X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tragedi Budak Terjatuh Di Jeti, Mayat Adik Ditemui Terapung & Kakaknya Masih Hilang

2 Nov, 2020
Tragedi Budak Terjatuh Di Jeti, Mayat Adik Ditemui Terapung & Kakaknya Masih Hilang

Kegembiraan budak mandi di jeti berakhir tragedi selepas mereka terjatuh. Mayat si adik telah dijumpai, manakala kakaknya masih dalam proses pencarian

Keterujaan budak mandi berhampiran jeti dilaporkan berakhir dengan tragedi lemas apabila dua daripadanya telah hilang dalam sekelip mata. Difahamkan ia terjadi selepas rakan-rakan mangsa memaklumkan kejadian berkenaan.

Menurut laporan oleh Astro Awani, salah seorang daripada dua beradik telah dikatakan terjatuh ketika mereka sedang mandi di jeti Kampung Bergosong, Pulau Sebatik pada Jumaat lalu.

2 budak mandi berhampiran jeti dilaporkan lemas

Salah seorang daripada mangsa, Madsum Telson yang berusia 5 tahun telah ditemui terapung di perairan negara Indonesia pada jam 12.35 tengah hari oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.

Menurut Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Siva Kumar Vengadasalam ketika dihubungi berkata, sebaik menerima berita dan maklumat penemuan berkenaan, anggota Maritim telah mendapat keizinan daripada pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil mayat kanak-kanak berkenaan.

''Kedua-dua ibu bapa mangsa yang berada di jeti Bergosong mengesahkan mayat kanak-kanak yang ditemui tersebut adalah anak lelakinya sebelum jenazah mangsa dibawa ke Hospital Besar Tawau untuk proses bedah siasat.''

budak mandi lemas

''Mayat kanak-kanak itu tiba di jeti Maritim pada jam 2 petang dan dibawa ke Hospital Besar Tawau menggunakan lori Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau,'' jelasnya.

Walau bagaimanapun seorang lagi kanak-kanak iaitu kakak kepada mangsa, Nazwa Telson berusia 8 tahun masih belum ditemui. 

Difahamkan kedua-dua beradik ini telah terjatuh ke dalam laut ketika mereka mandi di jeti tersebut pada petang Jumaat yang lalu.

Keluarga mangsa telah mendapat tahu insiden berkenaan selepas dua rakannya mandi bersama mereka dan memaklumkan tentang kejadian itu. Manakala penduduk kampung telah menggunakan 5 bot dan bertindak awal melakukan pencarian kanak-kanak terbabit sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Bergosong pada jam 6.30 petang hari kejadian.

Pasukan Maritim Tawau telah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.50 malam daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau. Sejurus menerima maklumat tersebut, aset bot Maritim yang berada dalam sektor operasi telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut.

dua beradik lemas foto: sinar harian

Mereka juga telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada hari yang sama.

Tips bagi mengelakkan berlakunya lemas

Kes lemas banyak direkodkan berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Menurut Myhealth, ia terjadi kerana mereka tidak boleh melindungi diri sendiri dengan sebaiknya.

Insiden ini boleh berlaku ketika budak mandi dalam bekas, baldi berisi air, kolam mahupun kawasan berair yang lain.

Memang tidak dinafikan kanak-kanak akan berasa cukup seronok dan tertarik untuk mandi-manda di kawasan longkang, parit, perigi atau bekas lombong yang ada berhampiran rumah mereka. Kebanyakan kejadian lemas ini berlaku kerana kurangnya pengawasan dari orang dewasa.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda menjauhkan anak-anak dari kejadian ini:

#1. Di rumah

  • Pastikan anak-anak diawasi oleh orang dewasa ketika bermain di tepi sungai, parit, kolam atau pantai.
  • Jangan tinggalkan bayi ataupun kanak-kanak bermain seorang diri tanpa pengawasan. Sekiranya anda perlu mengambil makanan, tuala atau menjawab panggilan telefon, selalu ingatkan diri untuk membawa mereka bersama.
  • Tutup takungan atau bekas air yang ada di dalam mahupun luar rumah anda,
  • Kosongkan bekas air atau timba sekiranya sudah tidak digunakan lagi. Terbalikkannya sehingga ia menjadi kosong.

#2. Kolam renang atau pantai

budak mati lemas foto: suria amanda

  • Pastikan anak tidak makan atau mengunyah gula-gula getah semasa mereka berada dalam air, berenang ataupun menyelam.
  • Ibu ayah juga hendaklah memastikan bahawa terdapat pengawal keselamatan berkelayakan sedang bertugas dan melakukan pemantauan. Sekiranya tiada, jangan biarkan si manja anda berseorangan.
  • Pagarkan kolam renang di rumah anda.
  • Gunakan topi renang bagi mengelakkan rambut tersedut ke dalam saluran penyedut yang terdapat dalam kolam renang.
  • Sediakan pelampung semasa berenang atau ketika berada di atas bot atau skuter air.

#3. Kawasan takungan air yang lain

  • Ajar anak kecil anda tentang tanda-tanda bahaya sekiranya mereka berenang di kawasan larangan tanpa adanya pengawasan dari orang dewasa. Nasihatkan mereka agar tidak menerima sebarang cabaran daripada rakan-rakan sebayanya.
  • Sentiasa ingatkan anak-anak agar tidak pergi bersendirian di kawasan takungan air seperti bekas lombong kerana sudah banyak kes mati lemas dilaporkan.

Sumber: Astro Awani, Myhealth

Kredit foto: Borneo Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
How to Improve the Appearance of a C-Section Scar Quickly
How to Improve the Appearance of a C-Section Scar Quickly
Can Financial Management Be Easy? 5 Things You Should Be Doing As A Parent
Can Financial Management Be Easy? 5 Things You Should Be Doing As A Parent
What Is the New Standard of Gentle?
What Is the New Standard of Gentle?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tragedi Budak Terjatuh Di Jeti, Mayat Adik Ditemui Terapung & Kakaknya Masih Hilang
Kongsikan:
  • 7 kesilapan yang selalu ibu bapa buat hingga meningkatkan risiko anak lemas

    7 kesilapan yang selalu ibu bapa buat hingga meningkatkan risiko anak lemas

  • Kerana Kain Bedung Sendiri, Bayi 4 Bulan Maut Dek SIDS Dan Lemas!

    Kerana Kain Bedung Sendiri, Bayi 4 Bulan Maut Dek SIDS Dan Lemas!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • 7 kesilapan yang selalu ibu bapa buat hingga meningkatkan risiko anak lemas

    7 kesilapan yang selalu ibu bapa buat hingga meningkatkan risiko anak lemas

  • Kerana Kain Bedung Sendiri, Bayi 4 Bulan Maut Dek SIDS Dan Lemas!

    Kerana Kain Bedung Sendiri, Bayi 4 Bulan Maut Dek SIDS Dan Lemas!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.