Jangan Ambil Mudah Bila Anak Mengadu Sakit Ketika Kencing, Ia Tanda Jangkitan & Sakit Buah Pinggang!

Sakit ketika kencing boleh pada anak boleh membuatkan mereka tidak selesa dan trauma. Ketahui punca dan cara bagi mengatasi masalah ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anak yang menyusu botol atau kerap minum air, kuantiti air kencing yang dihasilkan oleh badan adalah lebih banyak hingga membuatkan lampin penuh. Namun jika ibu ayah mendapati mereka sakit ketika kencing, ia bukanlah sesuatu yang normal.

Menurut portal Myhealth, hampir 3 peratus kanak-kanak perempuan dan 1 peratus kanak-kanak lelaki mengalami jangkitan salur kencing sehingga memasuki usia 11 tahun.

Masalah anak sakit ketika kencing

Bukan itu sahaja ada di antara kanak-kanak berdepan masalah pundi kencing atau buah pinggang yang tidak normal sehingga menyebabkan mereka sering mengalami jangkitan salur kencing.

Jangkitan saluran kencing (UTI) adalah masalah biasa berlaku pada kanak-kanak terutamanya perempuan.

Antara tanda jangkitan ini ialah:

  • Sakit ketika kencing
  • Demam
  • Kencing berdarah
  • Warna air kencing keruh
  • Air kencing anak berbau kuat

Dalam kes yang serius, si kecil yang kencing sakit akan mengalami kesukaran untuk memulakan kencing dan tidak dapat membuang air kencing langsung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca jangkitan saluran kencing

Punca kencing tak lawas atau pundi kencing sakit yang berlaku pada kanak-kanak menjadi petanda jangkitan kuman. Hal ini adalah disebabkan oleh:

  • Uretra yang lebih pendek menjadikan masalah pundi kencing sakit atau jangkitan lebih kerap terjadi pada kanak-kanak perempuan
  • Kesilapan dalam membersihkan kemaluan. Kebanyakan anak kecil membersihkan dari depan ke belakang semasa di tandas
  • Struktur saluran kencing yang tidak normal (contoh: injap uretri posterior)
  • Kehadiran anomali saluran kencing kongenital seperti refluks vesicoureteral (keadaan di mana air kencing beralir terbalik dari pundi kencing sehingga ureter dan ke arah buah pinggang) dan injap uretra posterior
  • Kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan cenderung berdepan masalah kencing tak lawas  atau jangkitan berbanding kanak-kanak yang sudah berkhatan
  • Batu dalam saluran kencing
  • Ahli keluarga ada sejarah kerap kencing atau jangkitan pada saluran kencing

Tabiat anak suka menahan kencing 

Pakar Bedah Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), Dr Nadarajan Sudhakaran berkata, ramai dalam kalangan kanak-kanak sanggup menahan kencing terlalu lama kerana terlalu leka bermain.

“Mereka hanya terdorong untuk membuang air kecil hanya ketika pundi kencing hampir penuh sebelum bergegas ke tandas.” jelasnya.

Tambahnya lagi, jika kanak-kanak minum air secukupnya mengikut keperluan umur dan berat badan mereka, kekerapan membuang air kecil sepatutnya antara tiga hingga empat jam sekali.

“Secara purata, mereka sebolehnya kencing sebanyak empat atau lima kali sehari,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahnya, kesan terlalu lama menahan kencing dan air besar, berkemungkinan mengakibatkan jangkitan pada saluran kencing.

“Urin stasis adalah keadaan di mana proses ekskresi pundi kencing secara semula jadi terganggu dan tidak dapat dikosongkan dengan baik, sekali gus memberi peluang kepada bakteria untuk membiak,” katanya.

Mengapa sakit ketika kencing bahaya?

Jika anak ada mengadu kencing sakit, ibu ayah hendaklah mendapatkan rawatan untuk mereka secepat mungkin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengapa jangkitan saluran kencing memerlukan perhatian segera dan rawatan segera pada kanak-kanak berbanding orang dewasa?

Kanak-kanak yang mempunyai jangkitan saluran kencing memerlukan perhatian segera kerana UTI adalah penyebab demam yang kerap pada kanak-kanak.

Ia menduduki tempat ketiga di kalangan jangkitan yang paling biasa pada kanak-kanak; selepas jangkitan saluran pernafasan dan cirit-birit.

