TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bahaya Warna Air Mani Kuning, Adakah Ia Tanda Suami Ada Masalah Kesihatan?

4 min bacaan
Bahaya Warna Air Mani Kuning, Adakah Ia Tanda Suami Ada Masalah Kesihatan?

Malu nak berjumpa doktor bila mendapati air mani berubah kekuningan? Bertenang dan jom baca info ini selanjutnya

Lelaki mana yang tak risau bila melihat warna air mani berubah menjadi kekuningan sekaligus menimbulkan rasa malu untuk memberitahu kepada doktor dan pasangan seks mereka.

Menurut Dr Sri Viknarajan dari Universiti Hasanuddin, Indonesia melalui laman web Doctor On Call, punca warna air mani berubah kekuningan bukanlah sesuatu perkara yang normal kerana ia mungkin disebabkan penyakit kelamin dan pesakit perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut.

Warna Air Mani Yang Normal

warna air mani lelaki

Air mani merupakan cecair yang dikeluarkan dari zakar lelaki semasa melakukan hubungan seksual dan ia mengandungi sperma iaitu sel yang boleh menyuburkan telur wanita dan menyebabkan kehamilan. Kebiasaannya, warna air mani ini dalam purata 5ml dan berwarna putih susu.

Namun begitu, sekiranya lelaki tersebut mempunyai sebarang masalah kesihatan dan gangguan terhadap bahagian sistem reproduktif, ia boleh menyebabkan warna air mani bertukar kepada warna lain.

Berikut ini adalah struktur yang bertanggungjawab menghasilkan air mani:

#1 Epididimis dan buah zakar

air mani

Buah zakar merupakan organ yang menghasilkan sperma manakala epididymis ialah tiub yang mengalirkan sperma daripada buah zakar ke vas deferens.

#2 Seminal vesicle

Kelenjar ini menghasilkan cecair yang mengandungi gula untuk memberi khasiat kepada sel sperma.

#3 Kalenjar prostat

Menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan sperma lebih senang bergerak ke bahagian uterus wanita.

#4 Kelenjar bulbourethral

Cecair yang boleh mempertahankan sperma daripada asid sepanjang perjalanan dalam sistem reproduktif.

Ini Punca Sebenar Warna Air Mani Berubah Jadi Kuning

Bahaya Warna Air Mani Kuning, Adakah Ia Tanda Suami Ada Masalah Kesihatan?

Kredit: Pexels

Sebenarnya, air mani yang berubah warna kekuningan adalah normal bagi sesetengah lelaki sekiranya telah berlaku sejak dahulu lagi. Tetapi, jika ia berubah terlalu drastik kemungkinan anda menghidap penyakit yang berbahaya. Jika gejala tersebut disusuli dengan kulit kuning, demam, air mani busuk atau sakit semasa melepaskan air mani maka anda hendaklah segera berjumpa doktor.

1# Air kencing bercampur dalam air mani

Air mani yang dikeluarkan dari saluran zakar lelaki melalui urethra kadang kala boleh tercampur dengan air kencing lalu menyebabkan ia kekuningan.

2# Jaundis

Jaundis ini adalah masalah yang berkaitan dengan hati yang bertanggungjawab sebagai organ yang menyingkirkan bilirubin. Apabila hati mengalami masalah, bilirubin ini akan berkumpul dan menjadikan kulit dan mata berwarna kuning. Malah, air mani juga boleh terkesan sama.

3# Penyakit kelamin

Penyakit kelamin seperti chlamydia, gonorrhea dan herpes boleh menyebabkan air mani berubah kekuningan. Hal ini disebabkan, keradangan dalam sistem reproduktif yang mengakibatkan sel darah putih meningkat dalam badan.

Sel darah putih ini akan memberikan warna kuning kepada air mani lantas menyebabkan ia berbau busuk.

4# Perubahan diet

Pengambilan makanan yang mengandungi pewarna terlalu tinggi berpotensi menyebabkan air mani berwarna kuning. Malah warna dan bau pada air mani juga boleh berpunca daripada beberapa makanan yang mengandungi banyak sulfur seperti bawang putih, brokoli dan kekacang.

5# Jarang keluarkan air mani

Lelaki yang jarang melakukan onani dan hubungan seks mungkin memiliki air mani yang bercampur dengan air kencing.

2 jenis warna air mani yang lain

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

air mani lelaki

Selain dari kuning, air mani juga boleh berubah menjadi warna lain seperti berikut:

Merah dan coklat: Ia berpunca disebabkan salur darah kecil pecah pada persekitaran sistem reproduktif. Jika ia berlangsung selama satu ke dua hari, individu tersebut perlu berjumpa doktor.

Punca lain juga disebabkan ketumbuhan tumor, jangkitan penyakit kelamin dan batu karang.

Warna hijau: Jangkitan penyakit kelamin disebabkan keradangan struktur reproduktif seperti prostatitis dan urethritis.

Rawatan kepada air mani yang tidak normal

Bahaya Warna Air Mani Kuning, Adakah Ia Tanda Suami Ada Masalah Kesihatan?

Kredit: Freepik

Rawatan terhadap masalah ini diberikan berdasarkan kepada punca utama yang dikenalpasti melalui pemeriksaan fizikal oleh doktor dan ujian makmal. Walaubagaimanapun, lelaki yang mengalami masalah ini diingatkan supaya tidak menjalani hubungan seks terlebih dahulu dengan pasangan namun ia boleh dirawat dengan pengambilan ubat antibiotik dari doktor. 

Lelaki tersebut juga digalakkan mengambil minuman air kosong dan mengurangkan pengambilan pewarna dalam makanan. Sekaligus ia dapat membantu mengambalikan air mani ke warna yang normal. Justeru, air mani ini boleh berubah berdasarkan gaya hidup seseorang malah diet yang tak sihat juga boleh menunjukkan tahap kesihatan sistem reproduktif anda.

Walau bagaimanapun jangan anggap ia sesuatu yang tak perlu dirisaukan kerana anda mesti mendapatkan rawatan dan nasihat doktor terlebih dahulu.

Diharap perkongsian ini bermanfaat.

Artikel ini telah disadur dari Doctor On Call atas kebenaran mereka. Maklumat lanjut dan pertanyaan kesihatan mahupun ubat-ubatan juga boleh didapati di www.doctoroncall.com.my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pancut Air Mani Beri Keseronokan Ketika Berahi, 7 Fakta Ini Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Bahaya Warna Air Mani Kuning, Adakah Ia Tanda Suami Ada Masalah Kesihatan?
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham