Cacing bahaya dijumpai dalam tin sardin yang diambil dari Butterworth, Penang

lead image

Cacing dalam sardin tin ditemui sekali lagi di Pulau Pinang. Kali ini, cacing berikut boleh membawa bahaya pada kesihatan anda. Hati-hati!

Kuala Lumpur: Ada lagi kes terbaru tentang cacing dalam sardin tin. Kali ini, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menemui cacing bahaya dalam tin sardin yang dibawa kontena ke Malaysia!

Menurut kenyataan pihak Maqis, sardin dalam tin jenama Ranesa itu dibawa masuk dari China melalui pintu masuk North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang.

Kontena itu beranggaran berat 36,720 kilogram dan bernilai RM199,797.

Cacing dalam sardin tin ditemui di Pulau Pinang

Cacing dalam sardin tin itu ditemui apabila pemeriksaan fizikal dan pensampelan dilakukan ke atas beberapa sampel tin sardin.

Ini kerana terdapat beberapa tin yang dilihat mengandungi bendasing.

cacing dalam sardin, cacing dalam tin sardin, sardin cacing, sardin ada cacing

“Cacing itu kemungkinan berasal dari Genus Anisakis spp. Ia boleh menyebabkan penyakit anisaklasis pada manusia.”

Anisakiasis adalah penyakit parasit dan zoonotik yang disebabkan oleh nematode Anisakis spp (cacing) yang menyerang sistem gastrointestinal (seperti perut dan usus) manusia.

Ia boleh menyebabkan masalah atau simptom gastrointestinal seperti sakit perut, cirit-birit, loya dan muntah.

Bagaimana manusia boleh terkena penyakit ini? Biasanya, manusia yang kerap makan makanan laut mentah seperti ikan mentah sepenuhnya akan mudah terjangkit parasit Anisakis spp.

Penambahan kes cacing dalam sardin tin

Ini bukan pertama kali kes cacing dalam sardin tin ditemui. Pihak Miqas mengatakan kes ini masih dalam siasatan. 

Sebarang pengimportan ikan sardin haruslah mendapat permit dari Maqis dan mematuhi sebarang peraturan pengimportan. 

cacing dalam sardin, cacing dalam tin sardin, sardin cacing, sardin ada cacing

Sebagai ibu bapa, pastinya kes cacing dalam sardin tin ini merisaukan kita. Lebih-lebih lagi jika kita selalu masak sardin yang disukai anak-anak.

Adakah cara untuk mengelak kejadian ini daripada berlaku lagi?

Cara mengelak cacing dalam sardin tin diberi pada anak

Antara cara paling bijak untuk mengelak cacing dalam sardin tin diberi pada anak, ibu perlulah sentiasa menuang tin sardin tersebut ke dalam mangkuk sebelum memasaknya.

Perhati betul-betul segala bendasing yang mungkin boleh terdapat dilihat. Jika anda was-was, jangan guna kuah dari sardin tin. Sebaliknya, hanya ambil ikan.

Ikan sardin yang ingin dimasak juga haruslah dimasak dengan sempurna supaya cacing dapat dibunuh.

Lagipun, pihak Keselamatan Pemakanan memang menggalakkan mana-mana ikan dimasak dengan sempurna untuk membunuh parasit. 

Semoga ibu bapa sentiasa berhati-hati dengan makanan yang diberi pada keluarga!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: The Straits Times, MStar

Baca juga:

Terlepas pandang masalah cacing membahayakan kesihatan si kecil!