Caprice Kongsi Nikmat Jadi Bapa, Yakin Anak Adalah Rezeki ''Sejak Ada Anak, Saya Temui Keseimbangan Hidup''

Caprice mengakui bahawa kelahiran cahaya mata pertama, Airiel Qashaf banyak membawa perubahan positif dalam kehidupan seharian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Benarlah kata orang, bila sudah bergelar bapa, anak akan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Begitu yang dirasai Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36 apabila seronok meluangkan masa bersama anak lelakinya, Airiel Qashaf yang kini berusia tiga bulan.

Caprice Tepis Konsep ‘Child Free’, Percaya Anak Pembawa Rezeki

Bahkan, dia mula faham bahawa anak adalah pembawa rezeki buatnya sekaligus menepis pandangan tentang gaya hidup ‘Child free’ yang hangat diperkatakan di media sosial sejak belakangan ini.

“Dapat sahaja bau si kecil ni… poof! Segala masalah di dunia ini hilang dan apa yang saya fikir hanyalah meluangkan masa dengannya.

“Tengah kecoh di media sosial pasal trend nak kahwin tapi tak nak ada anak. Jujur, anak-anak itu adalah rezeki.

“Sebelum ade anak, Cap sendiri selalu dengar benda ini. Selepas ade anak baru lah kita faham maksud dia.

“Benar. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, bukan hanya wang sahaja,” ulasnya menerusi kapsyen video di Instagram miliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam perkongsian video tersebut memperlihatkan gelagat anak lelakinya yang sedang berbaring sendirian di atas katil.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 

Beri Kesedaran Tentang Gaya Hidup Seimbang

Penyanyi rap yang juga mendapat nama jolokan Daddy Cap dari peminat ini mendapati bahawa banyak kesedaran yang diperolehi setelah bergelar bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia turut mengakui bahawa hidupnya kini lebih stabil dan tidak lagi bergantung kepada ubat tidur untuk tidur malam seperti dulu.

“Hidup saya sebelum mempunyai anak sentiasa sibuk, tiada masa untuk relaks atau tenang. Dulu tidur pun bergantung pada ubat tidur.”

“Sejak ada anak, saya temui keseimbangan dalam hidup. Dia adalah check & balance saya. Dia adalah ubat tidur saya. Dia adalah KitKat saya, untuk rehat seketika,” selorohnya mengakhiri perkongsian panjang lebar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk info, Caprice telah mendirikan rumah tangga dengan Fara Inalis pada November 2022 dan mereka dikurniakan zuriat pada Mac lalu.

Fara Inalis turut mempunyai anak perempuan, Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Tips Berguna Buat Suami Yang Berdebar & Risau Bakal Menjadi Bapa Tidak Lama Lagi

Baca juga: Fenomena ChildFree, Ramai Pasangan Tak Nak Anak Atas Alasan Kewangan & Tidak Bersedia

Baca juga: 6 Tips Terbaik Mendidik Anak Dari Harvard – Taklah Risau Sangat Besarkan Anak Zaman Sekarang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah