Tidak dinafikan, air tangan seorang ibu mampu mencipta keceriaan pada wajah anak-anak. Apa kata kali ini ubah selera orang tersayang dengan hidangan roti yang gebu dan berwarna-warni, segalanya mudah dengan bread maker terbaik.
Jika dilihat zaman dahulu, untuk merasai keenakan roti ini memerlukan tenaga yang banyak kerana ia perlu diuli sehingga benar-benar menjadi doh sempurna.
Namun kecanggihan teknologi pada hari ini telah membantu para ibu untuk menjadi tukang pembuat roti ‘terhandal’ buat seisi keluarga dengan cara cukup mudah!
Isi Kandungan:
1. Kelebihan Mempunyai Bread Maker
2. Kriteria Perlu Lihat Ketika Membeli Bread Maker Terbaik
3. 7 Bread Maker Yang Bagus Di Pasaran
-
Petrus PE6280 bread maker
-
KHIND Bread Maker BM750
-
PHILUX BREAD MAKER PL-BM1000
-
Midea automatic small household Bread Makers Multifunctional intelligent MM-ESC1510
-
Pensonic Bread Maker PBM-2000
-
Aztech Bread Maker ABM750
-
MORGAN 2.0LB Bread Maker MBM1020
4. Perbandingan Harga
5. Kelebihan Membuat Roti Sendiri Di Rumah
|
Apa Itu Bread Maker & Kelebihan Memilikinya
Kredit gambar: BBC Good Food
Bread maker ialah satu mesin yang menguli doh roti, membakar roti dan ada sesetengahnya berfungsi sebagai oven. Ada sesetengah break maker yang bagus mampu membuat doh seperti piza, kek, roti dan banyak lagi. Ia sangat memudahkan, berguna dan berbaloi untuk setiap sen.
Kemudahan
Membuat roti adalah satu proses yang panjang dan mengambil masa. Jika anda merupakan seseorang yang mahukan roti segar setiap hari, sebuah bread maker adalah solusinya.
Kebanyakan bread maker, mempunyai ciri-ciri pemasa yang anda boleh set pada pertengahan malam dan dengan hanya satu klik butang anda boleh bangun pagi dengan bau roti segar. Seronok bukan?
Pemasa ini mempunyai rangkaian sekitar 12 jam. Bermakna yang anda boleh melakukan semua tugas penyediaan 12 jam sebelum anda mahukan roti anda siap. Inilah yang dimaksudkan dengan kemudahan.
Tidak perlu menguli doh lagi
Ramai yang tidak mempunyai kesabaran atau kebolehan dalam menguli doh untuk pelbagai sebab sama ada disebabkan kesihatan, penat yang hadir dengan usia atau banyak lagi sebab lain. Mesin bread maker mampu menguli roti secara automatik dan melakukan kerja terbaik.
Oleh itu, walaupun anda mahu melakukan yang lain sendiri – bahagian menguli pasti boleh diserahkan kepada tangan bread maker yang kental.
Bersih, kemas dan mudah untuk dikendalikan
Pembuat roti membuatkan semua proses jadi sangat mudah. Segala yang anda perlu lakukan adalah dengan meletakkan semua bahan di dałam bread maker, menekan satu butang, menyelaras pemasa dan itu sahaja.
Dapur anda kekal bersih dan apa yang tinggal untuk anda lakukan adalah menunggu roti itu siap.
Pilihan Sihat
Menghasilkan roti di rumah adalah pilihan yang lebih sihat berbanding membeli roti di kedai atau malah di bakeri. Ini kerana ada sesetengah roti di kedai diperbuat dengan sedikit bahan penambahbaikkan.
Semasa membuat doh sendiri, anda juga boleh pilih bahan-bahan yang sihat, sama ada tepung organik, gandum penuh, roti bebas gluten, atau apa sahaja sekatan diet anda atau pilihan anda.
Terdapat seleksi terbaik akan buku masakan di pasaran yang dicipta terutama sekali untuk bread maker untuk membantu anda mencapai gol roti yang anda inginkan.
Jika anda seorang yang baru dalam pembuatan roti
Untuk yang baru hendak belajar, bread maker yang bagus adalah pilihan tepat. Anda boleh jimat wang, jimat masa, mengawal diet anda (anda tahu apa yang anda masukkan ke dalam tubuh anda) dan menikmati roti segar dengan mudahnya.
Pilihan ekonomikal
Jika anda mempunyai sebuah keluarga yang besar yang gemar makan roti setiap hari, ia tidak ragu-ragu lagi yang membuat roti di rumah adalah satu pilihan paling ekonomikal.
Apabila anda mempertimbangkan kos bahan, kos masa, dan penat lelah dan komponen relevan yang lain, biarpun jika anda tidak makan roti dalam kuantiti yang banyak, dalam jangka masa yang panjang anda akan dapat jimatkan duit jika anda membuat roti sendiri.
Mesin roti (bergantung pada harga juga) akan mempunyai jangka hayat yang sangat lama.
Kegunaan tambahan bread maker
Sebuah bread maker ada kegunaan tambahan selain membuat roti. Ia boleh digunakan untuk menguli roti, doh boleh dihasilkan menjadi roll atau bun dan kegunaan lain seperti membuat jem, lauk untuk nasi, yogurt, kek, sos, sup dan malah juga telur hancur.
Kriteria Perlu Lihat Ketika Membeli Bread Maker Terbaik
Kredit gambar: What’s Cooking Dad
Ketika mencari sebuah bread maker, ada beberapa perkara atau kriteria yang perlu anda lihat sebelum membuat pembelian.
Kapasiti roti
Fikirkan berapa ramai orang yang anda mahu menjamu dengan roti segar baru dibuat dan pertimbangkan amaun roti yang anda boleh habiskan sebelum ia menjadi rosak. Banyak bread maker mempunyai tetapan untuk beberapa saiz roti, tetapi saiz maksimum berbeza dari mesin ke mesin.
Sentiasa ingat, yang roti yang berat akan memerlukan lebih kuasa untuk memasak. Majoriti rangkaian bread maker mempunyai sekitar 500 ke 1000 watt kuasa.
Jika anda merancang untuk menghasilkan roti yang lebih padat atau roti yang dengan bahan tambahan seperti kekacang, bijirin, atau buah kering, anda harus mencari bread maker yang tinggi wattage untuk memastikan ia boleh memasak roti lebih berat dengan efisyen.
Saiz mesin dan berat
Mesin besar sukar untuk dialihkan dan memakan tempat untuk penyimpanan. Tetapi ia biasanya hadir dengan banyak pilihan untuk pembuatan rotinya.
Mesin kecil lebih mudah untuk disimpan di dalam kabinet lagi-lagi apabila ia tidak digunakan, tetapi ia mungkin mempunyai tetapan yang sedikit dan tidak boleh membuat roti bersaiz besar.
Bentuk pan roti
Apabila anda membuat roti di dalam mesin roti, semua roti anda akan menjadi bentuk yang asas berikutan ia hanya mempunyai satu pan roti yang boleh digunakan. Majoriti bread maker sama ada mempunyai bentuk pan jenis tinggi/vertikal atau segi empat tepat.
Dayung pengadun
Bread maker berbajet biasanya akan termasuk sekurang-kurangnya satu pendayung pengadun, tetapi mesin roti yang lebih mahal selalunya hadir dengan dua dayung pengadun. Dua pengadun adalah menjadi pilihan ramai untuk hasil mengadun terbaik.
Tetapan yang diprogramkan
Bread maker pada masa kini hadir dengan pelbagai ciri, tetapi sebuah mesin dengan terlalu banyak ciri-ciri boleh jadi terlalu rumit untuk keperluan harian anda.
Mesin yang simple menawarkan beberapa variasi, tetapi sesetengah mesin termasuklah tetapan untuk roti manis, roti penuh gandum, sourdough, roti Perancis, doh piza, dan banyak lagi.
Setiap jenis tetapan ini menyelaras waktu menguli, waktu menaik, dan waktu membakar untuk menghasilkan roti terbaik untuk jenis-jenis roti tersebut.
Tetapan ekstra adalah mudah untuk mereka yang mahu bereksperimen dengan jenis bijirin yang berbeza dan stail roti, tetapi bread maker yang simple akan sudah mencukupi untuk gol anda untuk menghasilkan roti sandwich yang biasa untuk menggantikan roti yang dibeli di kedai.
Kawalan crust
Majoriti mesin roti mempunyai tetapan untuk memilih kegelapan warna crust yang anda mahukan, dari cerah ke sederhana ke gelar.
Sementara ciri ini bukanlah penting untuk menghasilkan sebiji roti yang baik, ia baik untuk anda mendapat mengawal kegelapan crust pabila anda menghasilkan roti istimewa.
Jika anda ingin melihat atau memantau warna crust dengan sendiri, cari mesin roti yang mempunyai panel gelas untuk melihat proses pembuatannya.
Harga
Secara purata, anda boleh jangka untuk berbelanja sekitar RM100 ke RM500 untuk sebuah mesin roti dari jenama pertengahan.
Ada sesetengah jenama bread maker bajet kurang daripada RM100, sementara jenama terkenal seperti Breville dan Zojirushi lebih mahal ya.
Jaminan
Biasanya break maker mempunyai jamin selama setahun, yang mana ia meliputi perlindungan untuk kecacatan pembuatan berbanding pakai dan rosak atau tersalah guna.
Perlindungan spesifik boleh jadi berbeza bergantung kepada pembuatan dan model, jadi adalah satu idea bernas untuk anda memeriksa perincian sebelum pembelian. Jaminan tambahan tersedia ketika pembelian mesin roti.
7 Bread Maker Yang Bagus Di Pasaran
Siapa tidak happy bila tengok hidangan roti hasil air tangan sendiri dinikmati oleh anak-anak dengan penuh selera?
Justeru apa kata anda semak sahaja jenama bread maker terbaik di sini sahaja, tidaklah perlu keluar rumah dan beratur panjang untuk memasuki kedai pada musim Covid ini.
1. Petrus PE6280 bread maker (Bread Maker Terbaik Dengan Dispenser Kekacang)

- 220V, 50Hz, 500W
- Tetapan 2 ukuran roti: 500g (1.0LB) / 750g (1.5LB)
- Tetapan 3 warna kerak: cahaya / sederhana / gelap
- 19 menu yang boleh diprogramkan
- 60 minit fungsi menjaga kehangatan (keep warm)
- 15 minit kuasa memotong
- Delay timer 15 jam yang boleh diprogramkan
2. KHIND Bread Maker BM750 (Bread Maker Terbaik Bebas Dari Bahan Kimia Toksik)

- Lapisan seramik menawarkan kelebihan permukaan memasak yang tidak melekat, bebas dari PFOA, bahan kimia toksik dalam proses pembuatan lapisan teflon.
- Bread Barel & Stirrer bersalut seramik tahan lama untuk keselamatan makanan
- Menu Pra tetap Auto
- Sistem sandaran kuasa selama 15 minit
- Tetapan kerak cerah dan gelap
- Pemilihan Ukuran Loaf 500g & 750g
3. PHILUX BREAD MAKER PL-BM1000 (Bread Maker Terbaik Kapasiti Besar)

- Model pembuat bread philux: pl – bm1000
- Kapasiti besar sehingga 1000g / 2lb
- Mempunyai paparan digital
- Fungsi motor dc yang kuat
- Disertakan sekali dengan manual pengguna dalam bahasa inggeris
- Plug yang kebiasaan digunakan di Malaysia
4. Midea automatic small household Bread Makers Multifunctional intelligent MM-ESC1510 (Bread Maker Terbaik Serba Guna)

- Nama produk: MM-ESC1510 dari Midea / Midea
- Pengelasan warna: coklat
- Kapasiti maksimum: 501g -800g
- Fungsi menu: adunan mee, doh roti dan kek
- Diperbuat daripada logam
- Kuasa: 501W-600W
5. Pensonic Bread Maker PBM-2000 (Bread Maker Terbaik Dengan Delay Timer 15 Jam Boleh Diprogramkan)

- Memiliki 19 program automatik
- Delay timer 15 jam yang boleh diprogramkan
- Paparan LCD besar
- Kawalan kerak boleh laras: warna terang, sederhana dan gelap
- Kaki bawah yang tidak licin
- Mangkuk tidak melekat yang boleh ditanggalkan dan mudah dibersihkan
- Diperbuat dari keluli tahan karat
6. Aztech Bread Maker ABM750 (White) (Bread Maker Terbaik Mampu Membakar Roti 1.5lbs)

- Pembuat Roti Aztech berukuran 750gram.
- Memiliki sehingga 16 fungsi memasak yang sangat digemari pengguna.
- Pengguna juga diberi kemampuan untuk memilih warna kerak roti pilihan seperti cerah, sederhana atau gelap.
- Boleh menetapkan waktu memasak roti pilihan seperti yang diinginkan.
- Ciri-ciri lain seperti pengaturan keep warm sehingga 13 Jam untuk selalu menjadikan makanan anda segar pada waktu yang disukai.
- Tetingkap lutsinar membolehkan anda melihat adunan semasa ia dimasak.
- Mampu membakar sehingga 1.5lbs roti
7. MORGAN 2.0L Bread Maker MBM1020 (Bread Maker Terbaik Dengan 12 Menu Program Digital)

- Nilai watt: 550W
- Kapasiti: 2.0 LB
- Badan plastik, paparan LCD
- Kuali roti segi empat tepat tidak melekat dan bilah pisau menguli
- 12 menu program digital: Basic, French, Wheat Wheat, Quick, Sweet, Ultra fast, Gluten Free, Dough, Jam, Cake, Sandwich, Bake.
- Kawalan kerak boleh laras: Cahaya, Sedang dan gelap
- Fungsi kelewatan 13 jam yang boleh diprogramkan
- 60 minit mengekalkan fungsi hangat
Perbandingan Harga
Jenama |
Harga (RM) |
Kapasiti roti (lb) |
Petrus PE6280 bread maker
|
239.71 |
1.5 |
KHIND Bread Maker BM750
|
322.90 |
1.10, 1.65 |
PHILUX BREAD MAKER PL-BM1000
|
183.00 |
2.0 |
Midea automatic small household Bread Makers Multifunctional intelligent MM-ESC1510
|
372.90 |
1.10, 1.65 |
Pensonic Bread Maker PBM-2000
|
198.99 |
1.0, 1.5, 2.0 |
Aztech Bread Maker ABM750
|
369.90 |
1.5 |
MORGAN 2.0LB Bread Maker MBM1020
|
229.90 |
2.0 |
Kelebihan Membuat Roti Sendiri Di Rumah
Kredit gambar: Freepik
Roti yang dibuat sendiri di rumah lebih nutrisi dan lebih sedikit bahan tambahan berbanding roti yang dihasilkan secara komersial. Berikut adalah beberapa kelebihan membuat roti sendiri di rumah, antara sebab anda patut ada sebuah bread maker di rumah.
1. Sodium rendah
Kebanyakkan roti komersial yang sudah siap mengandungi lebih 130mg sodium di dalam satu potong roti. Jika anda membuatnya sendiri di rumah, anda boleh mengurangkan amaun garam di dalam roti tersebut.
2. Bahan-bahan yang sihat
Anda memilih semua bahan-bahan yang akan masuk ke dalam roti yang anda buat sendiri di rumah. Anda boleh pilih tepung jenis berkualiti tinggi, ejen ragi, telur dan tenusu. Anda juga boleh mengawal kandungan gula dan tidak perlu risau ten tang tambahan fruktosa sirap jagung yang tinggi atau dekstrosa, yang mana menawarkan kalori yang kosong.
Melainkan jika anda menambahnya sendiri dengan marjerin atau vegetable shortening, roti yang dibakar sendiri di rumah tidak mengandungi lemak trans; anda boleh gunakan lemak tidak tepu sihat untuk jantung seperti minyak zaitun atau bunga saff.
Roti komersial biasanya mengandungi pengawet dan bahan tiruan untuk memanjangkan jangka hayat roti dan meningkatkan rasanya, sementara roti yang dibuat di rumah tidak.
3. Bijirin penuh
Label pada bungkusan roti komersial boleh membuat anda percaya yang mereka mengandungi lebih bijirin penuh berbanding yang mereka anda. Apabila anda membuat roti di rumah, anda boleh memastikan amaun bijirin penuh yang akan anda masukkan ke dalam resepi.
Anda boleh menjadikannya lebih gebu, lebih sihat dengan menggunakan 100 peratus tepung gandum atau tepung bijirin penuh lain. Tepung bijirin penuh mempunyai lebih serat dan nutrien berbanding tepung putih halus.
Pabila anda membakar roti sendiri, anda juga boleh bereksperimen dengan menambah bijirin lain atau bahan lain untuk menambah nutrisi. Boleh pertimbangkan untuk menambah biji rami tanah untuk asid lemak omega-3, oat penuh untuk serat boleh larut atau tepung quinoa untuk protein.
4. Bebas alergen
Jika anda mempunyai tapa alergi yang serius, anda boleh menolak tambah pada resepi roti anda untuk tidak memasukkan bahan-bahan yang boleh membuatkan anda alergi.
Malah roti buatan yang tidak mengandungi alergen mungkin dihasilkan pada peralatan yang tercemar dengannya. Membuat roti sendiri boleh mencegah hampir semua kemungkinan akan pencemaran silang.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Variasi 5 resepi roti yang mudah dibuat, anak pasti suka nak makan
Baca juga: Resepi Doh Roti Sedap & Guna Hanya Sedikit Bahan, Ibu-Ibu Jom Cuba Buat Bersama Anak-Anak
Baca juga: Bijian penuh yang berkhasiat untuk permulaan hari si manja