyediaan bahan masakan untuk mengisar dan mencampurkan bahan makanan seperti bawang, rempah atau smoothies secara halus atau kasar.

Pendek kata, setiap dapur di rumah wajib memiliki satu pengisar makanan terbaik. Membeli peralatan elektronik tidak semudah seperti membeli barang keperluan harian. Pengguna bukan sahaja perlu menilai dari harga semata-mata, apa yang paling penting adalah dari segi ketahanan dan keselamatan. 

Dengan pelbagai reka bentuk dan fungsi yang berbeza, pasti sukar untuk anda pilih blender yang bersesuaian dengan citarasa anda. 

Jadi, bagi memudahkan anda mencari blender terbaik Malaysia, kami senaraikan pilihan blender yang mungkin sesuai dengan kriteria yang anda mahukan. Yang pastinya, semua cadangan blender di bawah ini mengikut bajet, citarasa dan terbukti berkesan serta berkualiti tinggi!

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memilih Pengisar Makanan

Sebelum kita teruskan kepada senarai pilihan blender yang disyorkan, jom kita semak dahulu beberapa tips memilih blender yang berkesan dan tahan lama.

1. Pilih berdasarkan kapasiti 

Jika terdapat ramai ahli keluarga di rumah, maka pilihlah blender dengan balang yang berkapasiti besar supaya memudahkan kerja anda di dapur. Contohnya, semasa menyediakan smoothies, anda tidak perlu mengisar pelbagai variasi buah-buahan dan sayur-sayuran berulang kali.

2. Jenis Pengisar

Secara umumnya, jenis pengisar makanan di pasaran terdiri daripada: blender biasa/stand blender, blender capsule, dan hand blender. Stand blender kebiasaannya memiliki kapasiti besar dan menjadi pilihan ramai.

Manakala, kapasiti blender capsule adalah kecil. Dan, jenis hand blender pula seperti namanya, ia tidak mempunyai balang. Jadi, anda boleh menggunakan mana-mana bekas yang selamat atau boleh dikisar terus pada bahan makanan yang masih panas dalam kuali.

3. Ciri-ciri keselamatan

Ini adalah sangat penting untuk mengelakkan anda daripada tercedera jika anda menghidupkan atau merosakkan pengisar makanan secara tidak sengaja. Juga, pilih blender yang tidak akan dihidupkan jika penutupnya tidak dipasang sepenuhnya. Dan terdapat juga ciri pengisar makanan yang akan mati secara automatik jika motor enjin terlalu panas.

4. Bentuk Bilah

  • Wave blade (beralun): sesuai untuk membuat smoothie. Ia mampu menghancurkan ketulan ais menjadi sangat lembut.
  • Flat blade (rata): sesuai untuk membuat jus daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Oleh kerana bilahnya lurus, mudah untuk anda mencucinya.
  • Saw blade (bergerigi): sesuai untuk menghancurkan sayur-sayuran serat tinggi dan pelbagai kacang.

5. Bahan Balang

  • Kaca: kelebihannya tidak berbau, tidak mudah tercalar dan bertindak balas dengan bahan makanan yang melekat pada permukaan balang. Rintangannya terhadap haba juga tinggi. Pastinya ia lebih berat dan stabil.
  • Plastik: agak ringan, dan harganya berpatutan. Digunakan untuk jangak tempoh yang lama, ia berpotensi tercalar di beberapa bahagian. Lama kelamaan, calar ini akan meninggalkan bau makanan yang terperangkap di dalamnya. Tetapi jangan terlalu risau, dengan penjagaan yang teliti ia dapat dielakkan.
  • Tritan: gabungan bahan kaca dan plastik. Blender balang jenis ini mempunyai rintangan dengan muatan yang tinggi, tetapi ringan.

6. Blender Boleh Basuh

Pastikan beberapa komponen pengisar boleh dikeluarkan untuk pembersihan. Dari balang, bilah, dan bahagian lain.

7. Aksesori Tambahan

Sesuai digunakan mengikut kegunaan seharian ialah dry mill iaitu mengisar rempah kering. Dan wet mill, untuk mengisar bahan basah. Ia membantu anda dari segi mengisar rempah tanpa merasa penat jika menggunakan cara konvensional (menumbuk).

6 Pilihan Pengisar Makanan Atau Blender Terbaik Di Malaysia

Tak sabar nak tahu pilihan blender yang terbaik dan berkualiti pilihan ramai? Kami senaraikan 6 pengisar makanan terbaik yang menepati citarasa dan kehendak anda. 

Blender Terbaik
Philips Pro Blender 5000 Series HR2223/01
Terbaik Untuk Hidangan Smoothie
Beli di Shopee
Samu Giken 12 in 1 Blender
Terbaik Dengan Kapasiti Besar
Beli di Shopee
Tefal Glass Jug Click & Taste Fruit Sensation
Terbaik Dengan Kapasiti Bersaiz Kecil
Beli di Shopee
Khind Blender With Dry Mill
Terbaik Murah & Berkualiti Tinggi
Beli di Shopee
Midea Blender MBL-35
Terbaik Dengan 2 Pilihan Kelajuan
Beli di Shopee
Electrolux Blender EBR3646
Terbaik Menghancurkan Ketulan Ais Dengan Cepat
Beli di Shopee

Philips Pro Blender 5000 Series HR2223/01

Terbaik Untuk Hidangan Smoothie

Philips Series 5000 Core Blender HR2223/30 ini jenis keluaran semasa era pandemik, berfungsi menghasilkan smoothie terbaik kerana kemampuannya mengisar 40% lebih halus dan menghancurkan ketulan ais dengan sempurna. 

Berita baik bagi penggemar smoothie, anda boleh menikmati smoothie terbaik dengan teknologi ProBlend Crush. Dilengkapi dengan bilah 4 bintang yang unik dan motor 700W cekap tenaga menghasilkan smoothie yang sempurna setiap masa. Butang penghancur ais yang berkuasa mengubah ais keras menjadi adunan halus, dua kali lebih pantas.

Maklumat produk:

  • 5 tetapan pratetap untuk hasil yang mudah dan boleh dipercayai.
  • Dengan tetapan 5 kelajuan, direka untuk memberikan tekstur yang sempurna, daripada smoothie kepada sup dan sos.
  • Ais hancur sempurna, 2x lebih pantas. 
  • Penutup dan pisau boleh tanggal.
  • Dilengkapi dengan butang Quick Clean untuk pembersihan yang cepat & mudah
  • Kapasiti 2L
  • Kuasa: 350W
  • Bahan: plastik

Samu Giken 12 in 1 Blender 

Terbaik Dengan Kapasiti Besar

Blender Samu Giken ini memang berbaloi untuk anda yang gemar mencuba pelbagai resepi baharu. Anda boleh menggunakannya untuk membuat smoothies buah-buahan atau sayur-sayuran.

Selain boleh jadi jag blender biasa, ia juga hadir dengan 8 jenis aksesori lain seperti balang dengan penapis yang boleh menapis serat buah selepas mengisar buah-buahan sebagai hidangan jus. Tidak terkecuali, balang berserta chopper khas untuk mengisar daging. Sangat menjimatkan masa, kan?

Maklumat produk:

  • Terdapat 12 komponen blender pelbagai fungsi : 1.) Cup Base with Blade 2.) Mangkuk Chopping  3.) Penutup Chopping 4.) Lid 5.) Balang dengan penapis 6.) Penutup Minuman 7.) Flat Cover 8.) Chopping Blade 9.) Unit Utama 10.) Penolak 11.) Cawan jenis tinggi 2x 12.) Cawan jenis rendah 2x
  • Sesuai untuk mengisar, membuat jus, mengadun, mencincang dan membuat smoothies.
  • Model : SG-MFB1400B
  • Voltan : 220V – 240V, 50-60Hz
  • Kuasa Berkadar : 400W
  • Halaju : 2.500/11.000 rpm
  • Kelajuan : 2 Kawalan Kelajuan Dengan 8 Aksesori
  • Berat Bersih Seunit : 2.5 kg
  • Warna : Hitam

Apa yang kami suka? 

  •  Mudah digunakan & dibersihkan
  • Aksesori boleh ditukar mengikut kesesuaian pelbagai hidangan
  • Dengan suis keselamatan untuk mengisar lebih selamat
  • Bilah & muncung jenis stainless steel
  • Suis motor & nadi berkuasa untuk penyediaan makanan mudah
  • Reka bentuk ergonomik moden
  • Diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga
  • Pensijilan Sirim

Tefal Glass Jug Click & Taste Fruit Sensation

Terbaik Dengan Kapasiti Bersaiz Kecil

 

Perlukan pengisar dengan kapasiti kurang daripada 1 liter? Tefal Glass Jug Click & Taste Fruit Sensation Compact Mini adalah pilihan blender yang terbaik. 

Maklumat produk:

  • Pengisar mini yang direka dengan elegan, fleksibel dan mudah digunakan.
  • Dengan material logam yang kukuh dan tahan lasak.
  • Kapasiti 600ml
  • Kuasa: 300W

Apa yang kami suka?

  • Boleh digunakan untuk mengisar kuantiti sedikit seperti biji kopi atau herba segar seperti daun pudina dan selasih
  • Mudah digunakan dan mudah dibersihkan
  • Reka bentuk yang menarik dan menepati citarasa moden

Khind Blender With Dry Mill

Terbaik Murah & Berkualiti Tinggi

Jenama blender yang menjadi pilihan keluarga di Malaysia adalah Khind. Walaupun menawarkan harga yang lebih murah berbanding blender lain, tidak dinafikan kualitinya juga tidak mengecewakan. 

Kapasiti jag hanya 1 liter sesuai untuk saiz keluarga yang sederhana. Bukan itu sahaja, ia didatangkan dengan grinder dry mill untuk mengisar bahan kering seperti kacang dan biji kopi.

