Buah Salak Untuk Ibu Hamil, 10 Manfaat Buah Salak Dan Berapa Banyak Anda Boleh Makan Sehari

Buah salak untuk ibu hamil banyak manfaatnya. Ia termasuklah mengelak kekejangan dan membantu mengawal kandungan gula dalam darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat pandangan menyatakan ibu hamil sebaiknya menghindari memakan buah salak kerana kandungan gula dan khasiat tertentu yang mungkin tidak sesuai. Namun ada juga yang berpendapat buah salak untuk ibu hamil memberi manfaat tertentu.

Bolehkah Ibu Hamil Makan Salak?

Ada mitos mengenai buah salak yang dikatakan boleh membuatkan kulit bayi yang bakal dilahirkan bersisik. Nmaun tiada bukti ilmiah menyokong pandangan ini. 

Salak sebenarnya memberi pelbagai manfaat terutama selama masa kehamilan. Menurut seorang doktor perubatan di Indonesia tidak ada larangan untuk wanita hamil makan buah salak, namun harus diingat setiap apa yang dimakan mestilah dalam kuantiti berpada-pada.

Buah salah antara pilihan terbaik semasa awal kehamilan bagi ibu-ibu yang sering mengalami morning sickness. Salak dapat membantu mengatasi mual dan muntah yang sering kali mengganggu selama trimester pertama kehamilan.

Manfaat Buah Salak Untuk Kehamilan

1.Buah Salak Untuk Ibu Hamil – Mengelak Kejang Kaki 

Kalsium dan pottasium dalam buah salak mengelak kekejangan kaki yang sering dialami ibu hamil. 

2.Buah Salak Untuk Ibu Hamil – Mencegah Sembelit

Salak mengandung serat yang membantu menjaga pencernaan yang sihat, mencegah sembelit semasa hamil dan menjaga kesihatan jantung.

3.Menyokong Perkembangan Janin

Selain sebagai sumber serat, salak juga memiliki sifat antioksidan dan kandungan vitamin serta mineral yang tinggi. Ketika ibu hamil makan salak, buah ini dapat membantu menyokong perkembangan janin.

4.Buah Salak Untuk Ibu Hamil – Untuk Kecerdasan Janin

Kandungan pektin yang tinggi juga efektif untuk membangun sistem kecerdasan janin selama dalam kandungan. Sistem kecerdasan yang sihat pada janin penting untuk perkembangan otak yang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5.Baik Untuk Kesihatan Mata

Ia penting untuk kesihatan mata, pertumbuhan sel dan sistem ketahanan tubuh.

6.Mengawal Kadar Gula Darah

Kandungan serat yang tinggi dan indeks glisemik yang rendah membantu mengawal gula dalam darah. Serat dalam salak membantu dalam penyerapan glukosa dan mengawal pelepasan insulin bagi memastikan kadar gula darah tetap stabil. Selain itu, indeks glisemik yang rendah pada salak beerti memakannya tidak menyebabkan kenaikan mendadak kadar gula dalam darah.

7.Meningkatkan Sistem Imun

Salak mengandungi vitamin C yang merupakan antioksidan penting yang membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh dan menjaga kesihatan kulit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8.Menjaga Kesihatan Jantung

Kadar kalium yang tinggi dalam salak memainkan peranan penting dalam menurunkan tekanan darah. Kalium membantu pembuluh darah menjadi lebih tenang dan dapat membantu menjaga tekanan darah agar tetap stabil. Ini sangat penting untuk menjaga kesihatan jantung kerana tekanan darah yang tinggi dapat meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Antioksidan juga membantu melawan stres oksidatif dalam tubuh. Stres oksidatif dapat menyebabkan kerosakan sel dan jaringan termasuk pada sistem kardiovaskular. Ia menjaga kesehatan sistem kardiovaskular ibu hamil, yang sangat penting untuk menjaga kesihatan ibu dan perkembangan janin.

9.Mencegah Anemia

Salak mengandung zat besi yang diperlukan untuk penghasilan sel darah merah yang sihat dan mencegah anemia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10.Elak Dehidrasi

Kalium dalam buah salah membantu menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh yang penting sepanjang kehamilan untuk menghindari dehidrasi.

Berapa Banyak Boleh Makan Sehari

Sebiji atau dua biji buah salak sehari sesuai untuk diambil ibu hamil. Bagaimanapun dapatkan nasihat doktor anda untuk kepastian. Apa yang pasti berpada-pada dalam pengambilan makanan.

klikdokter

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jenis Buah-Buahan Terbaik Untuk Ibu Mengandung Dan Bayi Dalam Kandungan

Baca juga: 16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

Baca juga: 3 Buah Yang Berbahaya Pada Ibu Hamil, JANGAN Makan Selalu, Lebih-Lebih Ketika Trimester Pertama!

Penulis

Lala Annuar