Buka Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu, Ini Panduan & Info PENTING Buat Ibu

Buka buku pink atau Rekod Kesihatan Ibu adalah benda penting setiap ibu mengandung perlu ada. Ini cara bagaimana nak buka buku tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keputusan Urine Pregnancy Test (UPT) menunjukkan positif dan selepas itu, apa perlu ibu buat? Itu antara perkara biasa dialami bakal ibu khususnya yang pertama kali mengandung anak pertama. Soalan paling kerap ditanya ialah macam mana nak buka buku pink dan bila boleh buka buku pink?

Buku pink atau Rekod Kesihatan Ibu akan diberikan kepada ibu hamil yang pertama kali ke klinik kesihatan untuk pendaftaran serta merekod maklumat berkaitan kemajuan ibu hamil, bersalin dan semasa postnatal.

Ia juga perlu disimpan oleh ibu dan dibawa setiap kali menghadiri pemeriksaan sama ada di klinik atau hospital kerajaan atau swasta. Paling penting, bawa buku pink ini ke mana sahaja apabila memerlukan pemeriksaan dan rawatan.

Minggu ke-6 hingga 12 adalah masa yang sesuai untuk ibu buka buku pink

Seperti yang dikongsikan oleh Noorul Hidayah yang juga seorang ibu, wanita ini memberikan tips kepada bakal ibu cara untuk membuka buku Rekod Kesihatan Ibu atau buka buku pink di klinik kesihatan.

Perkara ini disyorkan kepada ibu-ibu antara 6 hingga 12 minggu mengandung. Jika terlalu awal, tidak digalakkan kerana tidak sesuai lagi untuk dipantau dan mungkin akan disuruh balik serta kembali selepas 6 minggu.

Yang penting seboleh-bolehnya sebelum 3 bulan, ibu sudah buka buku pink bagi mengelakkan ‘dibebel’ oleh jururawat.

Bagaimanapun jika mempunyai sejarah komplikasi kehamilan seperti keguguran, air ketuban kurang atau sebarang masalah kesihatan lain, sebaiknya pergi awal supaya dapat dipantau dengan teliti.

Malah kini ada initiatif untuk lakukan temujanji online klinik kesihatan bagi memudahkan ibu hamil agar tidak perlu menunggu lama. Jadi semak terlebih dahulu sebelum pergi ya!

Nak buka buku pink, buat kiraan jangkaan tarikh mengandung

Untuk membuat ujian UPT, ibu boleh melakukannya sebaik sahaja haid normal datang lewat. Sebagai contoh untuk tarikh kandungan, boleh dikira begini:

  • Tarikh pertama datang haid yang paling terbaharu = 1 April
  • Tarikh buat UPT  = 15 Mei

Sekiranya dua garisan, bermakna ibu mengandung 6 minggu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 April – 30 April = 4 minggu
  • 1 Mei – 15 Mei = 2 minggu
  • Jumlah = 6 minggu

Tempah tarikh temu janji untuk buka buku pink

Selepas mengetahui diri ibu mengandung, pertama sekali ialah perlu tempah tarikh perjumpaan untuk buka buku pink.

Caranya ialah dengan mencari klinik kesihatan terdekat dengan rumah, cari nombor telefon klinik dan hubungi klinik untuk mendapatkan tarikh perjumpaan.

Jika sudah banyak kali menghubungi klinik namun tidak berangkat, ibu boleh terus datang ke klinik kesihatan untuk tempat tarikh perjumpaan dengan jururawat bertugas.

Senarai dokumen yang perlu dibawa ke klinik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya jururawat akan maklumkan terlebih dahulu sewaktu menempah tarikh. Apa yang ibu perlu bawa ialah:

  • Kad pengenalan
  • Bil air atau elektrik yang terbaharu untuk mengesahkan alamat rumah

Hal ini kerana ada alamat kad pengenalan tidak sama dengan alamat rumah. Selain itu, memudahkan pihak klinik kesihatan memantau jika terdapat kes.

Cara buka buku Rekod Kesihatan Ibu di klinik

Selain mengisi maklumat lanjut di dalam buku tersebut, ibu akan ditanya mengenai sejarah latar belakang, perlu mengambil darah, ujian HIV Rapid Test, ujian air kencing, timbang berat, tekanan darah selain imbasan gigi, payudara, perut dan bahagian kaki.

