Buku Rekod Kesihatan Bayi & Kanak-Kanak Hilang, Apakah Yang Perlu Ibu Ayah Lakukan?

Buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak amat penting dan perlu disimpan baik. Jika hilang, ia boleh menyukarkan proses daftar sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak mengandungi  Jadual dan Rekod pemberian imunisasi si manja semenjak lahir hinggalah umur 2 tahun.

Ia merekod jenis imunisasi, tarikh pemberian imunisasi, nama klinik serta tandatangan anggota kesihatan yang memberi vaksin tersebut.

Justeru, adalah sangat penting  untuk ibu bapa menyimpan rekod imunisasi di tempat selamat untuk mengelakkan kehilangan/kerosakan.

Kepentingan buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak yang ramai ibu ayah tidak tahu

#1. Untuk daftar sekolah tahun 1

Maklumat imunisasi adalah salah satu komponen yang perlu diisi dalam Rekod Kesihatan Murid secara dalam talian bagi tujuan daftar persekolahan murid darjah 1.

#2. Dokumen yang diperlukan jika ibu ayah bercadang sambung pelajaran atau bekerja luar negara

Rekod imunisasi bayi dan kanak-kanak juga menjadi salah satu keperluan yang dikehendaki sekiranya ibu ayah bercadang melanjutkan pelajaran atau bekerja di luar negara.

Sekiranya bayi atau anak belum lengkap imunisasi, tarikh temu janji akan dicatatkan supaya ibu ayah tidak terlupa membawa si manja ke klinik atau hospital bagi mendapatkannya.

Jika buku rekod kesihatan hilang, apakah tindakan yang perlu ibu ayah lakukan?

Jika berlaku kehilangan buku rekod kesihatan ini, maka rekod imunisasi anak juga akan hilang.

Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah ibu berdepan masalah seperti banjir, kecurian ataupun perpindahan rumah telah menyebabkan dokumen ini tidak dijumpai.

Justeru seorang doktor di klinik kesihatan, Sakinah Sulong menjelaskan tindakan yang perlu ibu ayah lakukan sekiranya buku rekod kesihatan anak hilang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terima kasih Puan Rubaizah Mohamad Fashol yang tag saya (weekend begini, ibu-ibu memang sibuk sedikit) 

Puan, saya pun dulu tidak tahu kepentingan buku rekod kesihatan anak, bila dah lama kerja baru tahu. Tambahan sekarang bila makin ramai antivaksin muncul, maka prosedur terpaksa diperketatkan.

Salinan kad kesihatan anak biasanya disimpan di klinik asal kanak-kanak mendapatkan suntikan imunisasi berkenaan.

Dalam hal ini, apa yang puan boleh buat adalah pergi ke klinik kesihatan untuk mereka trace dan buat salinan. Atau puan blh ke klinik terdekat minta surat pengesahan daripada doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor perlu memeriksa sama ada ada parut BCG ataupun tidak bagi menyokong cerita puan serta bdrtanya tarikh imunisasi diberi. Tak perlu exact date, boleh bagi anggaran pun cukup.

Saya rasa dengan surat doktor pun cukup untuk urusan tadika.

Agak rumit sedikit prosedurnya. Nak buat camana, kita tidak pernah tahu kepentingan buku rekod tu. Lagipun puan brpindah randah sblm ni. Harap maklumat ni membantu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu kongsi pengalaman buku rekod kesihatan anak hilang, perlu buat laporan polis

Manakala menurut seorang ibu, Lynn Zul, dia berkongsi pengalamannya kehilangan buku rekod kesihatan anak.

Tahun 2019, masa nak daftar anak untuk tahun 1 secara online, ada ruang dalam sistem KPM yang memerlukan ibu ayah mengisi maklumat rekod imunisasi seperti tarikh dan butiran vaksin.

Saya ada menelefon klinik kesihatan, mereka memaklumkan perlu buat laporan polis berkaitan rekod kesihatan anak yang hilang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seterusnya laporan tersebut perlu dibawa kepada klinik yang menyimpan rekod anak untuk dapatkan salinan rekod tersebut. Dalam kes saya, klinik kesihatan berhampiran tidak menyimpannya kerana ia telah dihantar ke pejabat kesihatan.

Simpan rekod kesihatan anak sebaik mungkin kerana ia dokumen yang penting

Semasa tiba di pejabat kesihatan, jururawat yang bertugas memaklumkan kepentingan buku rekod kesihatan kerana terdapatnya isu penjualan rekod kesihatan bagi mendapatkan kerakyatan dan lain-lain isu.

Dia juga menasihatkan saya supaya simpan sebaik mungkin salinan imunisasi yang diberikan kerana ia juga diperlukan untuk daftar ke IPT kelak. Harap membantu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadual Imunisasi KKM Yang Terkini (2022) Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Ibu Sila Take Note!

Baca juga: Senarai Vaksin Bayi Yang WAJIB & Tambahan, Ibu Ayah Perlu Ambil Tahu!

Baca juga: Ibu Bapa Sering Terlupa Untuk Berikan 2 Vaksin Penting Ini Kepada Anak-Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan