Susu Badan Tak Cukup, Ibu Tambah Susu Formula - Adakah Ia Berbahaya?

Tak semua ibu dapat menyusu bayi secara ekslusif. Tapi, ada juga beberapa risiko sekiranya ibu campur susu formula kepada bayi! Apapun, dapatkan info lengkap tentangnya dari pakar.

Bukan semua ibu memiliki susu badan yang mengalir laju untuk si kecil. Ada yang terpaksa memberikan susu ibu campur susu formula. 

Inilah yang terjadi pada Diyana, 29 apabila susu badannya keluar sedikit saja selepas hari kedua bersalin. Sejak mengandung lagi, dia memang berniat untuk menyusukan anaknya secara eksklusif.

Hujung tempoh berpantang, Diyana semakin panik apabila stok susu badannya semakin kurang sementara dia terpaksa kembali bekerja semula.

Akhirnya, dia terpaksa memberikan susu ibu campur susu formula kerana tak mahu bayinya kelaparan akibat stok susu badan yang diperah tak mencukupi. Tapi persoalannya, boleh ke susu ibu campur susu formula?

Tak bahaya ke? 

Apa yang terjadi jika susu badan campur susu formula?

1. Susu badan campur susu formula – Ketidakseimbangan bakteria baik 

Kredit : Hello Sehat

Bakteria mikrobioma baik yang ada dalam perut bayi akan mengalami perubahan dari bifidus flora atau bifidobacteria ke lactobacili – satu bakteria yang tak diingini usus. 

Sekaligus, ia menyebabkan kurangnya perlindungan badan dan kemungkinan bayi boleh terkena jangkitan.

2. Susu badan campur susu formula – Alergi susu 

Sebilangan bayi akan mengalami alergi susu formula kerana ia tidak boleh memberikan kekebalan tambahan pada tubuh si kecil.

Selain itu, bayi juga berisiko terkena diabetes jenis 1 dan 2 kerana kandungan gula yang terdapat di dalamnya.

3. Susu badan campur susu formula – Bayi suka minum dari botol susu 

Kredit : CNN Indonesia

Memberi susu formula pada bayi akan mendorong dia lebih suka minum dari botol dan enggan lagi menyusu terus dari payudara. 

Apatah lagi, dia akan merasa lebih kenyang ketika minum dari botol berbanding menyusu dari payudara ibunya. Maka dia lebih cenderung memilih botol susu untuk selamanya. 

#4. Susu badan campur susu formula – Keliru puting 

Selain itu, bayi juga boleh mengalami kekeliruan puting jika ibu cuba menyusunya secara langsung setelah ia minum formula dari botol. Tentunya perkara ini akan membataskan niat anda untuk terus menyusukan bayi. 

Kedua, bayi yang terbiasa minum susu dari botol di malam hari akan mengalami kerosakan gigi akibat kandungan gula dari susu formula yang menempel di gigi jika tidak diberus setiap hari. 

#5. Susu badan akan semakin berkurangan 

Payudara tahu berapa banyak susu badan yang boleh dihasilkan untuk keperluan si kecil. Jadi, setiap kali ibu memberi susu ibu pada bayi, payudara anda akan kosong dan kembali menambah susu yang baru. 

Tapi bila bayi memilih minum susu dari botol, pengeluaran susu ibu mungkin akan berkurang

Apapun, jika ingin campur susu formula pada bayi, pastikan anda minta pandangan doktor dan tanya berapa jumlah susu formula yang harus diberikan serta jenis yang sesuai bagi pertumbuhan bayi. Asalkan si kecil dapat nutrisi yang mencukupi. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Giasinta Angguni. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.com11-jenama-susu-yang-selamat-untuk-bayi/