TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Perlu Pandai Tangkap Hati Isteri Jika Nampak Tanda-Tanda Dia Bosan Dengan Anda

4 min bacaan
Suami Perlu Pandai Tangkap Hati Isteri Jika Nampak Tanda-Tanda Dia Bosan Dengan Anda

Jika ada tanda-tanda isteri bosan ini, suami harus tanganinya dengan baik dan kembalikan semula diri isteri yang sudah hilang itu. Jika sikap bosan itu disebabkan suami, ambil langkah drastik dengan mengubah sikap ke arah yang lebih baik.

Jika sebelum ini theAsianparent Malaysia pernah mengupas tentang ciri-ciri suami bosan dengan isteri, apa kata kali ini kami cungkil pula bila adanya isteri yang bosan dengan suami sendiri pula?

Namun, sebelum kita pergi lebih jauh, anda rasa apakah sebab utama yang boleh menjadi punca perasaan bosan dengan suami sendiri itu?

Adakah sebab layanan atau kekurangan di mana-mana pada sebelah suami hingga menimbulkan kebosanan pada si isteri? Jom kita tengok satu persatu dalam point di bawah ini: 

7 ciri isteri yang bosan dengan suami sendiri 

#1. Isteri sudah jarang bertanya khabar 

bosan dengan suami sendiri, bosan dengan sikap suami, bosan, bosan dengan suami, ciri isteri bosan, ciri-ciri isteri bosan dengan suami, isteri mula bosan dengan suami, bosan dengan sikap suami

Isteri kalau sudah mula bosan, dia tidak lagi bertanya khabar dengan suaminya seperti waktu mula-mula berkahwin dahulu terutama bila dirinya selalu disakiti dia mungkin akan hilang perasaan cinta itu.

Lantas tindakannya juga lebih menjaga hati sendiri berbanding hati suami. 

#2. Elak berhubungan badan dengan suami 

Seterusnya adalah isteri yang bosan dengan suami sendiri akan sentiasa elak untuk melakukan hubungan seksual dengan suami. Kalau dulu dia yang paling suka tubuh dijelajah suami tercinta, tapi kini tidak lagi dia rasakan semuanya semakin hambar. 

Namun, isteri perlu ingat anda tidak boleh selalu menolak permintaan suami itu kerana ia jatuh dalam kategori dosa besar. Tapi kalau buat tak ikhlas pula bagaimana? 

Di sinilah peranan suami untuk mengetahui masalah isteri dan mengapa rasa bosan itu wujud.

#3. Sering mendiamkan diri dan mengelamun

Suami Perlu Pandai Tangkap Hati Isteri Jika Nampak Tanda-Tanda Dia Bosan Dengan Anda

Ini yang selalu isteri buat kalau sudah mulai bosan dengan suami. Mereka akan duduk diam-diam di rumah dan mengelamun seorang diri terutama bagi isteri yang tidak bekerja. 

Kalau isteri bekerj,a mungkin anda boleh menghabiskan banyak masa dengan membuat kerja dan urusan pejabat sekaligus dapat menyibukkan diri berbanding 24/7 memikirkan hal suami yang membosankan itu. 

#4. Tak mahu ikut perintah suami lagi 

Apa saja yang suami suruh buat anda pasti ingkari perintah suami sebab anda dapat rasai pasangan melayan anda seperti orang suruhan yang tidak bergaji. Bayangkan nak basuh pinggan sendiri pun kadang-kadang suami susah nak buat.

Dengan cara itu anda semakin bosan hidup bersamanya dek kerana sikap malas suami itu. 

#5. Sudah mulai melupakan perkara yang penting

bosan dengan suami sendiri, bosan dengan sikap suami, bosan, bosan dengan suami, ciri isteri bosan, ciri-ciri isteri bosan dengan suami, isteri mula bosan dengan suami, bosan dengan sikap suami

Ya, anda sudah malas nak fikir tentang hari-hari penting dalam hidup anda. Contohnya Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Jadi Suami atau Ulang Tahun Kelahiran sendiri semuanya anda rasa tidak berbaloi untuk difikirkan sebab suami juga kadang-kadang terlupa dengan tarikh keramat itu. 

Sebab itu timbulnya rasa bosan untuk menyambutnya setiap tahun hingga kalian tidak lagi meraikannya sehingga kini. 

#6. Lebih suka menghabiskan diri dengan anak-anak

Ini yang paling bahaya kalau isteri sudah mula bosan dengan suami sendiri. Bagi anda, kehidupan ini adalah semata-mata demi anak. 

Apa saja urusan anak semuanya anda yang akan aturkan tidak kira hal persekolahan, tuisyen, aktiviti kokorikulum atau apa saja berkaitan anak semuanya anda yang ambil tahu sekaligus membuatkan anda lebih sibuk dengan anak-anak dan tidak lagi pedulikan hal suami. 

Kalau isteri sudah mula menjauhkan diri dan lebih suka menguruskan anak-anak, ketahuilah suami sebenarnya dia sudah bosan dengan anda. 

#7. Rasa gembira jika suami tak pulang ke rumah 

Percayalah, memang wujud isteri yang bosan apabila suami pulang ke rumah selepas habis waktu bekerja. Dia merasakan kekok untuk suami ada di dalam rumah lantas merasakan tindakannya terbatas dan tidak lagi menyukainya. 

Bagi dirinya, dia lebih suka jika suami tidak berada di dalam rumah terlalu lama. Isteri akan rasa serabut dan macam-macam lagi akan timbul. 

Agak-agak anda kenapa ya isteri rasa bosan ini? Adakah ia sebenarnya berpunca dari suami sendiri yang kurang memberi didikan kasih sayang atau perasaan cinta itu tidak pernah disambut dengan rasa cinta yang sama?

Walaubagaimanapun isteri, syurga kalian kini terletak di bawah telapak kaki suami maka pupuklah rasa cinta dan semaikan rasa kasih sayang pada suami sendiri. 

Jika ada sebarang masalah dan ketidakpuasan hati adalah lebih baik dibawa berbincang supaya kesefahaman dapat dicapai kembali. 

Selain itu, berbincang dari hati ke hati bersama suami supaya dia dapat membantu dan mengembalikan semula diri isteri yang sudah lama menghilang. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. 

Stories Rakan Kongsi
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
Why do pregnant and lactating women need DHA supplementation?
Why do pregnant and lactating women need DHA supplementation?
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit gambar: Hello Sehat 

Sumber: Cinta Lia , Ipospedia

Baca juga: Apabila Isteri Mula Panggil Nama Suami, Petanda Tak Baik Tu! Apa Yang Suami Dah Buat Salah?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Suami Perlu Pandai Tangkap Hati Isteri Jika Nampak Tanda-Tanda Dia Bosan Dengan Anda
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham