Ibu Mencari Bra Menyusu Terbaik? Ini Nursing bra Malaysia Yang Paling Selesa Dan Mudah Untuk Ibu Menyusu

Ibu Mencari Bra Menyusu Terbaik? Ini Nursing bra Malaysia Yang Paling Selesa Dan Mudah Untuk Ibu Menyusu

Fasa menyusukan anak perlukan si ibu memakai bra yang sesuai bagi memudahkan penyusuan. Ini dia 8 nursing bra Malaysia terbaik.

Wanita mengalami perubahan fizikal yang ketara semasa hamil di mana selain perut yang semakin membesar, payudara juga menjadi lebih sensitif. Ibu mungkin akan merasa tidak selesa, sakit dan sesak nafas jadi ini masa sesuai bagi ibu mendapatkan nursing bra Malaysia terbaik untuk keselesaan sepanjang hamil dan selepasnya.

Nursing bras bukan sahaja sesuai dipakai ketika mula menyusukan anak, tetapi juga boleh digunakan ketika hamil kerana keselesaannya yang tinggi buat ibu hamil.

Nursing bra adalah pakaian dalam yang direka khas untuk wanita yang menyusu. Ia mempunyai rekaan cup dengan kepak atau panel yang dapat dibuka dengan mudah untuk memberi akses kepada payudara tanpa perlu mengeluarkan payudara sepenuhnya semasa sesi penyusuan.

Tips Memilih Nursing Bra Yang Bagus

Sekiranya ibu memutuskan untuk memakai nursing bra, pastikan untuk memilih bra yang sesuai dengan anda.

Bra yang bagus harus memberi sokongan yang baik tetapi tidak ketat. Ia tidak sepatutnya meninggalkan lekukan atau tanda pada kulit malah sekiranya bra terlalu ketat, ia berisiko menyebabkan saluran susu tersumbat, mastitis atau penurunan bekalan susu badan.

Selain itu, semak juga beberapa perkara ini:

  • Bra jenis tidak berwayar lebih sesuai semasa penyusuan.
  • Pilih bra yang diperbuat daripada kapas atau bahan semula jadi yang lain. Bahan semula jadi menyerap dan mempunyai pengudaraan yang baik.
  • Pilih bra yang mempunyai cangkuk yang mudah dikendalikan dengan satu tangan dimana ibu dapat membuka dan menutup panel dengan mudah semasa memegang si manja.
  • Material yang lembut dan stretchy, serta memberikan sokongan yang terbaik.
  • Mempunyai banyak kebolehaturan di sekeliling pitanya.
  • Terdapat banyak ruang untuk regangan di sekitar bawah payudara dan pada bahagian belakang.
  • Dapat menampung pembesaran payudara wanita yang lembut dan sensitif.
  • Muat sepanjang semua tiga trimester dan sepanjang tempoh menyusukan anak.
  • Mempunyai cup dengan bercirikan boleh dibuka yang direka khas untuk memudahkan akses penyusuan bayi.
  • Membolehkan turun naik pada bahagian tulang rusuk dan dada.
  • Dicipta dengan fabrik lembut pada bahagian dalam cup bra supaya kurang rasa kejengkelan kepada payudara dan puting.

Jangan beli 'bra normal' di dalam size bra Malaysia yang lebih besar. Ini kerana fabrik dan struktur bra normal adalah tidak direka untuk menyokong dan menampung payudara yang sedang membesar dan tubuh ketika hamil serta di awal tempoh bergelar ibu. 

Bra normal mempunyai wayar besi di bawah cup yang mana tidak membenarkan pembesaran payudara dan boleh mengakibatkan pada ketidakselesaan yang ekstrem jika dipakai sepanjang tempoh hamil.

Pabila memasuki proses penyusuan, 'bra normal' adalah jauh lebih tidak praktikal berikutan ia tidak mempunyai ciri-ciri pembukaan pada mangkuk bra untuk akses mudah proses penyusuan serta ia juga boleh dikatakan merbahaya dek kerana ia meningkatkan kemungkinan besar akan mastitis (penyumbatan dan saluran susu mendapat jangkitan) berikutan kekangan wayar besi dan material yang lebih keras. 

8 Nursing Bra Terbaik di Malaysia

Dalam membantu ibu hamil menyelesaikan masalah pencarian nursing bra yang terbaik, kami menyenaraikan beberapa nursing bra Malaysia terbaik yang boleh anda pertimbangkan.

