Gel Rancang Kehamilan Untuk Lelaki Akan Dijual! Hanya Sapu, Tiada Kesan Sampingan

Pengkaji sedang menguji cara cegah kehamilan dengan gel untuk lelaki pula! Ini apa yang anda harus tahu tentang gel tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yay! Mungkinkah kelak, lelaki pun boleh melakukan cara cegah kehamilan? Almaklumlah, selalunya kalau cakap bab cara cegah kehamilan, pasti wanita yang dipertanggungjawabkan.

Sekurang-kurangnya, ada hampir 16 cara cegah kehamilan yang boleh dipilih wanita. Tapi bagaimana pula dengan lelaki? 

Berita baik untuk semua para suami isteri yang ingin merancang kehamilan di luar sana, kelak, akan ada gel pencegah kehamilan untuk lelaki! Gel ini tidak menyakitkan dan tidak membawa sebarang kesan sampingan.

Malah, ia juga tak menjejaskan hubungan seks anda seperti kondom

Cara cegah kehamilan terbaru: Gel pencegah kehamilan untuk lelaki

Gel pencegah kehamilan ini akan mula dijual di pasaran selepas ujian klinikal. Gel ini bernama NES/T dan ia perlu disapu di belakang dan bahu suami untuk diserap kulit.

Dengan gel NES/T ini, tidaklah tanggungjawab mencegah kehamilan diletakkan pada wanita saja, kan? Buat masa ini, antara cara cegah kehamilan yang boleh diamalkan lelaki hanyalah kondom, tembak luar mahupun vasektomi. 

Kondom boleh tercabut, malah ia juga boleh pecah ketika seks. Manakala vasektomi pula adalah jalan penyelesaian kekal dan ia haram dalam Islam. 

Jadi, dengan adanya cara cegah kehamilan menggunakan gel ini, bolehlah suami turut terlibat dalam keputusan merancang kehamilan dengan lebih selamat!

Apa anda harus tahu tentang gel pencegah kehamilan ini

Gel pencegah kehamilan NES/T ini masih belum dijual di pasaran. Namun, buat sementara waktu, ini antara perkara yang anda perlu tahu tentangnya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gel ini mengandungi kandungan testosteron dan progestin. Progestin akan “menyekat” penghasilan testosteron suami, lalu mengurangkan penghasilan sperma.

Dalam masa yang sama, testosteron masih mengekalkan nafsu lelaki itu, malah hormonnya juga tidak terganggu.

Akan tetapi, gel ini bukannya perlu disapu di zakar! Ia perlu disapu di bahu dan bahagian belakang badan lelaki. Hmmm… pelik kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika gel NES/T tidak disapu dengan betul, ia mungkin akan jadi kurang berkesan (sama seperti jika wanita terlepas makan pil perancang). Jadi, jangan bergantung sepenuhnya pada pil ini!

Cara cegah kehamilan: Tip menggunakan gel pencegah kehamilan ini kelak

Jika anda tertarik untuk mencuba gel pencegah kehamilan ini kelak, sila ingat tips berikut:

  1. Pastikan anda tahu bagaimana cara paling berkesan untuk menggunakan NES/T, namun jangan juga lupa cara mencegah kehamilan yang lain (untuk lebih yakin)
  2. Gel ini tidak boleh mengelak terjadinya jangkitan seksual, jadi lakukan seks dengan selamat!
  3. Basuh tangan anda selepas menyapu gel NES/T pada bahu dan belakang pasangan. Impak gel ini ada wanita masih belum diketahui
  4. Semak cara-cara mencegah kehamilan yang lain jika terjadinya “kemalangan”

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Elaine Boey dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pancut Luar Boleh Mengandung Atau Tidak? Ini Kelebihan, Kekurangan & Tips

Penulis

Ayu Idris