Sudah Tawar Hati & Ingin Berpisah, Lelaki Ini Kongsi Cara Cerai Paling Cepat/ Fast Track

Cara cerai paling cepat boleh dilakukan sekiranya kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri bersetuju untuk berpisah dengan baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada semua hubungan berakhir dengan kebahagiaan. Ada yang diuji hingga terhenti sekerat jalan dan memilih jalan untuk berpisah. Sekiranya anda sudah fikir masak-masak, ada beberapa panduan dan cara cerai paling cepat bagi memudahkan anda serta pasangan.

Seorang lelaki, Faisal Rahim telah berkongsi di Twitter tentang cara cerai paling cepat sebagai panduan anda yang ingin mengakhiri hubungan suami isteri secara baik.

Cara cerai paling cepat, panduan buat suami atau isteri

Sebab pernah kerja Mahkamah Syariah, aku kongsi langkah-langkah kalau nak BERCERAI secara baik (persetujuan bersama).

Sebelum tu, anda perlu tahu bahawa perceraian ada beberapa jenis iaitu:

1. Secara baik.
2. Tanpa persetujuan bersama.
3. Fasakh
4. Takliq
5. Tebus talaq
6. Luar mahkamah.

Semua flow berbeza.

Kalau cerai secara persetujuan bersama (baik), ia proses paling MUDAH. Sebab dua-dua pihak telah bersetuju untuk berpisah. Anda juga tidak memerlukan khidmat peguam kerana tiada proses perbicaraan.

Cara cerai paling cepat:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Pastikan borang permohonan cerai di Mahkamah Syariah tempat mastautin. Bukan duduk Negeri Sembilan, tetapi mohon di Kuala Lumpur.

2. Daftar penceraian di Mahkamah Syariah dengan isi borang cerai + bayar yuran pendaftaran. Masa tu akan dapat tarikh hadir ke mahkamah (maksimum 21 hari). Kena ingat bahawa bukan anda dan suami sahaja yang ingin berpisah, ada beratus lagi pasangan lain dalam situasi sama.

3. Sampai tarikh tu, kedua-dua suami isteri kena hadir. Pastikan bawa sijil nikah dan kad pengenalan diri.

4. Mahkamah dapatkan persetujuan cerai dari kedua-dua pasangan. Kemudian suami akan LAFAZ TALAQ satu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Mahkamah akan keluarkan ‘Perintah Daftar Cerai’. Masa ini memang sah kedua-duanya bukan lagi suami-isteri (legal).

6. Bawa surat cerai tersebut ke Pejabat Agama untuk daftar cerai.

7. Kat Pejabat Agama, mereka perlukan Sijil Nikah, IC dan Perintah Daftar Cerai Mahkamah Syariah tadi.

8. Jabatan Agama akan daftar cerai dan keluarkan ‘Sijil Cerai’ sebagai bukti penceraian berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9. Selesai. Jika di Selangor, Kalau cerai secara baik ni ada ‘fast-track cerai’. ‘Fast Track’ ini proses di Mahkamah tadi, boleh selesai dalam masa sehari je. 

Tapi pastikan anda dan pasangan:

1. Datang awal pagi (selain Rabu dan Jumaat).

2. Kena bercerai secara baik, tiada pertikaian yang perlu masuk bicara hakim.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Mempunyai sebab penceraian jelas.

4. Alasan cliche ‘Tiada Persefahaman’ sememangnya hakim jarang terima. Kena tulis jelas, contoh penderaan fizikal, tidak bersama atau bertegur sapa lebih setahun dan sebagainya.

5. Isteri kena suci masa daftarkan cerai.

Kalau hari berkenaan kes Mahkamah sudah penuh, baru diberi hari lain.

Kalau bercerai bergaduh ni biasanya perlukan masa yang panjang. Sebab kena lalu j/k pendamai & masuk bicara dengan hakim.

Kalau Fasakh/Ta’liq pula kena lantik peguam untuk pembelaan dan tuntutan balas. Kena bawa bukti (laporan doktor, resit, bil dan lain-lain).

Kesimpulannya, proses cerai secara baik ini lebih mudah & cepat nak selesai. Bila ada pertikaian, hakim kena dengar hujah kedua-dua belah pihak dan bawa bukti berkaitan.

Satu pasangan makan masa 45 minit untuk bicara. Satu hari tak dapat dengar kes banyak. Tapi yang daftar banyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kos bagi pasangan yang ingin bercerai

Proses perceraian adalah topik yang jarang dibincangkan, tetapi ia masih berlaku dan boleh menjejaskan kewangan.

Ia melibatkan yuran guaman kepada alimoni sehinggalah jumlah perbelanjaan lain yang terpaksa dikeluarkan hanya untuk memfailkan penceraian.

Bagi pasangan yang beragama Islam dan berlaku perceraian (tanpa persetujuan bersama) pula, kes akan dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Berikut adalah anggaran kos-kos yang perlu ditanggung untuk permohonan dan yuran mahkamah:

  • Waran dan Testimoni AM80 – RM25
  • Penghantaran waran ke mahkamah – RM4
  • Permohonan interlokutori (luar bidang kuasa) – RM23 (sekiranya diperlukan)
  • Permohonan interlokutori (tuntutan ganti rugi/pampasan) – RM13 (sekiranya diperlukan)
  • Afidavit untuk hadir ke mahkamah bagi pesalah yang menjalani hukuman penjara – RM13 (sekiranya diperlukan)
  • Perintah interlokutori – RM10, bagi setiap perintah yang dihantar

Yuran guaman bagi penceraian tanpa persetujuan bersama

Kos anggaran susah untuk ditetapkan atas beberapa sebab seperti:

  1. bilangan petisyen penceraian difailkan
  2. tahap kerumitan kes dan perselisihan sejauh mana pertikaian yang wujud
  3. bayaran juga bergantung kepada tahap kewangan individu (bergantung kepada budi bicara peguam yang dilantik).

Bercerai tanpa guna peguam

Memandangkan yuran guaman ni merupakan antara kos yang besar dalam penceraian, mungkin ada antara anda yang terfikir untuk mewakili diri sendiri – secara teknikalnya, anda BOLEH!

Isteri sebenarnya boleh memfailkan dokumen mahkamah dengan sendiri, tetapi ia tidak digalakkan sekiranya kes tersebut melibatkan perselisihan dan lebih-lebih lagi jika anda kurang berpengetahuan dalam hal ini.

Dengan adanya peguam yang power, anda mampu untuk dapatkan faedah yang lebih baik melalui rundingan dan melindungi hak kepentingan selepas berpisah kelak.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Suami Minta Cerai Guna Whatsapp, Adakah Ini Lafaz Cerai Yang Sah?

Baca juga: Bila Sudah Tawar Hati Dengan Pasangan, Jangan Terus Seksa Diri, Buatlah 14 Perkara Ini!

Baca juga: Walaupun Sayang, 6 Sebab Ini Boleh Jadi Punca Kenapa Suami Lafazkan Cerai