5 Cara Bayi Tidur Yang Melambangkan Personaliti Mereka, Parents Wajib Tahu!

Anda tahu tak... gaya bayi semasa tidur sebenarnya melambangkan karakter mereka apabila dewasa kelak? Jom selidik satu persatu dalam artikel ini.

Sebenarnya, personaliti anak boleh dilihat melalui cara bayi tidur sehinggalah mereka membesar sampai usia tiga tahun. Penting untuk anda sebagai ibu bapa tahu personaliti anak melalui cara bayi tidur agar ia dapat membantu mencorak didikan pada anak dengan lebih baik!

Untuk itu jom kita lihat 5 cara bayi tidur ini yang boleh menggambarkan personaliti mereka. 

5 cara tidur bayi melambangkan personaliti diri 

#1. Cara bayi tidur - Meniarap 

Sememangnya tidur meniarap membuatkan si kecil kelihatan comel sekaligus menunjukkan dia akan membesar jadi seorang yang tenang, gembira, ceria dan selamat. 

Namun begitu, postur tidur ini tidak digalakkan kerana ia kurang bagus untuk peredaran darah bayi dan boleh menyebabkan mata kabur atau juling.

Sebaiknya tukar posisi tidur anak dalam kedudukan yang lebih baik seperti terlentang dan kepala di atas bantal. 

#2. Cara bayi tidur - Tak banyak bergerak, kemas dan bersih 

 Kredit: Jurnal Keluarga

Percaya tak memang ada bayi yang tidur sepanjang malam tanpa memberi banyak gangguan kepada ibu bapa!

Malah tangannya rapat di atas dada, tidur tanpa banyak bergerak dan selimut sentiasa berada di sisinya. Apabila bangun pagi, tempat tidur si kecil itu tetap kelihatan kemas dan bersih.  

Kalau nak tahu, bayi dalam postur tidur begini sebenarnya anak yang baik dan mendengar kata, tapi personalitinya lebih pendiam dan tak banyak ragam. Malah dia juga selalu rasa gementar dan kurang selamat. 

Oleh itu, jika nampak postur bayi sebegini, sebaiknya anda mendidik dia jadi lebih berani dan berinteraksi dengan orang di sekeliling supaya personaliti si kecil itu bertambah baik. 

#3. Gaya tidur seperti tapak sulaiman 

Kredit: Baby Center

Eh, eh ada juga ya gaya tidur seperti tapak sulaiman? Ya ada! 

Kedudukan tidur ini dikatakan sangat comel di mana kedua-dua belah tangan bayi diletakkan di tepi kepala sambil kedua kaki terbuka. 

Bayi yang tidur dengan kedudukan sebegini dianggap seorang anak yang popular dengan kecomelan mereka. Selain itu, mereka dilihat sangat ceria dan aktif sehingga disukai ramai orang. 

Apa yang anda boleh buat sentiasa garap personalitinya supaya lebih menarik dan mendidik dia supaya mendengar kata. 

#4. Tidur dengan gerakan empat penjuru 

Kredit: Bum Bum Cak

Ada juga si kecil yang suka bergerak banyak tempat hingga membuatkan ibu bapa bimbang jika dia tercedera semasa tidur. 

Namun begitu, tidur dengan gaya ini menunjukkan personaliti si kecil yang peramah dan mudah bergaul dengan sesiapa saja. 

Apabila besar, dia mudah dikenali kerana personalitinya yang ceria dan sering menghiburkan. 

#5. Tidur gaya udang 

Kredit: Zuriat

Mesti anda tak tahu kan sebenarnya, bayi juga suka tidur dengan gaya yang kelihatan seperti udang kecil kerana jika mahu tidur lena, dia perlu bergantung pada sesuatu seperti bantal, kain dan tangan juga kakinya yang dijadikan tempat berpaut. 

Tidur dengan gaya ini memang nampak comel, tapi ia sebenarnya melambangkan kurang selamat, diabaikan ibu bapa dan dahagakan kasih sayang. 

Sebaiknya anda sentiasa meluangkan masa dengan si kecil dan memberinya belaian kasih sayang. Jika tidak dia mungkin terasa diabaikan apabila dewasa kelak dan kurang bergaul dengan orang sekelilingnya. 

Tips bayi tidur nyenyak 

#1. Pastikan bayi kenyang

Menyusu sebelum tidur dapat memastikan bayi tidur lebih lama dan lena. Untuk bayi baru lahir memang akan terjaga dua atau tiga kali di tengah malam, jadi apabila bayi menginjak usia 3 bulan ke atas boleh pastikan bayi benar-benar kenyang sebelum tidur.

#2. Urut badan bayi

Urutan yang lembut menggunakan minyak bayi dapat membuat bayi lebih tenang dan relaks. Juga sapukan minyak telon pada perut serta tapak kaki untuk memastikan bayi bebas angin. 

#3. Pasang white noise atau zikir

Biasanya bayi akan lebih lena dengan bunyian seperti di dalam perut dulu. Jadi white noise antara bunyi-bunyi yang paling dekat dengan bunyian dalam rahim. 

Mainkan zikir-zikir juga berupaya membuat bayi lebih tenang. 

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Era Baru

Foto: Bellamy's Baby

Baca juga: Bayi Tidur Tertonggeng Petanda Mahu Adik Baru, Betul Ke?