Cuba Salah Satu Sabun Mandi Untuk Kulit Gatal Dan Kering Ini, Selamat Untuk Ibu Hamil!

Masalah kulit kering dan gatal pada perut, peha dan lengan semasa mengandung boleh diredakan dengan menukar kepada sabun mandi yang lebih lembut. Cuba salah satu body wash ini dan lihat hasilnya pada kulit anda yang semakin stretch itu!

Kulit kering, flaky dan gatal adalah antara rungutan yang selalu dikongsikan oleh ibu mengandung. Nak tahu apa penyelesaian terbaik untuk masalah kulit kering semasa mengandung ini? Jawapannya ialah ibu harus gunakan sabun mandi untuk kulit kering dan gatal terbaik dengan bahan pelembap yang selamat!

Panduan Pilih Sabun Mandi Untuk Kulit Kering Dan Gatal Untuk Ibu Mengandung

Secara umumnya, ibu hamil perlu menggunakan sabun mandi yang tidak akan merbahayakan bayi dalam kandungan dan yang sesuai untuk kulit ibu.

Jika ibu buntu nak memilih body wash terbaik, lihat pada deskripsi produk dan pilih produk yang mempunyai ciri berikut:

  • Tidak terlalu berbuih
  • Mengandungi bahan yang melembapkan kulit
  • Bebas SLS, paraben dan bahan kimia lain yang terlalu kuat
  • Tanpa pewangi tambahan

14 Sabun Mandi Untuk Kulit Kering Dan Gatal Terbaik Selamat Dipakai Ketika Mengandung

Untuk bantu anda membuat pembelian yang bijak, kami senaraikan 15 pilihan sabun mandi untuk kulit kering dan gatal yang selamat dan sesuai untuk untuk kalangan expecting moms

Yang lebih menarik lagi, produk yang kami kongsikan ini juga selamat digunakan oleh ahli keluarga lain yang mengalami masalah yang sama!

14 Sabun Mandi Untuk Kulit Kering Dan Gatal
Palmer’s Soothing Body Wash for Pregnancy
Terbaik Dengan Cocoa Butter
Beli di Shopee
Four Cow Farm - Mother’s All-Natural Castile Hair & Body Wash
Terbaik Untuk Badan Dan Rambut
Beli di Lazada
Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash
Terbaik Untuk Kulit Kering Dan Gatal
Beli di Shopee
MooGoo Natural Milk Wash
Terbaik Dengan Formula Selembut Pencuci Muka
Beli di Shopee
EcoStore Vanilla & Coconut Body Wash
Terbaik Dengan Bau Vanila dan Kelapa
Beli di Shopee
Lifebuoy Moisture Plus Antibacterial Shower Gel
Terbaik Dengan Fungsi Pelembap
Beli di Shopee
Antabax Anti Bacterial Shower Sensitive
Terbaik Boleh Diguna Seisi Keluarga Termasuklah Bayi
Beli di Shopee
SAFI Antibacterial Shower Frosty Watermelon
Terbaik Dengan Untuk Bau Badan Ketika Hamil
Beli di Shopee
Shokubutsu Natural Protection Body Wash
Terbaik Dengan Kandungan Prebiotik
Beli di Shopee
Dove Shower Body Wash Sensitive Skin
Terbaik Dengan Tidak Meninggalkan Sisa Berminyak
Beli di Shopee
Sebamed Liquid Face & Body Wash
Terbaik Untuk Ibu Eczema
Beli di Shopee
Aveeno Skin Relief Body Wash
Terbaik Dengan Kandungan Prebiotik Oatmeal
Beli di Shopee
Good Virtues Co. Anti-Aging & Hydrating Shower Cream
Terbaik Untuk Meremajakan Kulit
Beli di Shopee
St. Ives Soothing Oatmeal & Shea Butter Body Washst
Terbaik Mengembalikan Kecerahan Kulit Badan
Beli di Shopee

Palmer’s Soothing Body Wash for Pregnancy

Sabun Untuk Kulit Gatal Dan Kering Terbaik Dengan Cocoa Butter

Jenama Palmer’s memang terkenal dengan ciri utama produknya yang menggunakan cocoa butter formula dengan vitamin E. Ciri yang sama dikekalkan dalam sabun mandi yang direka khas untuk ibu hamil ini. 

