Nikmati Diskaun 30% Barangan Bayi Jenama Twistshake, Botol Susu Anti Colic Antara Pilihan Popular Ibu Bapa!

Sempena pelancaran produknya di Malaysia, jenama barangan bayi antarabangsa Twistshake, menawarkan diskaun 30% bagi produk bayi di bawah rangkaiannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jenama barangan bayi Twistshake kini sudah memasuki pasaran Malaysia dengan botol susu anti colic antara pilihan ibu bapa paling popular untuk Si Manja mereka. 

Twistshake jenama barangan bayi dari Sweden terkenal dengan variasi barangan keperluan bayi daripada botol susu anti colic pelbagai jenis dan warna, botol minuman, botol air panas, puting tiruan (pacifier), cawan minuman, kutleri, bekas makanan, teether, bekas susu formula, food processor (6 in 1), rak pengering botol susu, beg bayi dan kereta sorong bayi.

Jenama ini ibarat pusat sehenti bagi ibu bapa untuk mendapatkan keperluan si Manja sejak lahir hinggalah peringkat umur kanak-kanak.

Twistshake kini di Malaysia, botol susu anti colic antara pilihan paling popular!

Twistshake telah merevolusikan produk bayi dengan gaya minimalis dan fungsi praktikal. Ringkas untuk digunakan dan selamat. Setiap produk sesuai dengan gaya hidup ibu bapa moden yang mementingkan fungsi praktikal tetapi minimalis. 

Dari produk signature nya iaitu botol susu anti colic, iaitu botol bayi yang mengurangkan risiko kolik atau kembung pada bayi selain anti tumpah dan penutup bahagian atasnya boleh ditukar ganti, kepada tekstil dan kereta sorang bayi yang serba guna dan praktikal untuk kegunaan ibu bapa, jenama ini memang menjanjikan kepuasan kepada anda.

Twistshake menjanjikan fungsi pintar dalam setiap produknya seperti anti tumpah dan sebagainya menjadikan tugas ibu bapa zaman moden yang lebih mencabar ini lebih mudah!

Menariknya selain anti colic, botol susu keluaran jenama ini juga mempunyai mixer yang menghalang ketulan susu atau jika ibu beri anak minum air buah menghalang untuk buah keluar dan menjadikan pengeluaran air tidak lancar. 

Nikmati 30% diskaun sempena pelancaran di Malaysia

Untuk permulaan, jenama Twistshake tersedia menerusi dalam talian iaitu twistshakebaby.com.my/ dan butik barangan bayi, Manjaku di seluruh negara.

Untuk meraikan anda dapat menikmati potongan harga 30 peratus dari kedai di seluruh negara sekarang hingga 31 Oktober 2021. Ketahui lebih lanjut mengenai Twistshake di Facebook & Instagram.

Sebab bayi kembung perut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan. Abdomen bayi kelihatan kembung walaupun sebenarnya normal kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding saiz organ lain dalam abdomen.

Masyarakat sering mengaitkan kembung perut dengan bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan tidak selesa tanpa sebab yang jelas dan akan kembali normal selepas beberapa ketika.

Selalunya keadaan seperti ini berlaku beberapa kali dalam seminggu. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah kembung ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar kerana penyusuan yang semakin baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Posisi menyusu tidak betul

Antara sebab bayi kembung perut adalah cara penyusuan yang tidak betul. Posisi menyusu condong.

#2. Saiz puting susu tidak sesuai

dan saiz puting botol yang tidak sesuai (bagi bayi yang menggunakan botol untuk menyusu) menyebabkan banyak udara ditelan serta masalah kembung perut pada bayi.

#3. Masalah ketidakhadaman

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, masalah ketidakhadaman, usus yang sensitif kepada protein tertentu yang terdapat dalam susu yang tidak sesuai dengan bayi anda.

#4. Menangis terlalu lama

Bayi yang menangis terlalu lama turut menjadi punca kepada masalah kembung perut.

Cara atasi bayi kembung perut

Pelbagai cara digunakan bagi mengatasi masalah ini termasuklah menggunakan ubat atau tanpa menggunakan ubat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Gripe water

Simethicone dan cairan gripe water antara ubat yang kerap digunakan sebagai penawar. Simethicone membantu membebaskan gas yang terdapat dalam perut. Dos bagi simethicone bergantung kepada formulasi disediakan oleh syarikat pengilang. Kebiasaan, simethicone dicampur ke dalam susu dan diberikan kepada bayi.

#2. Dill seed oil

Dill Seed Oil yang dipercayai boleh melegakan simptom angin dan boleh digunakan pada bayi berumur satu bulan ke atas. Selain itu, sapuan minyak yang sesuai dengan urutan lembut juga boleh membantu mengatasi masalah ini.

#3. Posisi penyusuan yang betul 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pendekatan lain selain ubat adalah mengamalkan teknik penyusuan yang betul. Posisi penyusuan yang betul dan selesa membantu bayi menyusu tanpa menelan angin.

#4. Saiz puting bersesuaian

Sekiranya bayi diberi susu formula, pastikan ibu bapa menggunakan saiz puting yang bersesuaian. Saiz puting sesuai memberikan aliran susu yang baik dan keselesaan pada perut bayi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 7 Jenama Botol Susu Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

Baca juga: 5 Kesilapan Ibu Bapa Ketika Basuh Botol Anak & Ini Sebab Pentingnya Steril Botol

Baca juga: Bayi Tolak Minum Susu Badan Melalui Botol? Cuba 5 Tips Mudah Ini!

Penulis

Lala Annuar