Maklumat produk:

  • Jenis blender: Countertop Blender
  • Bahan: Plastik
  • Anti-slip feet (anti-gelincir)
  • Kapasiti jag: 1 liter
  • Berat: 2.4kg
  • Voltan: 240v
  • Kuasa: 380w
  • Dimensi (l x w x h): 36x20x20
Apa yang kami suka?
  • Warna lembut lavender sesuai untuk wanita
  • Jaminan produk 2 tahun
  • Dengan suis keselamatan untuk operasi pengadunan selamat
  • Bahan kisar stainless steel yang berkualiti

Midea Blender MBL-35

Terbaik Dengan 2 Pilihan Kelajuan

Midea Blender MBL-35 wajib ada di setiap dapur, ini kerana ia sangat sesuai untuk membantu proses masakan di dapur. Dengan kapasiti sederhana 1.5 liter, sangat selesa untuk digunakan pada sebelah tangan sahaja. Malah, anda boleh mengawal kelajuan dengan butang yang disediakan mengikut kehendak anda.

Maklumat produk:

  • Terdapat dua pilihan kelajuan
  • Dilengkapi dengan 4 bilah yang boleh ditanggalkan dan mudah dibersihkan
  • Blender diperbuat daripada bahan plastik berkualiti & selamat untuk memproses makanan
  • Bilah mudah dibersihkan
  • Dilengkapi dengan kunci keselamatan
  • Kuasa: 250W

Apa yang kami suka?

  • Reka bentuk menarik dan fleksibel
  • Mudah digunakan dan selamat
  • Mempunyai kunci keselamatan

Electrolux Blender EBR3646

Terbaik Menghancurkan Ketulan Ais Dengan Cepat

Kapasitinya agak unik iaitu berjumlah 1.7 liter.Kapasitinya agak unik iaitu berjumlah 1.7 liter. Salah satu kelebihannya boleh memusnahkan kiub ais dengan cepat.

Maklumat produk:

  • Balang diperbuat daripada kaca gred makanan
  • 3 Tahap kelajuan yang boleh menghancurkan ketulan ais
  • 4 bilah keluli tahan karat
  • Mempunyai kaki getah anti-gelincir dan kunci keselamatan
  • Dilengkapi dengan aksesori: pengisar (dry mill, spatula, cawan penyukat)
  • Kuasa 500 W

Apa yang kami suka?

  • Warna pastel
  • Mudah digunakan dan mudah dibilas

Perbandingan Harga Pengisar Makanan Atau Blender Terbaik Di Malaysia

Jenama Harga
Philips Pro Blender 5000 Series HR2223/01 RM 274.00
Samu Giken 12 in 1 Blender  RM 139.90
Tefal Glass Jug Click & Taste Fruit Sensation RM 229.00
Khind Blender With Dry Mill RM 65.90
Midea Blender MBL-35 RM 63.90
Electrolux Blender EBR3646 RM 189.00

Cara Penjagaan Pengisar Makanan @ Blender Supaya Tahan Lebih Lama & Tidak Cepat Karat

Tidak dinafikan tidak kira semahal dan canggih mana pun peralatan dapur kita, jika tidak dijaga dengan baik, ia akan cepat rosak. Anda tidak mahu ini berlaku, bukan? Sebab itu kami menyediakan beberapa tips untuk menjaga favourite blender anda di rumah!

1. Basuh segera selepas digunakan

Jika anda melengahkannya, ia hanya akan membuatkan blender meninggalkan bau yang kurang menyenangkan, yang datang dari sisa bahan makanan atau minuman. Malah, ia boleh mengundang bakteria untuk melekat di dalamnya.

Cara membersihkannya sangat mudah, masukkan air suku hingga setengah balang dan hidupkan blender seketika. Tujuannya adalah supaya air dapat mencapai semua bahagian dengan sempurna, kemudian bilas dengan air yang mengalir. Bagi balang kecil, anda boleh mengeluarkannya dari enjin motosikal dan mencucinya di bawah air yang mengalir.

2. Keringkan blender

Selepas mencuci dengan teliti, toskan pada kain kering yang bersih, sehingga tiada air yang tinggal. Pastikan simpan di tempat yang selamat dari jangkauan kanak-kanak.

3. Jangan isi balang terlalu penuh

Secara amnya, pengisar balang mempunyai had tertentu yang ditetapkan supaya tidak melebihi kapasiti. Jika ini berlaku ia akan menyebabkan blender menjadi panas dan akhirnya rosak dengan cepat.

4. Cuba potong bahan makanan sebelum dimasukkan ke dalam blender

Ini dilakukan untuk menjadikan mesin blender lebih ringan dan tidak terlalu lama untuk proses mengisar, selain itu makanan yang dikisar akan menjadi lumat dengan cepat.

Daripada 7 cadangan pengisar makanan yang kami sediakan, mana satu jenama blender pilihan parents di luar sana? 

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Main Beli, Ini Cara Kenal Pasti Jenis Batik Asli Atau Tiruan Yang Dijual Di Kedai

Baca juga: Selama Ini Ibu Ayah SALAH Guna Baby Carrier, Ini Pentingnya Memilih Carrier Jenis Ergonomic

Baca juga: Ingin Mewarna Rambut Semasa Hamil? Boleh Saja Kalau Gunakan 5 Jenis Pewarna Selamat Ini

 

Penulis

Noorhidayah