Soothing Body Wash ini adalah selamat untuk digunakan oleh ibu hamil kerana ianya bebas daripada paraben dan phthalates. Produk ini adalah baik untuk bantu melembapkan kulit ibu yang terlalu kering akibat perubahan hormon dan kulit yang terik akibat perubahan bentuk badan.

Apa yang kami suka:

  • Mengandungi minyak argan dan almond, shea butter, kolagen dan elastin yang berkesan untuk memulihkan kulit kering.
  • Bau cocoa butter yang enak, seperti produk Palmer’s yang lain.
  • Formulasi yang memang direka khas untuk ibu mengandung
  • Terbaik jika digandingkan dengan Stretch Mark oil keluaran Palmer’s juga.

Four Cow Farm – Mother’s All-Natural Castile Hair & Body Wash

Sabun Mandi Untuk Kulit Kering Dan Gatal Terbaik Untuk Badan Dan Rambut

Mother’s All Natural Castile Hair & Body Wash ini adalah produk keluaran Australia. Yang bestnya, ia menggunakan 100% minyak zaitun dara sebagai bahan utamanya. Disebabkan ini, produk ini sangat membantu untuk ibu hamil yang mengalami masalah kulit kering serta sesiapa yang mengalami masalah kulit lain seperti ekzema, hives (gatal-gatal) dan psoriasis.

Seperti namanya, produk ini bukan sahaja body wash terbaik untuk ibu hamil, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai syampu rambut. Sememangnya ia baik untuk mengawal masalah untuk masalah rambut kering dan gatal kulit kepala.

Selain itu ibu juga tidak perlu lagi menggunakan hair conditioner untuk buat rambut anda jadi lembut.

Apa yang kami suka:

  • Menggunakan bahan natural sahaja, tanpa tambahan bahan kimia lain yang berisiko untuk ibu mengandung.
  • Dibuat secara manual menggunakan tangan dan teknik tradisional, khas untuk ibu hamil.
  • Sangat mudah untuk dibawa semasa travel kerana dengan satu sahaja anda boleh gunakan untuk rambut dan badan.

Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash

Sabun Untuk Kulit Gatal Dan Kering Terbaik Jenis Menyukkan

Sabun mandi untuk ibu hamil ini pula mempunyai tekstur seakan krim, tepat dengan namanya, Cream Body Wash. Produk keluaran Suu Balm ini direka khas untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, gatal dan sensitif.

Body wash ini bebas daripada sulphate, pewangi, paraben and bahan pengawet yang boleh membuatkan kulit menjadi bertambah kering. Selain sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah kulit kering, produk ini juga tetap sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

Apa yang kami suka:

  • Buat kulit terasa sejuk atau dingin (menthol) yang melegakan selepas mandi.
  • Mengandungi 5 bahan yang melembapkan kulit termasuk shea butter dan sodium hyaluronate.
  • Boleh digunakan banyak kali setiap hari semasa mandi kerana produk yang diformulasikan oleh National Skin Centre, Singapore ini memang benar-benar selamat.

MooGoo Natural Milk Wash

Sabun Untuk Kulit Gatal Dan Kering Terbaik Dengan Formula Selembut Pencuci Muka

Jika anda pernah terfikir untuk menggunakan sabun pencuci muka untuk kulit badan yang terlalu kering, produk inilah yang terbaik untuk anda! 

Natural Milk Wash ini adalah sangat mild, sehinggakan MooGoo yakin untuk mengiklankan produk ini mempunyai kualiti yang sama seperti pencuci muka. Jadi semestinya, produk ini boleh digunakan pada kulit muka juga.

Selain itu, produk ini juga bebas daripada SLS, Phenoxyethanol dan Parabens. Body wash ini mempunyai bau yang sama seperti produk MooGoo yang lain tetapi ibu tak usah risau kerana bau ini datang daripada phthalate-free fragrant oil.

Apa yang kami suka:

  • Tidak memedihkan mata kerana formula yang digunakan adalah sama seperti syampu rambut bayi.
  • Sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur dan semua jenis kulit.
  • Diformulasikan menggunakan bahan-bahan vegan-friendly sahaja.

