Selepas berbulan merencanakan sebuah majlis perkahwinan, tentunya pasangan baru berkahwin akan rasa penat dan perlu mendapatkan rehat yang secukupnya. Namun, rata-rata sekarang yang dapat kita lihat ramai pasangan raja sehari memilih bulan madu di Mekah!
Agak-agak anda mengapa ya kota suci Mekah ini dipilih oleh mereka? Berikut perkongsian yang sungguh indah mengapa sepasang suami isteri ini memilih untuk bulan madu di Mekah.
Sebenarnya ada 5 sebab pasangan baru berkahwin memilih bulan madu di Mekah:
1) Mereka mahu Mekah menjadi destinasi pertama untuk dilawati setelah berumah tangga.
2) Memohon agar dikurniakan kebahagiaan rumah tangga dan mampu menjadi pemimpin dalam keluarga yang dibina.
3) Memohon agar hubungan yang baru itu dapat berkekalan hingga ke Jannah.
4) Ramai yang mahu memanjatkan doa untuk diberikan jodoh yang bahagia.
5) Ingin berdoa di hadapan khabah dan merasai kehebatan serta perngorbanan cinta Rasulullah dan Siti Khadijah.
Dalam pada masa yang sama pasangan suami isteri ini yang bernama Aizat dan Nur Jihan Li berkongsi pengalaman mereka bagaimana bulan madu di Mekah dan keseronokkan yang dirasai.
Menurut Nur Jihan Li, suaminya itu tidak pernah menyuarakan hasrat untuk bulan madu di Mekah dan tidak pernah merancangnya. Namun selepas beberapa hari nikah, Aizat memberitahunya untuk melakukan umrah bersama sebagai suami isteri.
Keputusan mengejut Aizat itu mengganggu sedikit perasan dan hati Nur Jihan Li kerana dia baru saja memeluk Islam pada tanggal Mei 2015.
Bagi Jihan Li, setiap pasangan yang baru berkahwin dapat dilihat memilih honeymoon di Santorini, Paris dan Maldives. Namun berbeza pula dengan mereka yang mahu bulan madu di Mekah dengan mengerjakan umrah pertama.
Namun, bagi Nur Jihan Li dia belum nampak gambaran yang jelas tentang umrah dan apa yang diperlukan. Selama ini yang diketahui umrah merupakan perjalanan rohaniah bagi setiap umat Islam.
Walaubagaimanapun, Jihan Li bersyukur dilapangkan hati dan jiwa, seterusnya bersedia untuk mengejarkan umrah.
Bulan madu di Mekah menambahkan rasa cinta
Menurut Nur Jihan Li, untuk menyemarakkan cinta yang baru dibina itu pilihlah umrah sebagai destinasi percutian yang paling bermakna.
Di mana cinta kalian akan berlipat ganda dan menjadi cinta paling agung seperti dirinya yang bertambah mencintai suami selepas pulang dari Mekah.
Berdoa dikurniakan zuriat
Bagi pasangan yang lama atau baru berkahwin, ada kalanya mereka membuat umrah agar dapat berdoa supaya dipermudahkan untuk dikurniakan cahaya mata.
Malah, mereka akan berusaha untuk tunaikan umrah sehabis baik setiap hari dan apabila ada masa lapang mereka akan melakukan tawaf sunat dan memberi fokus kepada ibadah.
Selain tidak lupa berdoa di hadapan kaabah agar dipercepatkan pemberian zuriat oleh Allah SWT.
Betapa sucinya mereka apabila tidak memilih berbulan madu di hotel mewah tetapi berjalan meredah lautan manusia sambil mengelilingi kaabah.
Tidak cukup dengan itu saja, suami juga boleh memimpin tangan isteri sambil mulut berdoa di sepanjang masa agar permintaan mereka dikabulkan hendaknya.
Kesimpulannya, jika merancang menunaikan umrah biarlah pergi bersama suami isteri selepas berkahwin sekaligus dapat honeymoon bersama di Mekah kota suci itu.
Kalau boleh, majlis kahwin biar buat dalam bentuk sederhana saja dan duit hantaran itu boleh dijadikan modal untuk ke Mekah dan melakukan ibadah umrah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Sumber: Have halal will travel , Warna Asia
Baca juga
https://my.theasianparent.comtempat-menarik-untuk-honeymoon/