Biasanya, kita selalu dengar wanita saja yang pakai alat pencegah kehamilan seperti IUD, makan pil atau cucuk implan. Tapi bagaimana pula dengan suami? Anda pernah dengar tak tentang prosedur vasectomy Malaysia?
Secara umumnya, sebelum memiliki anak, suami isteri harus merancang dengan matang kerana banyak tanggungjawab yang harus digalas selepas ada anak ini termasuklah cara mendidik, mengasuh dan memberi pendidikan terbaik pada mereka.
Tak adil rasanya jika anak dilahirkan tanpa kasih sayang yang sewajarnya dari kedua ibu bapa. Tak cukup dengan itu, ada anak yang dibiarkan membesar tanpa dijaga dan diasuh dengan baik. Jadi, tidak semestinya hanya wanita sahaja yang perlu mengambil langkah untuk mencegah kehamilan yang tidak diingini, malah lelaki juga boleh melakukan yang sedemikian dalam membendung sistem pembiakan lelaki.
Vasektomi Alat Mencegah Sperma Keluar Ketika Ejakulasi
Apa itu vasektomi? Vasectomy maksud adalah pensterilan lelaki merupakan satu prosedur pembedahan untuk memotong atau menyekat tiub yang membawa sperma lelaki untuk mencegah kehamilan kekal. Ia selalunya dijalankan di bawah penggunaan ubat bius lokal, di mana individu tersebut dalam keadaan sedar tetapi tidak merasakan sebarang rasa sakit dan ia hanya berlangsung selama 15 minit.
Dalam kes yang rare, individu tersebut mungkin akan dapat ubat bius umum, di mana anda tidur sewaktu surgeri dijalankan.
Fungsi Vasektomi
Vasektomi berfungsi dengan menghentikan sperma daripada masuk ke dalam air mani lelaki, cecair yang dikeluarkan ketika proses ejakulasi. Tiub yang membawa sperma dari buah zakar lelaki ke bahagian zakar dipotong, disekat atau ditutup dengan pemanasan.
Ini bermakna yang apabila seorang lelaki mencapai tahap ejakulasi, air maninya tidak akan mengandungi sperma di dalamnya dan telur wanita tidak akan dapat disenyawakan.
Dengan demikian, hasil hubungan seksual dapat mengurangkan risiko kehamilan pada isteri walaupun tanpa kondom atau sebarang alat pencegah kehamilan yang lain.
Bagaimana Prosedur Vasektomi Dijalankan?
Proses vasektomi adalah cepat dan sememangnya satu sesi surgeri tanpa rasa sakit. Dalam kebanyakkan kes, individu lelaki yang menjalaninya akan dapat pulang ke rumah pada hari sama.
Terdapat dua jenis prosedur vasektomi:
- Vasektomi konvensional menggunakan scalpel (pisau surgeri)
- Vasektomi tanpa pisau surgeri
Doktor yang akan menjalankan prosedur vasektomi tersebut akan berbincang dengan anda terlebih dahulu untuk pilihan yang terbaik buat anda atau suami/pasangan.
1. Vasektomi konvensional
Pertama sekali doktor akan memastikan yang skrotum anda atau suami atau pasangan dalam keadaan kebas dengan ubat bius lokal. Kemudian membuat dua potongan kecil ke dalam kulit ke atas setiap sisi skrotum untuk mencapai tiub yang membawa sperma keluar dari buah zakar.
Setiap tiub dipotong dan satu seksyen kecil akan dibuang. Hujung tiub kemudiannya akan ditutup, sama ada dengan mengikatnya atau menutupnya menggunakan pemanasan.
Potongan akan dijahit, biasanya menggunakan jahitan boleh larut yang akan lenyap dan sembuh sendirinya dalam masa seminggu.
2. Vasektomi tanpa pisau surgeri
Pertama sekali doktor akan memastikan yang bahagian skrotum dalam keadaan kebas dengan ubat bius lokal. Kemudian menebuk satu lubang kecil ke dalam kulit bahagian skrotum untuk mencapai tiub. Ini bermakna yang mereka tidak perlu memotong kulit anda dengan pisau surgeri.
Tiub itu kemudiannya akan ditutup sama cara dengan vasektomi jenis konvensional, sama ada diikat atau ditutup.
Akan terdapat sedikit pendarahan dan tiada sebarang jahitan diperlukan dengan prosedur ini. Ia dikatakan kurang rasa sakit dan jarang sekali menyebabkan sebarang komplikasi berbanding vasektomi jenis konvensional.
Pemulihan Selepas Prosedur Vasektomi
Ia satu perkara biasa untuk merasakan sedikit rasa tidak selesa, bengkak dan lebam pada skrotum untuk beberapa hari selepas prosedur vasektomi dijalankan.
Individu lelaki yang menjadinya boleh mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol untuk membantu melegakannya. Anda boleh berjumpa dengan doktor jika rasa sakit tersebut berlanjutan.
Ia juga biasa jika mempunyai darah dalam di dalam air mani ketika beberapa kali proses ejakulasi terawal selepas prosedur vasektomi. Jangan bimbang kerana ia tidak merbahaya.
1. Pakaian Dalam
Memakai celana dalam ketat atau sokongan atletik pada siang hari dan malam ketika beberapa malam pertama selepas vasektomi boleh membantu menyokong skrotum lelaki dan memberikan sebarang kelegaan pada ketidakselesaan atau bengkak. Pastikan anada menukar seluar dalam setiap hari.
2. Kebersihan
Ia selalunya selamat untuk anda mandi atau membersihkan badan selepas surgeri – periksa dengan doktor anda apa yang sesuai untuk anda. Pastikan anda mengeringkan kawasan kemaluan dengan lembut dan sepenuhnya.
3. Kembali bekerja
Biasanya anda sudah boleh kembali bekerja 1 atau 2 hari selepas prosedur vasektomi, tetapi perlu elakkan dari aktiviti suka dan angkat berat untuk sekurang-kurangnya seminggu selepas prosedur untuk mencegah komplikasi. Jumpa doktor anda jika terdapat simptom selepas beberapa hari.
4. Melakukan hubungan seks
Elak aktiviti seks untuk sekurang-kurangnya 7 hari selepas menjalani vasektomi. Anda akan perlu menggunakan kaedah perancang kehamilan lain sekurang-kurangnya pada 8 ke 12 minggu selepas vasektomi, kerana ia boleh mengambil masa lama seperti ini untuk membersihkan baki sisa sperma yang terdapat di dalam tiub.
Berapa lama ia mengambil masa bergantung dari lelaki ke lelaki. Ia masih terdapat risiko untuk hamil ketika jangka masa ini.
Bagaimana Ingin Tahu Jika Prosedur Vasektomi Yang Dijalankan Berjaya?
Sekitar 12 minggu selepas prosedur, anda akan perlu untuk menghasilkan satu sample air mani, yang mana akan diuji untuk sperma. Selepas ujian telah disahkan yang mana air mani anda bebas sperma, vasektomi itu sudah dianggap berjaya dan anda boleh henti menggunakan perancang kehamilan tambahan yang lain.
Sesetengah lelaki mungkin memerlukan 2 kali ujian. Tetapi sehingga ia disahkan yang air mani anda bebas dari sperma, teruskan menggunakan perancang kehamilan yang lain. Sesetengah lelaki akan terus untuk mempunyai sebilangan kecil sperma di dalam sistemnya, tetapi sperma ini tidak bergerak dan biasanya jarang untuk membuatkan pasangannya hamil.
Jika anda atau suami atau pasangan anda adalah salah seorang lelaki di dalam golongan ini, doktor anda akan berbincang dengan anda akan pilihan yang sesuai buat anda. Ujian ini juga akan membantu untuk mengenal pasti kes yang rare di mana tiub secara semula jadi kembali bersambung dengan sendirinya.
Adakah Vasektomi Boleh Dihentikan Atau Dibatalkan?
Vasektomi adalah agak sukar untuk dihentikan atau jika anda atau suami atau pasangan ingin kembali mempunyai sperma di dalam air maninya. Pembalikan vasektomi jarang tersedia. Anda boleh melakukannya di pusat perubatan swasta jika anda mahu.
Sama ada pembalikan vasektomi itu berjaya atau tidak adalah bergantung kepada berapa lama vasektomi itu telah dilakukan. Lagi lama ia telah dijalankan, lagi kurang peratusan untuk proses pembalikan vasektomi berjaya.
Kekurangan Dan Kelebihan Prosedur Vasektomi
Vasektomi juga tidak terlepas dari kelebihan dan kekurangannya. Jom kita semak apakah kelebihan dan keburukannya.
Kelebihan:
Kekurangan:
- Jika ingin ‘subur’ semula, prosesnya sedikit sukar.
- Anda masih memerlukan kondom setelah melakukan prosedur ini hingga dipastikan cairan mani yang keluar bebas sperma.
- Vasektomi tidak dapat mencegah dari penyakit seksual.
Oleh itu, jika anda merancang untuk melakukan prosedur tersebut, berbincanglah sebaik-baiknya dengan isteri tanpa sebarang paksaan. Semoga artikel ini membantu kalian.
Hukum Melakukan Vasektomi Dalam Islam Dan Di Malaysia?
Menurut laman Pejabat Mufti Kuala Lumpur, para ulama berbeza pandangan tentang hukum tanzim al-nasal (perancangan anak) dan tahdid al-nasal (membataskan anak).
Namun kesimpulannya, dibolehkan bagi kedua pasangan untuk menggunakan kaedah tanzim al-nasal yang diharuskan oleh Syarak bagi tujuan merancang keluarga dengan cara menjarakkan anak, bagi tujuan pengurusan ekonomi kerana berpendapatan rendah.
Ini perlu disertakan dengan niat jika Allah berkehendakkan pasangan itu anak, maka tiada siapa yang boleh menghalang dan hendaklah pasangan itu reda kepada taqdir Allah dan bersikap bertanggungjawab.
Manakala untuk tahdid al-nasal, hukumnya dikatakan haram melainkan pengecualian bagi kes yang melibatkan masalah kesihatan yang mengancam nyawa seseorang dan mengikut syarak Shafie tertentu.
Wallahua’lam.
Sumber: NHS
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: “Bijak Rancang Kehamilan!” – Ini 16 Jenis Perancang Keluarga Untuk Pasangan Suami Isteri Cuba!
Baca juga: Nak Jarak Kehamilan Dengan Pil Perancang? Ambil Tahu Info Lengkap Ini Dulu
Baca juga: 4 Sebab Pentingnya Merancang Keluarga Zaman Moden Ini, Janji Suami Isteri Setuju
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!