Hilangkan Loya Morning Sickness Dengan Buah Pelaga!

Morning sickness dan ibu hamil memang tidak dapat dipisahkan. Buah pelaga dikatakan boleh menghilangkan loya morning sickness. Cubalah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Loya ketika hamil adalah perkara biasa, tetapi bagi yang mengalaminya seksanya terasa hidup ini. Nak buat apa pun tak menjadi. Ada petua yang mengatakan buah pelaga boleh hilangkan loya!

Menurut laporan Harian Metro, buah pelaga atau turut dikenali dengan nama cardamom (bahasa Inggeris), bai dou kou (China), choti elaichi (Hindi), luk krawan (Thailand) dan kalulaga (Indonesia) antara rempah-ratus paling tua di dunia yang banyak manfaat kepada kesihatan badan.

Di Malaysia, kebiasaannya ia ditanam di kawasan tanah tinggi. Umum mengetahui buah pelaga cukup dikenali sebagai rempah-ratus empat sekawan dalam masakan dan secara tradisional ia dikunyah bersama sirih pinang.

Buah pelaga boleh hilangkan loya!

Buah pelaga ini memang banyak khasiatnya. Antaranya ia dipercayai dapat membantu mengeluarkan angin dari perut dan usus selain melawaskan haid serta air kecil.

Jadi bagaimana cara untuk hilangkan loya ketika hamil? Ia termasuklah:

#1. Buah pelaga

Ambil sebiji buah pelaga yang sudah dicuci bersih dan kemam sehingga hilang loya. Amalkan selalu jika perlu. Loya kadangkala disebabkan angin berlebihan dalam perut.

Jadi disebabkan buah ini membantu mengeluarkan angin daripada perut ia mungkin boleh mengurangkan loya anda ibu hamil!

#2. Daun kari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk wanita di awal kehamilan, petua ini mampu menghilangkan rasa loya. Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus.

Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan sesudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Rasa loya akan beransur hilang.

#3. Halia

Legakan perut dengan makanan berhalia. Halia membantu mengeluarkan angin dalam badan yang sering dialami ibu hamil yang membuatkan mereka loya teruk.

Untuk secara tradisional, ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Lemon

Hidu lemon dan minum jusnya. Ini boleh membantu mengurangkan asid dalam perut.

#5. Cukup minum air

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minum 10 gelas air sehari untuk mengatasi air yang hilang daripada badan dan juga dapat mengelakkan sembelit.

#6. Elakkan makanan yang boleh sebabkan muntah

Makanan berminyak, kafein, gula-gula (manis), coklat dan kek.

#7. Makan makanan tinggit serat

Makan makanan berserat tinggi seperti kurma, biskut gandum, mangga dan buah-buahan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Buah pala

Ada sesetengah orang mengatakan buah pala juga boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam.

Jika sukar mendapatkan buah pala, boleh juga gunakan Balm Buah Pala yang banyak dijual di kedai ubat tradisional.

#9. Makan vitamin B6

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengambilan multivitamin sebelum mengandung dikatakan dapat mengurangkan simpton mual ketika hamil. Pengambilan Vitamin B6 pula dikatakan berkesan mengurangkan rasa loya ketika hamil sekiranya diambil sebanyak 25mg, tiga kali sehari.

Namun, pengambilannya perlu melalui nasihat doktor. Ini kerana terlalu banyak mengambilnya boleh mengakibatkan rasa kebas dan kerosakan saraf.

Fungsi utama vitamin B6 adalah untuk menghasilkan antibodi dan sel darah merah dalam badan. Antara makanan semulajadi yang banyak mengandungi vitamin B6 adalah termasuk buah pisang, kekacang, kentang, lobak merah, daging dan ikan.

#10. Riadah ringkas 

Pergerakan dan riadah ringkas adalah usaha yang baik untuk mengalih perhatian dari memikirkan perkara yang meloyakan. Pergerakan senaman ringkas seperti mendongak dan menoleh beberapa saat ke kiri kemudian ke kanan boleh melegakan tengkuk yang tegang akibat tekanan atau keletihan.

#11. Accupressure

Titik acupressure boleh cuba ditekan dalam sesuatu tempoh untuk melegakan rasa loya. Titik yang pertama terletak selepas tiga baris jari dari bawah telapak tangan. Ia perlu ditekan dalam 3 hingga 5 minit.

Manakala titik kedua adalah di antara ibu jari dan jari telunjuk, dan terletak selepas lapisan kulit nipis iaitu mendekati bahagian tapak tangan. Titik ini boleh ditekan dalam 15 saat kerana ia berkait dengan bahagian kepala dan juga dikatakan boleh melegakan pening dan menghilangkan mengantuk.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: pantangplus, Harian Metro

Baca juga: 5 Makanan Ini Boleh Kurangkan Morning Sickness Ibu Hamil, Cubalah!

Penulis

Lala Annuar