[product-comparison-table title="Nursing Bra Terbaik"]

Mama’s Choice Seamless Hands-Free Pumping Bra

bra menyusu terbaik

Mama’s Choice Seamless Hands-Free Pumping Bra diperkenalkan khas buat ibu-ibu yang sibuk bekerja tetapi pada masa yang sama perlu menyusukan anak.

Ia memudahkan ibu untuk multi-tasking dimana anda boleh mengepam susu untuk dua belah payudara dalam satu masa sambil melakukan aktiviti seharian anda! Bra Mama’s Choice ini juga sesuai untuk penyusuan terus kerana direka khas dengan cup bra yang mudah dibuka.

Apa yang pasti nursing bra Malaysia ini, dengan rekaan dan fungsinya yang membantu ibu menjadikan ia pilihan yang sangat berbaloi untuk mommies miliki sekurang-kurangnya satu!

Didatangkan dengan 3 size bra Malaysia iaitu M, L dan XL. Begitu juga dengan pilihan warna yang boleh dipilih samada hitam ataupun nude.

Nursing bra Malaysia ini dihasilkan oleh material yang tidak panas, lembut dan selesa digunakan sepanjang hari biarpun padat dengan aktiviti.

Apa yang kami suka:

  • Dihasilkan daripada material yang sangat lembut, mempunyai pengudaraan yang baik dan stretchy, sekaligus dapat menyokong payudara ibu dengan baik. 
  • Mempunyai cup yang direka untuk senang dibuka. Ini memudahkan ibu dalam akses menyusukan bayi. 
  • Dengan rekaan yang cukup praktikal membolehkan ibu mengepam susu badan tanpa memegang dengan tangan (hands-free). 
  • Sesuai untuk semua jenis pam susu.
  • Bebas dawai. 
  • Mempunyai tali yang mudah untuk dilaras mengikut keselesaan. 
  • Sesuai untuk digunakan dalam apa jua aktiviti.
  • Direka khas dengan harga yang berpatutan, seperti ciri-ciri nursing bra premium

Mamaway Ultralight Antibacterial Seamless Maternity and Nursing Bra

Terbaik Paling Selesa Dan Antibakteria

bra menyusu terbaik

Jika ibu mencari nursing bra Malaysia yang sesuai dipakai semasa hamil dan selepas bersalin, bra Mamaway inilah jawapannya. Pasti tidak ada lagi rasa tidak selesa atau sakit yang disebabkan sensitiviti semasa hamil ataupun semasa payudara membengkak.

Material yang nipis namun masih lagi selesa, bra ini disediakan pad lembut dan bukaan yang memudahkan ibu menyusukan si manja.

Apa yang kami suka:

  • Reka bentuk yang  sangat selesa, seperti tidak memakai apa-apa.
  • Boleh diregangkan hingga 3 cup dengan sokongan struktur yang hebat. Berbanding dengan bra kejururawatan lain, ultra ringan, kapas lembut, sangat selesa
  • Dijahit dengan pad lembut, pasangkan payudara anda dengan baik
  • MerylR Skinlife dengan mikropartikel perak yang melekat, antibakteria dan tahan bau
  • Material: Nilon, spandex dan poliester

Holabebe Hands Free Pumping Nursing Bra

Terbaik Untuk Mengepam Susu Secara Hands Free

bra menyusu terbaik

 

 

Nursing bra Malaysia jenama Holabebe bukan sahaja selesa untuk menyusukan anak malah merupakan bra yang serasi dengan pam susu yang boleh digunakan secara hands free!

Reka bentuknya juga kemas dan akan menampung payudara untuk kekal selesa dan bentuk yang baik sepanjang penyusuan. Bukaan juga sangat mudah, hanya dengan menggunakan sebelah tangan sahaja si manja dapat menyusu dengan gembira. 

Apa yang kami suka:

  • Regangan sehingga 3 cup dengan sokongan struktur yang hebat.
  • Tali bahu yang lebar & panel sisi untuk mengagihkan berat badan secara sekata.
  • Menstabilkan reka bentuk belakang balet dengan banyak cangkuk & mata untuk menampung perubahan payudara.
  • 1 klip drop-down  untuk memudahkan penyusuan
  • Pad bra yang boleh ditanggalkan.
  • Material: Nilon dan spandeks

Autumnz Isabel2 Maternity & Nursing Bra

Terbaik Cukup Praktikal

Autumnz Isabel nursing bra Malaysia

 

Autumnz Isabel merupakan nursing bra dengan material lembut yang ringan, lengkap dengan cup yang lembut dan tanpa pelapis tambahan. Pastinya pilihan yang praktikal untuk para ibu yang sentiasa menyusu pada setiap masa dan khususnya untuk keselesaan di rumah.