Seterusnya berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan kandungan. Jururawat juga akan memaklumkan perkara penting perlu dibuat semasa mengandung.

Misalnya jika berlaku perdarahan, keperluan mengambil folic acid selain kesan kepada bayi jika tidak mengambilnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Paling penting ibu kena ingat tarikh Last Menstrual Period (LMP)

Ibu, jangan lupa tarikh last period ya. Amat penting ingat tarikh LMP kerana jika tidak, jururawat sukar menganggarkan usia kandungan bayi selain tarikh jangkaan bersalin.

Mungkin doktor boleh mengukur panjang dan berat bayi sewaktu imbasan namun, itu hanya anggaran serta dikhuatiri tidak tepat.

Jika ibu tidak pasti, semak artikel cara kira kitaran haid di sini.

Simpan buku ini elok-elok dan wajib dibawa setiap kali pemeriksaan di klinik kesihatan. Di dalam buku itu terdapat panduan sebelum, semasa, selepas ibu mengandung dan tercatatnya rekod kesihatan ibu dan bayi.

Jika ia hilang, sukar untuk jururawat memantau perkembangan ibu setiap bulan. Lebih baik bawa sahaja ke mana ibu pergi jika berlaku sebarang perkara tidak diingini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penjagaan kandungan trimester awal dengan baik

Selepas ibu buka buku pink, jangan lupa untuk teruskan menjaga diri sendiri dan kandungan. Berikut adalah beberapa petua untuk menjaga diri anda semasa trimester pertama anda:

  • Jadualkan lawatan pranatal secara berkala: Penting untuk berjumpa doktor anda dengan kerap untuk memastikan kesihatan anda dan bayi anda yang sedang membesar. Mereka akan memantau kesihatan anda, memeriksa sebarang isu yang berpotensi, dan memberikan panduan tentang kehamilan anda.
  • Makan makanan yang sihat: Badan anda memerlukan nutrien tambahan semasa kehamilan, jadi penting untuk makan makanan seimbang yang merangkumi banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan protein tanpa lemak. Elakkan makanan yang diproses dan tinggi gula, dan pastikan anda kekal terhidrasi dengan meminum banyak air.
  • Ambil vitamin pranatal: Vitamin pranatal mengandungi vitamin dan mineral penting yang penting untuk perkembangan janin, seperti asid folik, zat besi dan kalsium. Doktor anda mungkin mengesyorkan jenama atau jenis vitamin pranatal tertentu.
  • Banyakkan berehat: Badan anda bekerja keras untuk menyokong bayi anda yang sedang membesar, jadi penting untuk mendapatkan rehat yang cukup. Sasarkan untuk tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap malam, dan tidur sebentar pada siang hari jika anda perlu.
  • Bersenam dengan kerap: Bersenam boleh membantu meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan semasa kehamilan dan mungkin mengurangkan risiko komplikasi. Walau bagaimanapun, penting untuk berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat untuk anda dan bayi anda.
  • Elakkan bahan berbahaya: Elakkan merokok, alkohol dan dadah haram semasa hamil, kerana ia boleh memberi kesan negatif yang serius terhadap perkembangan janin.
  • Urus tekanan: Kehamilan boleh menjadi masa yang tertekan, jadi penting untuk mengambil langkah untuk menguruskan tahap tekanan anda. Pertimbangkan teknik relaksasi seperti meditasi, pernafasan dalam atau yoga pranatal.

Ingat, setiap kehamilan berbeza, jadi jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan. Kami berharap artikel tentang buka buku pink di klinik kesihatan ini membantu anda.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kod Warna Atas Buku Pink Ada Maksud Sendiri, Bukan Suka-Suka Tampal Tau! – Kongsi Doktor

Baca juga: Utamakan Buku Pink & IC Bila Nak Bersalin, Anggap Macam Nyawa Sendiri! Ini Sebabnya…

Baca juga: Ini Prosedur Buka Buku Pink Bagi Kehamilan Luar Nikah, Hindari Rasa Takut Nurse Marah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan