6 Resipi Bubur Ini Bantu Naikkan Berat Badan Baby Agar Lebih Gemuk, Jom Cuba Ibu!

Bila anak makan banyak, memang boleh buat ibu senang hati. Apatah lagi, hidangan yang dimasak menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh buatkan anak gemuk dan sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seronoknya bila tengok si kecil dalam keadaan sihat dan gemuk. Kemudian selera makannya pun meningkat naik sejak ibu buat bubur bayi 6 bulan yg bikin gemuk ini.

Namun begitu, ibu juga perlu perhatikan bahan yang dimasukkan dalam bubur itu tiada perisa tambahan yang bukan dari bahan semula jadi.

Ia hanya boleh membuatkan bayi gemuk tanpa ada kesan sampingan.

Hal ini kerana, bubur merupakan makanan pejal pertama yang boleh menaikkan berat badan bayi bermula seawal usia enam bulan.

Resepi bubur bayi 6 bulan yg bikin gemuk

#1. Bubur bayi 6 bulan yg bikin gemuk: Bubur daging

Bahan-bahan:

  • Satu cawan beras
  • 50 gram daging yang telah dicincang
  • Satu batang daun sederi
  • 2 cawan air
  • Setengah biji lobak merah

Cara-cara membuat:

  1. Cuci bersih beras hingga semua kotoran hilang.
  2. Setelah itu, potong daun sederi menjadi ukuran kecil.
  3. Kupas setengah biji lobak merah dan buang kulitnya. Kemudian potong halus.
  4. Campurkan semua bahan hingga menjadi bubur.
  5. Selepas masak, haluskan dengan menggunakan pengisar.
  6. Bubur daging siap untuk diberikan pada bayi anda.

#2. Bubur kentang sup ayam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: enyabdullah.com

Bahan-bahan:

  • 100 gram kentang. Bersih dan kupaskan kulitnya. Kemudian potong kecil.
  • 50 gram ikan siakap dan potong dadu.
  • 50 gram brokoli dicincang halus.
  • Tulang ayam
  • Lobak merah
  • Daun sederi
  • ¼ bawang Holland
  • Air secukupnya
  • Daun salam

Cara-cara membuat:

  1. Pada mulanya buat sup ayam dan campurkan dengan sayuran serta tulang ayam. Setelah naik bau tutup api.
  2. Selepas itu, masukkan kentang, isi ikan siakap dan brokoli.
  3. Masak hingga semua bahan sekata.
  4. Setelah itu, masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  5. Hidangkan bubur bayi ini ketika masih panas.

#3. Bubur susu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: ibu dan mama

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar tepung beras halus
  • 200 ml susu formula

Cara-cara membuat:

  1. Campurkan tepung beras halus dengan susu formula hingga sekata.
  2. Setelah itu, panaskan api dengan suhu kecil dan larutkan susu serta tepung beras hingga kental.
  3. Kemudian, tutup api dan sejukkan.
  4. Tuang ke dalam mangkuk dan boleh dimakan.

#4. Bubur bayi 6 bulan yg bikin gemuk: Bubur nasi ikan dan sayur bayam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: masakan dapur arie

Bahan-bahan:

  • 20 gram beras yang telah dicuci
  • 25 gram fillet ikan dipotong dadu
  • 30 gram tauhu lembut dipotong kecil
  • 25 gram tomato potong dadu.
  • 25 gram daun bayam merah dan dicuci bersih
  • 625 ml air.

Cara-cara membuat:

  1. Campurkan beras, air dan ikan.
  2. Kemudian tambah tauhu lembut sambil terus digaul.
  3. Selepas itu, tambahkan tomato dan bayam. Masak sehingga semua bahan sekata.
  4. Setelah masak, haluskan bubur dengan pengisar. Bubur siap untuk dihidangkan.

#5. Bubur bayi 6 bulan yg bikin gemuk: Bubur ubi manis

Kredit: butterkicap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 250 gram ubi manis
  • Sup ayam dan sayuran

Cara-cara membuat:

  1. Bersihkan ubi manis kemudian rebus sehingga empuk.
  2. Setelah itu kupaskan kulitnya dan haluskan dengan pengisar.
  3. Lalu campurkan dengan sup yang sudah siap tersedia.
  4. Bubur siap untuk dihidangkan buat si kecil anda

#6. Sup daging lembu

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang lembu
  • 1 liter air
  • Satu biji bawang merah dihiris halus
  • Satu ulas bawang putih dihiris halus
  • Seinci kecil halia

Cara-cara membuat:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Mulakan masak daging lembut dan campur dengan halia.
  2. Rebus selama 30 minit. Kemudian angkat dan tapiskan. Kemudian ambil supnya.
  3. Siap untuk dihidangkan.

Semoga bayi kecil anda boleh menjadi sihat dan gemuk yang diharapkan para ibu semua. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Cahaya Ibu

Baca juga: 23 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan Berkhasiat, Mudah & Cepat Untuk Ibu Sediakan!

Baca juga: Idea Makanan Bayi 7 Bulan Bergoreng & Tumis, Ibu Jangan Risau Si Manja Pasti Suka!

Baca juga: 5 Resepi Salmon Yang Wajib Dicuba Para Ibu, Baik Untuk Otak Bayi & Tinggi Omega-3