Rawatan yang tidak mencukupi dan lambat boleh menyebabkan kerosakan kekal pada buah pinggang.

  1. UTI berulang menyebabkan parut pada buah pinggang.
  2. Dalam jangka masa panjang, ia juga boleh membawa kepada tekanan darah tinggi
  3. Pertumbuhan buah pinggang yang tidak memuaskan dan juga penyakit buah pinggang kronik.

Pencegahan jangkitan saluran kencing

  1. Meningkatkan pengambilan cecair untuk mencairkan air kencing dan membantu membuang bakteria dari pundi kencing dan saluran kencing.
  2. Kanak-kanak harus buang air kecil setiap dua hingga tiga jam. Menyimpan air kencing dalam pundi kencing untuk jangka masa yang panjang memberi peluang kepada bakteria membiak.
  3. Memastikan kawasan kelamin kanak-kanak bersih. Lap kanak-kanak dari depan ke belakang (tidak kembali ke depan) selepas tandas. Kebiasaan ini menghalang bakteria di kawasan dubur dari disebar ke uretra.
  4. Sering menukar lampin untuk mengelakkan sentuhan najis yang berpanjangan dengan kawasan kelamin.
  5. Kanak-kanak hendaklah memakai pakaian kapas sahaja untuk membolehkan peredaran udara. Elakkan seluar yang ketat dan seluar dalam jenis nilon.
  6. Elakkan mandi menggunakan kolam.
  7. Bagi lelaki yang tidak disunat, kulup zakarnya perlu dibasuh dengan kerap.
  8. Pada kanak-kanak dengan VUR, disyorkan untuk kencing sekali atau dua kali lagi untuk mengelakkan baki air kencing di pundi kencing.
  9. Antibiotik harian dengan dos yang rendah untuk jangkamasa panjang sebagai langkah pencegahan (profilaksis) disyorkan untuk sesetengah kanak-kanak yang kerap dapat UTI kronik.

Rawatan jangkitan saluran kencing 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Seorang kanak-kanak dengan UTI perlu dinasihatkan untuk minum lebih banyak air. Kanak-kanak yang sakit di hospital memerlukan terapi cecair intravena.
  2. Ubat-ubatan yang sesuai harus diberikan untuk demam.
  3. Urinalisis dan kultur dan sensitiviti air kencing perlu dilakukan setelah selesai rawatan untuk memastikan jangkitan sudah sembuh sepenuhnya. Susulan berkala dengan ujian air kencing adalah perlu bagi semua kanak-kanak untuk mengesahkan bahawa tiada jangkitan berulang.
  4. Ultrasound dan lain-lain ujian yang sesuai harus dilakukan untuk semua kanak-kanak dengan UTI.
  5. Pada kanak-kanak, UTI perlu dirawat dengan antibiotik tanpa berlengah-lengah untuk melindungi buah pinggang yang sedang membesar.

Punca kencing tak lawas

Kencing tak lawas bermaksud perasaan ingin buang air kecil walaupun baru sahaja membuang air kecil. Masalah ini akan mengganggu anak kerana terpaksa berulang alik ke tandas untuk membuang air kecil.

Malah jika ia berlaku dalam jangka waktu yang lama, ia boleh memberi tekanan perasaan kepada pesakit tersebut.

Antara punca kencing tak lawas adalah:

  • Kencing kotor iaitu jangkitan kuman pada tempat buang air kencing juga akan menyebabkan rangsangan pada pundi kencing dan saluran air kencing. Ia akan menyebabkan pesakit rasa seolah-olah terdapat air kencing lagi di dalam pundi kencing.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  • Menahan kencing dengan terlalu lama, ia akan menyebabkan otot pundi kencing tidak dapat mengecut dengan sempurna

  • Batu karang. Ia merangsang reseptor dalam pundi kencing dan membuatkan anak berasa ada air kencing lagi meskipun sudah ke tandas

  • Tanda penyakit diabetes. Gula yang tidak terkawal akan menyebabkan penghasilan air kencing semakin meningkat. 

Adakah normal jika anak kerap kencing?

Untuk pengetahuan anda, punca kerap kencing ini boleh menjadi salah satu tanda sakit buah pinggang.

Apabila keadaan ini disertai demam, tidak dapat menahan kencing serta berasa tidak selesa pada bahagian bawah perut, ia juga berkemungkinan besar merujuk kepada masalah jangkitan pada saluran kencing.

Punca-punca lain yang boleh menyebabkan kerap kencing dan sakit bawah perut termasuklah:

  • Penyakit saraf
  • Disfungsi pundi kencing
  • Minum air terlalu banyak
  • Pollakiuria

Kencing berdarah pada bayi dan kanak-kanak

Hematuria ialah bahasa perubatan yang bermaksud “darah dalam air kencing”. Hematuria atau fenomena warna air kencing berdarah boleh dikesan dengan mata kasar atau melalui pemeriksaan warna air kencing di makmal (mikroskopik).

Apabila warna air kencing berubah kepada warna merah, ia boleh membimbangkan anak dan ibu ayah.

Terdapat beberapa punca kencing berdarah. Antaranya:

  • darah mencemari air kencing
  • punca-punca lain yang tidak serius contohnya sesetengah makanan (beetroot) atau ubatan juga boleh menyebabkan air kencing bewarna merah seolah-olah berdarah
  • Gangguan atau sakit buah pinggang
  • Masalah saluran kencing

Walaupun si kecil tidak menunjukkan sebarang tanda demam dan tidak mengadu sakit, setiap pesakit yang mempunyai gejala kencing berdarah perlulah mendapat pemeriksaan doktor.

Masalah kencing kotor pada anak

Kencing kotor ialah suatu jangkitan kuman pada saluran kencing (Urinary Tract Infection). Ia merupakan masalah kerap berlaku pada kaum wanita berbanding lelaki.

Tanda kencing kotor yang perlu diawasi ialah:

  • Kepedihan semasa membuang air kecil sewaktu habis buang air kecil
  • Kerap kencing dan sakit bawah perut d
  • Air kencing keluar dalam kuantiti sedikit.
  • Air kencing berbau busuk
  • Warna air kencing mengandungi darah

Petua hilangkan kencing kotor

Menurut perkongsian oleh seorang doktor, Ahmad Luqman Bukhari, kencing kotor boleh berlaku pada bayi dan kanak-kanak.

Ada satu study yang dibuat oleh research committee dari American Academy of Paediatrics beritahu, 9 per 100 bayi bawah usia 60 hari yang demam panas puncanya kerana penyakit kencing kotor.

Kalau tak detect dan rawat cepat, takut baby jadi terlampau lemah sampai boleh efek nyawa dia.

Itu sebab saya nak share ilmu mahal yang ramai orang tak tahu ni tapi sebenarnya boleh elakkan jangkitan pada salur kencing bayi.

✅ Cepat-cepat tukar lampin anak kalau dah berak.

Jangan duk tunggu sebab dalam najis baby tu ada banyak kuman. Kalau terbiar lama, nanti kuman tu berpindah ke kawasan salur kencing baby lalu akibatkan jangkitan kencing kotor.

✅ Make sure kalau pakai wet tissue, guna sehelai untuk sekali lap je. Jangan ulang-ulang lap 2-3 kali guna wet tissue yang sama.

✅ Masa lap tu, lap dari bahagian depan ke belakang. Jangan amalkan lepas lap najis pada bahagian bontot, pergi pulak lap bahagian kemaluan bayi guna tisu yang serupa.

Tak pasal-pasal bakteria E. Coli dalam najis tu berjangkit pulak ke salur kencing baby.

Manakala petua hilangkan kencing kotor pada kanak-kanak yang boleh ibu ayah lakukan adalah dengan:

  1. Meningkatkan pengambilan vitamin C. Ibu boleh sediakan buah oren, jambu, betik dan kiwi untuk anak
  2. Mengambil makanan probiotik seperti yogurt, tempe dan produk keju
  3. Meningkatkan kebersihan diri
  4. Pastikan anak minum air masak mencukupi terutamanya ketika aktif bermain
  5. Jus kranberi tanpa gula

Kesimpulannya, jangan ambil mudah jika anda mendapati anak sakit ketika kencing atau mengalami masalah buang air kecil.

Sekiranya naluri ibu merasakan sesuatu yang tidak baik, segeralah untuk membawa si kecil anda mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengelakkan masalah menjadi lebih teruk. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  Kencing Sakit Selepas Bersama Dengan Suami? Adakah Anda Telah Mendapat Jangkitan?

Baca juga: Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

Baca juga:  Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu