Buah Kuini Untuk Ibu Hamil, Makan Berpada-Pada! Ini Risikonya Jika Diambil Secara Berlebihan

Buah kuini untuk ibu hamil mempunyai beberapa risiko yang boleh menganggu kesihatan anda dan menjejaskan pembentukan janin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah kuini untuk ibu hamil boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan terutamanya jika diambil secara berlebihan. Bagi ibu hamil, ia penting untuk menjaga keseimbangan pengambilan nutrisi dan buah kuini adalah makanan berkhasiat yang mudah didapati. Artikel ini akan membincangkan risiko buah kuini untuk ibu hamil.

Buah Kuini Untuk Ibu Hamil

Apa Itu Buah Kuini

Buah kuini, dikenali dalam bahasa Latin sebagai *Mangifera odorata*, adalah sejenis mangga yang popular di negara-negara tropika seperti Malaysia, Indonesia, dan Filipina. Buah ini lebih kecil berbanding mangga biasa dan mempunyai aroma yang sangat harum serta rasa yang manis.

Kulitnya biasanya berwarna hijau kekuningan apabila masak, dan daging buahnya berwarna kuning serta berserat. Kuini sering dimakan segar atau dijadikan jus dan pencuci mulut. Ia juga kaya dengan vitamin A, B6, dan C, menjadikannya pilihan yang berkhasiat untuk dimasukkan dalam diet harian.

Buah Kuini, Buah Yang Berkhasiat Tinggi Dan Manis

Pernahkah anda merasa betapa manisnya buah kuini? Buah ini menjadi pilihan setiap kali musim mangga tiba kerana rasanya yang sangat manis dengan bau yang harum. Harumannya sangat kuat sehingga buah ini mengeluarkan aroma wangi sebelum dikupas.

Meskipun harum dan manis, buah kuini biasanya lebih kecil daripada jenis mangga lain. Buah ini sering ditanam di pekarangan rumah, dan anda mungkin pernah menerima kiriman dari jiran jika mereka mempunyai buih kuini.

Risiko Buah Kuini Untuk Ibu Hamil

Walaupun kaya dengan vitamin yang baik, pengambilan buah kuini sebenarnya boleh mendatangkan risiko kepada ibu hamil. Sebenarnya, konsepnya sama dengan benda lain, contohnya kita dinasihatkan untuk meminum air lapan gelas air sehari.

Bagaimanapun, jika kita minum air secara berlebihan ia akan mendatangkan kesan seperti kerap ke tandas atau lebih teruk menyebabkan bengkak kepada otak. Oleh itu, kita kena berpada-pada dalam pengambilan sesuatu bahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Konsep ini sama untuk buah kuini kerana pengambilan berlebihan buah ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan, terutamanya bagi ibu hamil. Berikut merupakan beberapa kesan negatif jika memakan buah kuini secara berlebihan semasa hamil.

1. Mengganggu Sistem Pencernaan

Tubuh wanita mengalami perubahan semasa hamil, termasuklah metabolisma menjadi lambat. Oleh itu, ibu hamil perlu berhati-hati dengan pengambilan makanan. Buah kuini yang tinggi serat boleh menyebabkan gangguan pencernaan seperti cirit-birit. Ini boleh mengganggu pengambilan nutrisi untuk janin.

2. Menimbulkan Alergi

Semasa hamil, tubuh wanita menjadi lebih sensitif akibat perubahan hormon. Perubahan ini menjadikan wanita lebih mudah untuk mendapat masalah kulit dan alergi. Pengambilan buah kuini secara berlebihan boleh menyebabkan alergi.

Antara gejala alergi ini termasuklah sesak nafas, ruam kulit, bengkak, dan gatal di mulut atau mata. Ubat anti-alergi mungkin diperlukan, tetapi ibu hamil harus mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang ubat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Meningkatkan Risiko Diabetes Gestasi

Diabetes gestasi adalah antara penyakit yang dibimbangi akan dihidapi oleh ibu hamil disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang tinggi. Buah kuini sangat manis dan ia mempunyai kandungan gula yang tinggi. Oleh itu, pengambilan buah kuini secara berlebihan boleh meningkatkan risiko diabetes gestasi.

Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi seperti kecacatan kelahiran, kelahiran pramatang, dan obesiti pada bayi. Oleh itu, walaupun mangga kweni boleh dimakan semasa hamil, pengambilan secara sederhana adalah kunci. Jaga keseimbangan pengambilan nutrisi sepanjang tempoh kehamilan!

Jadi, kepada ibu hamil di luar sana, berpada-pada dalam pengambil buah kuini. Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis asal Ruhaeni Intan. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Vitamin B2 (Riboflavin) Untuk Ibu Hamil: Kepentingan, Dos Pengambilan & Jenis Makanan

Baca juga: Asid Lemak Omega 3 Untuk Ibu Hamil: Manfaat, Jenis Makanan Tinggi Omega 3 & Dos Pengambilan

Baca juga: 11 Makanan Tinggi DHA Untuk Ibu Hamil, Baik Untuk Kesihatan Anda & Bayi Dalam Kandungan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Anis