9 Cara Berhubungan Intim Agar Cepat Hamil Setelah Haid

Ramai pasangan suami isteri yang tidak tahu 9 cara berhubungan intim agar cepat hamil setelah haid ini. Selepas anda cuba 9 cara ini, mungkin rezeki anda untuk menimang cahaya mata!

Jika anda pasangan yang ingin menimang cahaya mata, pasti anda tercari-cari cara berhubungan intim agar cepat hamil setelah haid, kan?

Seperti yang kita tahu dan sedia faham, selepas haid adalah waktu yang paling subur bagi wanita. Jadi seelok-eloknya, anda menggunakan masa ini untuk berasmara dengan pasangan.

Akan tetapi, ramai wanita yang tersalah mengira waktu subur mereka. Ini membuatkan mereka terlepas peluang “keemasan” tersebut. 

Cara berhubungan intim agar cepat hamil setelah haid – Ramai tersalah kira waktu subur

Jika anda tidak tahu bagaimana ingin mengira waktu subur anda, sila semaknya di sini. Jangan lupa, suami anda juga ada waktu subur tertentu yang membuatkan sperma lebih cepat “melekat”.

Jadi, hitung kedua-dua waktu subur suami isteri dan lakukan senggama pada waktu itu. 

Jika anda sudah tahu waktu subur anda dan pasangan, kini tiba masanya untuk mengetahui bagaimana cara berhubungan intim agar cepat hamil setelah haid pula.

Jom kita semak!

9 cara berhubungan intim agar cepat hamil setelah haid

1 – Cuba posisi seks berikut

Betul ke ada cara berhubungan intim agar cepat hamil setelah haid? Tidak dinafikan, memang pakar akan menyarankan posisi cepat hamil tertentu buat pasangan.

Tapi, belum ada kajian klinikal spesifik yang mampu membuktikan hal ini.

Apapun, berikut antara 5 posisi cepat hamil yang anda wajib cuba kerana ia memberi kelebihan pada sperma untuk lebih berpeluang “melekat” dengan telur:

2 – Cara berhubungan intim agar cepat hamil setelah haid: Patut ke tunggu 20 minit selepas seks?

Ada pasangan yang akan mengangkat kaki mereka selama 20 minit selepas bersenggama. Katanya, perbuatan ini akan “mempercepatkan” lagi sperma untuk berenang.

Sebenarnya, tanggapan itu adalah salah menurut pakar. Jadi, anda tidak perlu melakukannya.

3 – Jangan tangguh untuk ke tandas selepas berhubungan seks

Ya patut! Kencing selepas seks adalah amat penting untuk mengelak jangkitan saluran kencing. 

Malah, ia juga tidak memberi kesan kepada cubaan anda untuk hamil. Hal ini kerana, selepas ejakulasi, biasanya hampir 65% sperma sudah mula “bergerak” ke serviks. 

35% lagi yang tinggal akan duduk dalam vagina, namun mungkin terkeluar dan hilang selepas beberapa jam. Jika anda kencing, semakin cepat sperma itu akan berenang ke serviks anda. 

4 – Patut ke letak bantal di bawah badan?

Menurut Dr Armando Hernandez-Rey, pakar kesuburan dan endokrinologi reproduktif dari Conceptions Florida, meletakkan bantal di bawah badan juga tidak memberi sebarang kesan.

Maka, anda boleh memilih sama ada ingin meletaknya ataupun tidak.

5 – Jangan lupa ambil asid folik

Asid folik amat penting di awal kehamilan. Walau bagaimanapun, ramai wanita yang hanya sedar mereka hamil selepas 5 minggu kehamilan.

Sebab itu jika anda ingin cahaya mata, ambil asid folik mulai sekarang. Lebih awal lebih bagus. Ini supaya ovari anda menghasilkan telur yang berkualiti untuk “bercantum” dengan sperma.

6 – Patut ke suami simpan sperma untuk lebih berkualiti?

Sperma bukan seperti wine di mana anda perlu menyimpannya untuk ia jadi lebih berkualiti.

Dr. David Diaz, pakar kesuburan dan endokrinologi reproduktif dari Memorial Care Orange Coast Medical Center menyarankan agar pasangan lebih kerap melakukan seks untuk meningkatkan peluang kehamilan

7 – Jangan lupa jaga makan dan berat badan

Makanan yang anda perlu untuk menyediakan badan anda dan menstabilkan hormon-hormon yang mengatur kesuburan adalah makanan yang mengandungi protein dan vitamin E. 

Selain itu, berat badan anda juga boleh menyebabkan anda sukar untuk hamil. Jadi, jaga pemakanan dan berat badan anda. 

Jangan terlalu kurus atau terlalu gemuk.

8 – Bersenam secara teratur

Untuk isteri, aliran darah anda perlulah lancar untuk membina hormon yang tepat. Aliran darah anda akan lebih lancar jika anda kerap bersenam secara teratur.

9 – Buat perkara yang membahagiakan kalian suami isteri

Jangan stres. Seboleh-bolehnya, cuba elakkan stres agar hormon anda suami isteri tidak terganggu. Cuba buat benda yang kalian suka.

Contohnya mungkin seperti marathon menonton rancangan televisyen kegemaran, atau keluar bercuti sama-sama.

Ia sedikit sebanyak akan merapatkan lagi hubungan kalian dan mempersiapkan diri untuk kehamilan.

Semoga perkongsian tentang cara berhubungan intim agar cepat hamil setelah haid ini membantu anda. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber rujukan: Cosmopolitan

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/posisi-cepat-hamil

 

Penulis

Ayu Idris