EcoStore Vanilla & Coconut Body Wash

Sabun Untuk Kulit Gatal Dan Kering Terbaik Dengan Bau Vanila Dan Kelapa

Rasanya hampir mustahil untuk cari orang yang tidak sukakan bau vanila dan bau kelapa. Dan semestinya, hampir mustahil juga untuk anda tidak sukakan Vanilla dan Coconut Body Wash keluaran EcoStore ini. 

Produk ini diformulasikan dengan bahan berasaskan tumbuhan dan mineral, serta pewangi semula jadi. Bahan unik yang digunakan dalam produk ini ialah hydrating harakeke yang dapat membersihkan kulit dengan lembut dan dalam masa yang sama dapat bantu melembapkan kulit. 

Apa yang kami suka:

  • Jenama yang berpegang pada falsafah environmental-friendly ini menggunakan botol yang dibuat daripada renewable sugarcane plastic.
  • Formulasi yang digunakan adalah mengikut standard kesihatan dan keselamatan yang paling tinggi serta dinilai oleh Environmental Working Group’s EWG Skin Deep® Cosmetic Database.
  • Body wash ini sangat mild dan selamat sehinggakan air mandian dengan body wash ini boleh digunakan untuk siram pokok. 

Lifebuoy Moisture Plus Antibacterial Shower Gel

Sabun Untuk Kulit Gatal Dan Kering Terbaik Dengan Fungsi Pelembap

Lifebouy body wash ini sesuai untuk kulit sensitif yang memerlukan keseimbangan antara penjagaan dan perlindungan kerana mengandungi formula istimewa yang mengandungi khasiat yogurt untuk membuatkan kulit sentiasa lembut dan licin.

Sabun mandi Lifebuoy Bukan sahaja dapat melembutkan kulit tapi direka untuk melindungi kulit daripada kuman dengan formula perlindungan untuk menentang 10 punca jangkitan kuman pada kulit.

Apa yang kami suka:

  • Sabun mandi Lifebuoy menawarkan kelembutan dan kesihatan kulit buat anda yang mengalami masalah kulit sensitif.
  • Mudah didapati di pasar raya atau kedai runcit.
  • Baunya yang harum, tahan lama di badan.
  • Harga yang murah untuk anda yang mempunyai bajet terhad.

Antabax Anti Bacterial Shower Sensitive

Sabun Untuk Kulit Gatal Dan Kering Terbaik Boleh Diguna Seisi Keluarga Termasuklah Bayi

Sabun mandi Antabax adalah rangkaian produk penjagaan diri yang diyakini berkesan serta boleh diharapkan dalam memupuk gaya hidup sihat dan bersih untuk seisi keluarga dan telah diuji secara dermatologi agar sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan dengan kerap.

Sabun mandi Antabax dengan rangkaian sensitif ini merupakan krim mandian antibakteria yang inovatif dengan pH yang seimbang sebanyak 5.5, 100% bebas sabun dan bebas alkali, mempunyai aroma yang menyenangkan, ringan dan halus, sangat baik dan lembut untuk sensitif kulit, seterusnya memberikan perlindungan antibakteria sebanyak 99.9%.

Apa yang kami suka:

  • Antabax shower cream ini diperkaya dengan vitamin dan pelembab semulajadi ia mengembalikan tahap kelembapan semulajadi kulit dan meminimumkan kerengsaan kulit yang disebabkan oleh kekeringan, untuk kulit yang lebih sihat dan licin
  • Ia disahkan Halal, memberikan keyakinan kepada umat Islam untuk menggunakannya
  • Rangkaian sensitif terdiri daripada krim mandi antibakteria yang boleh digunakan oleh seluruh keluarga, termasuk bayi.

SAFI Antibacterial Shower Frosty Watermelon

Sabun Untuk Kulit Gatal Dan Kering Terbaik Dengan Untuk Bau Badan Ketika Hamil

Dengan rangkaian Safi body wash, saat mandi anda kini lebih bermakna! Setiap buih yang terhasil membawa bersama haruman yang menenang serta menyegarkan, sambil membelai kulit agar lembut, licin dan lembap.

Gabungan ramuan segar iaitu serai dan limau purut bukan sahaja bertindak sebagai bahan anti-bakteria semula jadi, tetapi mampu menenang dan melembutkan tekstur kulit malah menghilang bau badan sama seperti petua orang dahulu yang menggunakan kedua-dua ramuan ini untuk mandi.

Apa yang kami suka:

  • Safi body wash diperkaya dengan kelembapan tanpa alkohol dan bebas paraben jadi selamat untuk ibu hamil.
  • Sabun mandi Safi diformulasi untuk melindungi kulit dari 99.9% kuman penyebab permasalahan kulit dan kesihatan secara umumnya.
  • Harga yang murah, diyakini halal dan mudah didapati di pasar raya dan kedai runcit.

Shokubutsu Natural Protection Body Wash

Sabun Untuk Kulit Gatal Dan Kering Terbaik Dengan Kandungan Prebiotik

Dirumus khas untuk menghapuskan 99.9% kuman dengan bahan anti-bakteria semula jadi, sabun Shokubutsu Natural Protection dengan 100% minyak shiso organik dan prebiotik tumbuhan memberikan perlindungan semula jadi dan melindungi kulit daripada kuman.

Sabun Shokubutsu ini juga dapat membantu mengimbangi mikrobiom kulit iaitu ekosistem berkawalan kendiri yang melindungi flora yang baik untuk mencegah serangan bakteria atau kuman bahaya.

Yakni, mengekalkan kesihatan kulit walaupun dengan pencucian yang kerap malah diuji secara dermatologi dan didapati sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit kering yang sering dialami ibu hamil.

Apa yang kami suka:

  • Bebas daripada paraben, pewarna sintetik dan mikroplastik.
  • Mempunyai 3 varian, Aqua Cool, Complete Care, Refresh & Go dan Energize.
  • Mudah didapati di pasar raya utama, pasar raya besar dan farmasi terpilih di seluruh negara.

Dove Shower Body Wash Sensitive Skin

Sabun Untuk Kulit Gatal Dan Kering Terbaik Dengan Tidak Meninggalkan Sisa Berminyak

Salah satu punca terjadinya kulit sensitif adalah disebabkan kekeringan melampau atau alergi terhadap sesuatu produk. Anda bernasib baik kerana Dove body wash ini dapat menyediakan kelembapan berpanjangan untuk yang memiliki kulit kering atau dehidrasi.

Ianya sabun yang mengandungi kandungan nutrisi tinggi demi penjagaan kulit agar ianya kelihatan lebih bersih dan lembut. 

Diuji secara klinikal, Dove body wash ini terbukti sesuai untuk kulit sensitif walaupun bersifat hypoalergik. Gunakan secara konsisten untuk hasil sempurna!  

Apa yang kami suka:

  • Bebas dari kandungan alkohol, pewarna, telah teruji secara klinikal, dan hypoallergenic
  • Mengandungi mild surfactant agents dengan skin-identical lipids yang membantu menjaga kelembapan kulit, sekaligus membantu memperkuat kondisi kulit yang sensitif, sehingga kulit akan jadi lebih sihat.
  • Tidak meninggalkan sisa berminyak pada kulit setelah dibilas.
  • Wangian yang mencukupi untuk anda menikmati mandi yang menenangkan.

Sebamed Liquid Face & Body Wash

Sabun Untuk Kulit Gatal Dan Kering Terbaik Untuk Ibu Eczema

Sebamed Body Wash merupakan jenama tidak asing bagi anda yang menghadapi masalah kulit kering dan gatal akibat eczema malah sering dicadangkan oleh doktor, dermatologi atau ahli farmasi untuk menggunakan sabun mandi ini.  

Tekstur Sebamed Body Wash tidak terlalu berbuih dan tiada bau wangi yang bermakna, mandian ini tidak mengandungi pewangi yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit badan. 

Kulit sensitif akibat eczema hanya sesuai dengan mandian yang rendah kandungan pH, hasilnya kulit badan tampak lebih lembut dan tiada masalah kegatalan lagi.

Apa yang kami suka:

  • Dapat membersih kotoran dalam liang pori pada wajah dan badan tanpa menyebabkan kekeringan atau kerengsaan seperti sabun biasa di pasaran.
  • Ia juga bersifat hypoallergenik, bertekstur lembut serta ringan.
  • Sebamed Body Wash melindungi kulit dari persekitaran yang tidak baik.

Aveeno Skin Relief Body Wash

Sabun Untuk Kulit Gatal Dan Kering Terbaik Dengan Kandungan Prebiotik Oatmeal

Aveeno Body Wash bukan sahaja terkenal dengan sabun bayi malah sabun untuk orang dewasa juga menjadi pilihan kebanyakan mereka yang mempunyai kulit sensitif seperti kulit kering dan gatal-gatal.

Sabun mandi dengan formulasi bebas bau ini secara perlahan-lahan membersih, mencuci dan mengekalkan lembapan pada masalah kulit sensitif yang cenderung kering.

Formula unik ini mengandungi tiga kali prebiotik oatmeal  yang terbukti berkesan dalam melawan masalah keradangan atau alergi. Aveeno Body Wash pilihan yang tepat untuk ibu!

Apa yang kami suka:

  • Aveeno Body Wash membantu menghasilkan kulit yang nampak lebih lembut, segar dan sihat selepas sekali penggunaan!
  • Telah diuji secara klinikal dan disyorkan oleh ahli dermatologi, sabun bebas dari sebarang pewangi serta pewarna tiruan ini sangat selamat digunakan bagi yang berkulit sensitif juga hypoallergenik.

Good Virtues Co. Anti-Aging & Hydrating Shower Cream

Sabun Untuk Kulit Gatal Dan Kering Terbaik Untuk Meremajakan Kulit

Good Virtues Co. Anti-Aging & Hydrating Shower Cream adalah sabun bertekstur krim dengan kandungan minyak habbatussauda organik dan vitamin E yang mampu membantu mengunci kelembapan semula jadi pada kulit dan membantu meningkatkan regenerasi sel-sel kulit baru lalu dapat meremajakan kulit anda!

Apa yang kami suka:

  • Good Virtues Co shower cream ini tidak mengandungi minyak mineral, tanpa SLES, tanpa ALES, tanpa parabens, tanpa pewarna sintetis, dan tidak diuji pada haiwan. 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit, selamat juga untuk wanita hamil.
  • Good Virtues Co shower cream mempunyai rekaan botol yang menarik.

St. Ives Soothing Oatmeal & Shea Butter Body Wash

Sabun Untuk Kulit Gatal Dan Kering Terbaik Mengembalikan Kecerahan Kulit Badan

Diperbuat dengan 100 peratus ekstrak oatmeal dan mentega shea semula jadi, St Ives Body Wash ini dapat menenangkan minda, badan dan jiwa sambil membersihkan kulit badan dengan buih mewah yang lembut.

Menjadikan kulit semakin lembut dan licin, St Ives Body Wash juga boleh digunakan sebagai sabun tangan untuk membersihkan kotoran dan bakteria dengan berkesan.

Apa yang kami suka:

  • Membantu menghilangkan kekeringan dan melembapkan kulit.
  • Mengembalikan kecerahan semula jadi badan anda dengan setiap cucian.
  • Diuji pakar dermatologi, bebas Paraben, jadi selamat untuk ibu hamil.
  • Lembut untuk kegunaan harian, wangiannya juga tahan lama

Perbandingan Harga Sabun Mandi Untuk Kulit Kering Dan Gatal

Jenama Harga
Palmer’s Soothing Body Wash for Pregnancy RM29.90
Four Cow Farm – Mother’s All-Natural Castile Hair & Body Wash RM139.00
Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash  RM113.65
Moogoo Natural Milk Wash RM55.00
EcoStore Vanilla & Coconut Body Wash tkr link RM29.61
Lifebuoy Moisture Plus Antibacterial Shower Gel  RM12.50
Antabax Anti Bacterial Shower Sensitive RM13.23 
SAFI Antibacterial Shower Cream Serai Lime Splash RM16.83 
Shokubutsu Natural Protection Body Wash  RM18.30
Dove Shower Body Wash Sensitive Skin RM17.89 
Sebamed Liquid Face & Body Wash RM26.49 
Aveeno Skin Relief Body Wash RM50.75
Good Virtues Co. Anti-Aging & Hydrating Shower Cream RM14.40 
St. Ives Soothing Oatmeal & Shea Butter Body Wash  RM19.95

Punca Wanita Alami Masalah Kulit Kering Ketika Hamil

Semasa mengandung, terlalu banyak perubahan yang berlaku pada badan ibu, dan yang paling jelas semestinya perubahan fizikal pada diri si ibu. Namun, perubahan pada bentuk fizikal dan diri ibu ini hanyalah sementara, dan berpunca daripada dua perkara utama ini.

1. Hormon yang tidak stabil 

Apabila berlakunya perubahan hormon, kesan lain dapat dilihat pada diri ibu, seperti badan lebih berbulu, rambut lebih lebat dan yang paling tidak selesa ialah kulit menjadi kering dan gatal.

Hormonal imbalance ini menyebabkan kulit menjadi kurang anjal, hilang lembapan semula jadi terutama sekali pada bahagian badan yang mengembang setiap hari. 

2. Bentuk badan berubah secara mendadak

Selain itu, lama kelamaan kulit pada sesetengah bahagian badan seperti perut, punggung, peha dan lengan akan menjadi terik. Bahagian yang sangat terik ini akan menyebabkan ibu terasa gatal (dan kadangkala, pedih) terutama sekali jika kulit di bahagian itu terlalu kering. Masalah ini paling ketara apabila masuk trimester ketiga di mana berat badan ibu naik dengan banyak dan mendadak.

Cara Atasi Masalah Kulit Kering, Gatal Semasa Mengandung

Jadi, nak atau tidak, ibu mengandung terpaksa melakukan beberapa adjustment untuk mengatasi masalah kulit kering ketika hamil. Antara cara yang ibu boleh lakukan adalah seperti berikut:

1. Banyakkan minum air masak

Bagi ibu yang mengalami alahan yang teruk, muntah 2 hingga 3 kali sehari itu adalah perkara normal. Setiap kali muntah, badan ibu akan kehilangan banyak air.

Ini bukan saja boleh menyebabkan badan ibu menjadi lemah dan lesu, tetapi juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Ganti balik liquid yang telah hilang dengan minum banyak air masak setiap hari untuk kekal hydrated.

2. Sapu minyak zaitun dan kelapa pada kulit

Tahukah anda minyak zaitun dan minyak kelapa dara amat berkesan untuk bantu masalah kulit kering?

Jika anda terasa terlalu tidak selesa, capai saja salah satu minyak ini di pantri anda dan sapu pada bahagian kulit yang terlalu kering itu. Dengan beberapa titik minyak sahaja, anda akan dapat lihat dan rasa perbezaan pada kulit anda.

3. Tukar produk kecantikan yang digunakan setiap hari

Ibu mengandung yang mengalami masalah kulit semasa mengandung harus tukar produk kecantikan dan mandian kepada produk yang lebih sesuai dengan kondisi kulit mereka semasa mengandung.

Ini adalah supaya kulit badan ibu akan dapat treatment yang sepatutnya. Sebaik-baiknya, pilih produk yang memang direka khas untuk ibu mengandung dan organik. Salah satunya adalah sabun mandi untuk kulit kering dan gatal.

Cara Hilangkan Bau Badan Ketika Hamil

Bau badan boleh menjadi masalah yang cukup mengganggu sudah pasti rasanya tidak menyenangkan bukan kepada diri sendiri malah orang disekeliling. Jika sebelum hamil, ibu tidak pernah mengalami masalah ini tetapi setelah hamil ibu mempunyai bau badan, stressnya!

Faktor utama peluh berlebihan ketika hamil adalah kerana meningkatnya hormon progresteron yang menyebabkan pembuluh kecil pada kulit akan terbuka lebar maka suhu tubuh ibu hamil akan meningkat.

Meningkatnya aliran darah pada permukaan kulit menyebabkan ibu hamil akan merasa panas dan ini merangsang kelenjar peluh untuk menyejukkan suhu badan malah hormon estradiol yang menyebabkan bau badan turut meningkat.

Jadi ibu harus mengetahui bagaimana cara untuk menghilangkan bau badan secara alami. Berikut kami kongsikan  mengenai cara mudah mengatasi bau badan saat hamil terutama di usia akhir kehamilan.

  • Minum banyak air putih – Minum air putih setiap hari untuk mencegah dehidrasi dan menjaga suhu badan agar kekal stabil sehingga mampu mengurangkan bau badan. Banyak minum air putih juga dapat menstabilkan suhu tubuh kamu, jadi tubuh tidak akan berasa terlalu panas.
  • Ubah pola pemakanan -Disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah serta mengurangkan penggunaan rempah ratus sert bawang.
  • Rajin melakukan senaman hamil – Senaman dapat melancarkan peredaran darah sekaligus mengeluarkan toksik tubuh bersama peluh. Jika peluh dapat keluar dengan baik semasa bersenam, maka bau badan ibu akan berkurang. Paling penting, jangan lupa untuk bersihkan badan setelah bersenam dan ganti pakaian baru.
  • Pakai pakaian yang longgar – Hindari mengenakan pakaian ketat. Jenis pakaian yang terlalu mengikut badan membuatkan peredaran udara jadi terganggu sehingga menyebabkan anda merasa panas dan mudah berpeluh. 
  • Kerap mandi dan seeloknya mandi dengan perahan air limau – Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika bau badan yang ibu alami sangat mengganggu, anda boleh mencuba petua orang dahulu iaitu mandi dengan air yang dicampurkan perahan limau nipis atau limau purut. Aroma limau ini boleh menghilangkan bau badan

Jaga Keselamatan Dan Kesihatan Semasa Mandi

Perubahan hormon semasa mengandung juga boleh menyebabkan ibu terasa panas dalam, terutama sekali apabila sudah memasuki trimester kedua. Jadi, ramai ibu hamil yang mandi lebih kerap setiap hari untuk buat badan rasa lebih selesa.

Walaupun mandi itu bagus, tetapi ibu harus berhati-hati semasa mandi dan ketika di bilik mandi. Kami nasihatkan ibu untuk ikut pesanan ini.

1. Suhu air mandi tidak terlalu sejuk

Badan ibu mungkin terasa panas, tetapi ibu tidak sepatutnya mandi dengan air yang terlalu sejuk semasa mengandung. Ini boleh menyebabkan kekejangan otot dan terasa sejuk hingga ke tulang boleh menyebabkan ibu demam.

Jadi, jika ibu pergi bercuti di tempat sejuk seperti di Cameron Highlands, pastikan ibu guna air yang bersuhu bilik atau sedikit suam untuk mandi.

2. Tidak berendam dalam tab mandi berisi air panas

Ramai orang suka untuk berendam dalam tab mandi yang berisi air panas untuk relaks setelah penat bekerja sehari suntuk. Tetapi harus diingatkan, aktiviti ini tidak sesuai untuk ibu mengandung, malah boleh merbahayakan ibu dan bayi dalam kandungan. 

Berendam dalam air yang terlalu panas boleh menyebabkan perjalanan darah daripada ibu kepada bayi menjadi tidak lancar dan menyebabkan bayi menjadi distres.

3. Jangan berendam dalam buih dan garam mandi. 

Selain tidak boleh berendam dalam air yang terlalu panas, ibu mengandung juga tidak digalakkan untuk berendam dalam air yang bersabun atau garam mandi. 

Ini adalah kerana, berendam dalam air dengan kandungan tambahan ini boleh menyebabkan ibu mendapat jangkitan faraj akibat pH yang tidak seimbang di sekitar faraj. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kulit ibu menjadi kering akibat kehilangan lembapan semula jadi.

4. Pastikan bilik mandi selamat untuk ibu

Akhir sekali, peringatan ini nampak remeh, tetapi ramai yang ambil mudah dengan isu ini. Jika ada sabun tertumpah di atas lantai bilik mandi, pastikan ianya dibilas dengan air sehingga hilang kesan licin untuk elak kemalangan. 

Selain itu, gunakan pelapik getah anti-slip pada lantai bahagian shower dan pasang pemegang besi di dinding untuk bantu ibu berjalan, bangun dan duduk semasa di dalam bilik mandi. Handle bar tambahan ini juga sangat membantu untuk ibu yang baru sahaja bersalin kaedah c-section dan warga emas.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

Baca juga: Bilakah Waktu Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung Naik Kapal Terbang? Ini Jawapan Doktor!

Baca juga: Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Hamil, Bukan Semua Ubat Ibu Boleh Makan Ya!

Penulis

Najibah