Sememangnya buah-buahan elok diambil semua orang sebenarnya. Disarankan pengambilan buah yang ideal adalah dua kali sehari. Namun manfaat buah-buahan buat ibu hamil pula adalah lebih kepada bayi. Selalunya ibu hamil mesti tertanya-tanya apakah aktiviti semasa hamil yang elok dilakukan untuk menjadikan anak bijak?
Makan buah-buahan adalah salah satunya caranya!Menurut para saintis dari Universiti Alberta, mereka mendapati bahawa pengambilan buah-buahan ketika hamil dapat membantu perkembangan kognitif bayi. Yakni menjadikan anak lebih mahir berfikir, mengira, membaca dan sebagainya.
Menurut artikel Science Daily pada tahun 2016 juga turut menyokong bahawa ibu yang makan buah-buahan ketika hamil dapat membantu perkembangan kognitif bayi di dalam kandungan. Namun tidak dinyatakan secara terperinci akan jenis buah. Perkembangan kognitif itu juga dikatakan mampu mempengaruhi bayi sehingga berusia satu tahun.
Bagi menyokong kenyataan ini, para saintis telah melakukan eksperimen pada model mamalia. Dan hasil eksperimen ternyata dengan penemuan asal kajian. Ia terbukti pada penemuan manusia dan lalat buah. Apabila ibu hamil memakan buah-buahan juga ditambah dengan jus, memorinya menjadi lebih kuat.
Penemuan ini cukup berharga buat ibu hamil kerana ia merupakan langkah awal bagi membantu perkembangan kognitif bayi. Nutrien yang terkandung di dalam buah-buahan ternyata dapat mendorong perkembangan otak bayi.
“Hasil penemuan eksperimen kami mendapati bahawa adanya manfaat kognitif bagi keturunan ibu yang mengambil lebih banyak buah-buahan ketika hamil,” kata Rachel Ward-Flanagan, penulis utama dan mahasiswa PhD di bawah pengawasan Profesor Clayton Dickson.
Top 5 buah-buahan elok diamalkan ketika hamil
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!