Setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berlainan. Jadi ada kanak-kanak yang mengalami speech delay atau lambat bercakap daripada usia yang sepatutnya. Kali ini kami kongsikan cara bermain dengan anak speech delay.
Menurut terapi cara kerja Aishah Kassim, aktiviti-aktiviti ini perlu diamalkan dalam rutin harian anak. Ia melibatkan banyak penggunaan motor kasar dan motor halus anak.
Tetapi katanya, yang paling penting adalah kewujudan ibu bapa itu sendiri dengan anak. Tidak kisahlah apa pun permainan itu, mahal atau murah, hebat atau biasa-biasa saja aktivitinya tetapi jika kita tiada dan tidak memberi perhatian atau menjadi kawan anak, sama juga. Mungkin tiada perubahan.
Cara bermain dengan anak speech delay
Ibu bapa juga jangan putus asa jika anak anda disahkan speech delay. Ia bukanlah petanda yang anak langsung tidak boleh bercakap. Anak anda masih boleh bercakap dengan intervensi yang betul.
Jadi apakah yang perlu dibuat bersama mereka sebenarnya?
#1. Main di luar
Berjalan-jalan atau bermain di luar boleh membantu anak untuk:
- Meluaskan pandangan
- Belajar sesuatu yang baharu
- Melatih motor kasar
- Melatih mereka untuk lebih fokus dan belajar dengan situasi sebenar di sekeliling mereka
#2. Aktiviti seni
Ibu bapa boleh buat pelbagai jenis arts dengan anak-anak termasuklah aktviti menggunting, melukis, mewarna, menampal, finger paint dan pelbagai lagi. Aktiviti ini boleh meningkatkan:
- Kreativiti dan kemahiran berfikir
- Kemahiran motor halus
- Kemahiran sensori
#3. Aktiviti motor kasar
Galakkan anak untuk melakukan aktiviti yang boleh merangsang kemahiran seperti:
- Kekuatan otot dan sendi
- Koordinasi badan
- Kesimbangan badan
#4. Aktiviti motor halus
Aktiviti motor halus adalah aktiviti yang melibatkan otot-otot dan sendi kecil seperti jari dan organ di mulut. Jadi banyakkanlah aktiviti melibatkan jari anak-anak seperti menguli playdough, sepit-sepit, cabut dan tampal sticker. mencedok menggunakan sudu dan mulut seperti meniup, membuat bentuk-bentuk mulut depan cermin dan sebagainya.
#5. Aktiviti sensori
Rangsangan deria adalah aktiviti yang sangat penting untuk anak belajar. Libatkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan:
- Bunyi-bunyian
- Lihat macam-macam perkara di sekeliling
- Sentuh macam-macam tekstur yang ada di dunia ini
- Bau apa yang boleh dibau
- Rasa macam-macam rasa makanan
- Buat macam-macam pergerakan
#6. Baca buku
Anda boleh memupuk minat anak untuk membaca sejak dari awal iaitu seawal usia enam bulan. Tetapi perlu diingat buku yang digunakan perlulah sesuai dengan usia anak.
- Anda boleh bercerita mengenai apa yang ada dalam buku
- Tunjukkan huruf yang ada dan bunyikan (tetapi tak perlu semua huruf)
- Ajar anak selak buku
- Sekali-sekala tunjuk pada perkataan dan baca
#7. Berkawan
Bermain dengan kawan-kawan boleh membantu anak untuk belajar macam-macam perkara di dunia ini. Ia termasuklah:
- Cara berkawan
- Cara mengatasi konflik kerana kadang kala mereka akan bergaduh dan baik semula
- Berkomunikasi dengan berkesan
- Bersosial
- Bermain dan berimaginasi
- Memberi dan menerima arahan
- Berlakon (pretend play)
- Cara kawal emosi
- Berkongsi dan belajar giliran
#8. Bantu buat kerja rumah
Anda harus galakkan anak-anak untuk membantu kita melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu, mop lantai, cuci dan lipat baju serta lain-lain.
Percayalah, kanak-kanak akan seronok bila mereka buat kerja orang dewasa tambahan pula ia membantu meningkatkan kemahiran mereka.
- Motor skills
- Sensori
- Ikut arahan
- Bina keyakinan diri
- Life skills
#9. Menyanyi, menari & mengaji
Anak-anak memang suka lagu, mereka akan menyanyi, menari dan ikut aksi dan lain-lain lebih-lebih lagi bila berkaitan lagu yang mereka suka. Jadi ambil peluang untuk gunakan lagu untuk berinteraksi dengan anak.
- Nyanyi sama-sama
- Menari sama-sama
Perkara ini bukan saja boleh eratkan hubungan dengan anak tetapi juga banyak kemahiran mereka boleh belajar dan jadikan anak lebih kreatif. Bagi yang beragama Islam, ajarlah anak mengaji.
#10. Boring
Pelikkan? Tapi ini yang perlu anda buat. Anak-anak perlu belajar entertain diri mereka sendiri jika mereka bosan. Tidak bagus juga jika kita sentiasa sediakan aktiviti untuk anak tanpa mereka perlu berfikir nak buat apa jika bosan.
Bagus untuk biarkan anak jadi boring untuk buatkan mereka lebih kreatif.
Jadi sekali sekala bolehlah anda tutup semua gajet termasuk televisyen, telefon dan lain-lain dan biarkan anak jadi boring. Lihat apa yang akan mereka lakukan dan biarkan mereka berdikari dalam bermain.
Tapi jangan pula sepanjang hari biarkan anak bermain. Good luck ibu ayah!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kalau Anak Ada 9 Ciri Lambat Bercakap Ini, Ibu Ayah Tolong Segera Berjumpa Pakar!