Semua saiz bra hadir dengan 3 baris cangkuk dan mata di belakang agar tampak lebih kemas dan menyokong payudara si ibu. Dengan bukaan bulat dalam bra Autumnz ini memudahkan untuk proses penyusuan ibu kepada bayi. 

Bukaan nursing bra Autumnz juga mudah sahaja ya, hanya dengan sebelah tangan ibu sudah cukup pantas untuk menyusukan si manja!

Apa yang kami suka:

  • Pilihan warna dan corak yang menarik
  • Bukaan yang mudah
  • Cangkuk 3 mata di belakang bra yang memudahkan pengubahan saiz mengikut keselesaan ibu
  • Tidak mempunyai wayar dan pad tambahan
  • Bukaan dalaman yang memudahkan penyusuan

Lunavie Hands Free Pumping Bra

Terbaik Mengepam Kedua-dua Belah Dan Penyusuan Terus

Lunavie nursing bra Malaysia

Lunavie Hands Free Pumping Bra merupakan nursing bra yang sangat mudah buat para ibu. Ia membolehkan ibu-ibu untuk multi-tasking sewaktu mengepam susu untuk sekaligus dua bahagian payudara dalam satu masa. Malah, ia sekaligus memudahkan proses penyusuan terus dari payudara dengan bayi. 

Apa yang kami suka:

  • Bebas, yang mana ia adalah bra untuk memudahkan proses mengepam susu tanpa menggunakan tangan (untuk pengepam elektrik) dengan rekaan yang terbaik, keselesaan maksima, dan bebas untuk anda melakukan tugas atau berehat sewaktu mengepam.
  • Ia direka untuk berfungsi dengan semua jenis pengepam susu elektrik dari pengeluar terbesar termasuklah Medela, Philips, AVENT, Autumnz, Lacte, Evenflo, Spectra dan banyak lagi.
  • Hadir dengan panel belakang boleh laras tambahan di bahagian belakang untuk memastikan fit sempurna mengikut tubuh anda menerusi sepanjang perubahan natural yang berlaku ketika penyusuan.
  • Stail bustier ini mempunyai panel di bahagian tengah dengan zip pada bahagian hadapan yang membolehkan 1 inci pergerakan sisi ke sisi untuk kedudukan bibir pam yang betul.
  • Bra untuk mengepam susu ini membolehkan anda untuk mengepam susu dalam banyak situasi, termasuklah ketika bekerja, melakukan tugas harian, sewaktu sarapan atau makan tengah hari atau ketika apa sahaja tugas.
  • Anda boleh mencucinya dengan selamat di dalam mesin basuh pakaian dengan air dingin, pada kitaran yang medium, dengan peluntur tanpa klorin jika perlu.

XIXILI Super Soft Wireless Pansy Bra

Terbaik Selesa Tanpa Wayar Besi

Xixili nursing bra Malaysia

Para wanita yang sedang hamil dan baru bergelar ibu pastinya mengutamakan pilihan nursing bra yang selesa seperti mana yang ditawarkan XIXILI Super Soft Wireless Pansy Bra ini. Ia sesuai untuk kegunaan di rumah atau hari kasual untuk keluar sebagai wanita yang baru bergelar ibu.

Apa yang kami suka:

  • Ia direka tanpa wayar besi pada bahagian bawah mangkuk bra
  • Litupan lebih menyeluruh dalam memberikan perlindungan tinggi pada payudara
  • Dicipta dengan fabrik berkait tanpa benang yang ultra lembut dan stretchy
  • Mempunyai pad mangkuk bra yang ditanggalkan untuk pilihan bentuk dan litupan payudara
  • Panel mesh pada bahagian tengah yang breathable
  • Pita elastik yang lebar dan sendat selesa di sekitar bawah payudara yang tidak akan bergulung
  • Klip akses mudah untuk penyusuan badan, buka kancing dengan hanya satu tangan
  • Sayap belakang berbentuk U untuk sokongan
  • Tali bra pada bahagian bahu yang boleh dilaras
  • Pengancing cangkuk di bahagian belakang (3 panel) 

Neubodi Momready Maternity Bra

Terbaik Boleh Laras

Neubodi nursing bra Malaysia

Merupakan satu rekaan bra semua-dalam-satu untuk hamil dan penyusuan, direka untuk mimik sokongan pemakaian bra harian biasa, sementara mempunyai kebolehan untuk pelarasan untuk fit ke atas perubahan tubuh wanita sewaktu dan selepas hamil.

Ia juga bermaterialkan fabrik lembut seakan mentega kapas-spandex yang amat selesa untuk dipakai, dan hampir tidak kelihatan di bawah pakaian. Dengan nursing bra Malaysia ini, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada pad penyusuan pakai buang kerana Neubodi MOMready juga hadir dengan pad foam yang breathable, yang mana boleh ditanggalkan dan dibasuh.

Ia juga hadir dengan pemanjang bra mengikut keperluan anda untuk memberikan lebih ruang pernafasan di sekitar bahagian pita. Malah ia juga direka tanpa benang yang mana bercirikan mangkuk bra boleh jatuh untuk kemudahan menyusu.

Ia dapat menampung turun naik 3 saiz mangkuk bra untuk wanita sewaktu hamil dan dalam proses berpantang.

Apa yang kami suka:

  • Fabrik tiga lapis untuk pelindungan payudara lebih ekstra
  • Tali pada bahagian bahu yang ekstra lebar (1.5cm) untuk mengurangkanp tekanan pada bahu
  • Panel sisi yang lebih ekstra untuk menghapuskan masalah 'double boobs'
  • Mangkuk bra tanpa wayar besi dan berstruktur ringan
  • Dua kali lapisan dalam mangkuk bra untuk pelindungan kebocoran optimal
  • Panel depan dan belakang sebagai sokongan dengan 3 cangkuk untuk Benjámin dikancing dengan selamat
  • Klip penyusuan untuk memudahkan proses menyusu dengan mangkuk penuh bra yang boleh dijatuhkan
  • Pemanjang bra untuk pemanjangan pita tambahan
  • Boleh digunakan ketika hamil dan penyusuan

First Few Years Bravado Body Silk Seamless Nursing Bra

Terbaik Dengan Rekaan Paling Smooth Tanpa Bekas Jahitan

First Few Years Bravado nursing bra Malaysia

Rekaan breastfeeding bra ini adalah yang paling smooth dan tidak kelihatan sebarang kesan jahitan, memberikan pengalaman yang cukup selesa buat ibu hamil. Ia sesuai untuk pemakaian harian, di rumah, sedia untuk dipakai ke mana sahaja, tak kira bila-bila masa.

Fabriknya lembut mewah melitup rapi kepada perubahan bentuk payudara dan tubuh anda, jadi anda boleh memakainya sepanjang tempoh hamil dan penyusuan.

Apa yang kami suka?

  • Lembut mewah, tidak kelihatan bekas jahitan dan tanpa wayar besi untuk menjamin keselesaan
  • Direka dengan fabrik stretchy 4 cara yang melitupi tubuh anda tidak kira apa akan perubahan yang berlaku pada bentuk tubuh atau saiz payudara
  • Sesuai untuk pemakaian ketika hamil dan menyusu
  • Mempunyai pad foam yang boleh ditanggalkan untuk bentuk dan pertimbangan
  • Saiz alpha yang mudah
  • Mempunyai klip penyusuan dengan hanya perlu dicabut dengan satu tangan Bravado 'B', mudah untuk dibuka dan ditutup
  • Mangkuk bra yang boleh diturunkan sepenuhnya untuk memberikan sentuhan kulit ke kulit yang maksimum
  • Ia turut hadir dengan Bra Conversion Kit, jadi anda boleh menukar bra menyusu ini kepada 'bra normal' pabila perjalanan proses menyusu sudah selesai
  • Stail ini telah diuji dan disahkan pada keperluan Standard 100 by Oeko-Tex, yang mana memastikan produk bebas daripada sebarang bahan merbahaya
  • Tersedia dalam lima rona utama untuk keperluan almari pakaian anda

Perbandingan Harga Bra Menyusu Terbaik

Jenama Harga Pasaran (RM)
Mama’s Choice Seamless Hands-Free Pumping Bra  RM59.90
Mamaway Ultralight Antibacterial Seamless Maternity and Nursing Bra RM189.90
Holabebe Hands Free Pumping Nursing RM39.90
Autumnz Isabel2 Maternity & Nursing Bra RM24.00
Lunavie Hands Free Pumping Bra RM65.60
XIXILI Super Soft Wireless Pansy Bra RM90.00
Neubodi Momready Maternity Bra RM96.00
First Few Years Bravado Body Silk Seamless Nursing Bra RM159.20

Bagaimana Ingin Pastikan Nursing Bra Muat Sempurna?

Tidak dinafikan yang ramai wanita biarpun tidak hamil keliru akan cara memastikan bra yang mereka beli fit sempurna melindungi payudara disamping memberikan keselesaan.

Bagi ibu hamil, berikut adalah beberapa cara untuk anda pastikan nursing bra Malaysia yang anda dapatkan fit pada payudara anda. Boleh juga diguna pakai tips ini buat semua wanita dalam mencari bra yang selesa.

  • Jika kedutan pada mangkuk bra di bahagian handapan kelihatan, ia bermaksud ia terlalu besar.
  • Pita di sekitar dada sepatutnya muat dengan sempurna, terletak rapi, dan tidak tertarik ke atas pada bahagian belakang.
  • Jika payudara 'terkeluar' di bahagian bawah mangkuk bra, ini bermakna yang bra tersebut terlalu besar.
  • Jika payudara anda 'melimpah' di bahagian atas atau tepi mangkuk bra, ia bermaksud bra menyusu anda terlalu kecil.

Perbezaan Maternity Bra dan Nursing Bra

Ciri-ciri Maternity Bra Nursing Bra
1. Menampung payudara yang membesar Ya Ya
2. Bertali lebar, lapisan bahagian dalam dengan kapaslembut, serta cangkuk dan penyangkut tambahan pada pita Ya Ya
3. Tidak mempunyai wayar besi di bawah mangkuk bra Ya Ya
4. Mempunyai kancing atau panel yangmembolehkan akses mudah kepadaputing untuk sesi penyusuan Tidak Ya
5. Memberi keselesaan optimum Ya Ya

Jadi sebaiknya untuk ibu hamil membeli kombinasi akan kedua-duanya, iaitu membeli maternity bra atau bra pra-hamil kegemaran bersaiz lebih besar pada awalnya dan kemudian menukar kepada bra penyusuan di sekitar tempoh pertengahan trimester ke-3

Jika anda membeli nursing bra untuk dipakai sewaktu hamil, pastikan anda memilih saiz yang mempunyai lebih sedikit ruang untuk pembesaran payudara, ini kerana payudara anda akan menjadi lebih besar satu atau dua kali ganda selepas bayi dilahirkan serta pabila susu badan mula wujud.

Mengapa Anda Perlu Menggunakan Nursing Bra?

Sewaktu hamil, ramai wanita tertanya, "Adakah saya perlu membeli nursing bra atau jika saya boleh tetap menggunakan bra normal?"

Buat ramai ibu hamil atau yang baru bergelar ibu, membeli bra penyusuan adalah sebaiknya, kerana ia akan membekalkan keselesaan lagi-lagi apabila bentuk badan akan berubah masa demi masa.

Berikut adalah antara sebab ibu hamil digalakkan untuk membeli bra menyusu:

  • Ia direka untuk menampung payudara yang membesar atau secara mendadaknya berubah dari segi saiznya. Payudara anda mungkin akan melalui perubahan dramatik pada saiznya sewaktu hamil, dan mempunyai kemungkinan akan menjadi lebih besar dan atau lebih kecil bergantung kepada saiz dan waktu untuk menyusu atau sesi mengepam tatkala anda sudah melahirkan.
  • Kebanyakkan bra penyusuan hadir dengan banyak cangkuk, jadi anda dengan mudahnya boleh mengubah pita utama bra tersebut untuk disesuaikan dengan tubuh sewaktu dan selepas hamil.
  • Ia biasanya tidak mempunyai wayar besi atau jahitan di bahagian puting (yang mana boleh menyebabkan keradangan) dan diperbuat daripada fabrik yang lembut dan stretchy.

Bilakah Waktunya Untuk Mendapatkan Bra Penyusuan?

 

Satu peraturan praktikal yang baik: Ketat adalah tidak baik. Pabila anda menanggalkan bra dan mendapati terdapat kesan lekukan di mana pita dan tali berada, payudara anda melimpah keluar daripada mangkuk bra atau bra anda dirasakan terlalu sendat, sudah tiba masa untuk anda membeli bra baru.

Setiap wanita berbeza, setiap kehamilan juga berbeza, dan payudara anda akan berubah dalam cara yang unik kepada anda.

Ada ibu hamil akan mendapati yang saiz mangkuk bra berterusan meningkat sepanjang tempoh hamil, atau payudara anda pasti akan membesar sewaktu trimester pertama dan kemudian tidak meningkat dari segi saiz lagi sehingga beberapa bulan mendekati hujung kehamilan

Bergantung kepada bagaimana anda membesar, anda mungkin perlu melakukan pembelian bra beberapa kali sepanjang tempoh hamil.

Semoga senarai ini akan membantu ibu memilih nursing bra Malaysia yang berkenan di hati.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Tip Memilih Bra Ketika Hamil & Menyusu

Baca juga:  Bra Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu Anak, Cara Memilih Yang Betul

Baca juga:  5 panduan lengkap memudahkan ibu menyusu bayi baru lahir