Mesti ramai ibu dan ayah di luar sana yang teringin mahu ada anak kembar, kan? Lebih-lebih lagi anak kembar sepasang. Aduh, comelnya! Tapi kalau tanpa sejarah keturunan anak kembar, ada ke cara dapat anak kembar?
Jangan risau. Sebenarnya ada cara dapat anak kembar. Cara ini mampu meningkatkan peluang anda untuk mengandung anak kembar dan menambah bilangan anak di rumah.
Bagaimana cara dapat anak kembar?
Kredit: babycenter.com.au
Pertama sekali, mari lihat bagaimana anak kembar boleh terjadi. Untuk anak kembar sepasang atau tidak seiras, ovulasi ketika hubungan seks harus berlaku sebanyak lebih dari satu kali.
Maksudnya di sini, 2 telur atau lebih perlu disenyawakan. Namun untuk anak kembar seiras, satu telur akan terbahagi kepada dua.
Walaupun tanpa rawatan kesuburan, cara dapat anak kembar boleh dibuat oleh semua pasangan secara semulajadi. Antara caranya adalah dengan melakukan 3 posisi seks ini.
Cara dapat anak kembar: Cuba 3 posisi seks ini
Kunci untuk cara dapat anak kembar adalah melepaskan sperma paling hampir dengan servik. 3 posisi seks ini akan membantu anda:
1. Berasmara gaya sebelah menyebelah
Kredit: Flickr
Dalam posisi ini, isteri perlu menunduk ke bawah sedikit agar suami mampu memulakan dayungan dari belakang.
Semakin dalam penetrasi, semakin dekat sperma akan dilepaskan kelak.
2. Gaya missionary
Gaya paling mudah dan paling biasa ini sebenarnya bukan saja selesa untuk pasangan yang cuba ingin mengandung, malah sperma juga lebih senang melekat pada telur!
3. Gaya berdiri
Terdapat satu cara yang dipanggil sebagai the door jam di mana anda perlu berdiri menghadap satu sama lain sambil “menampan” diri di muka pintu.
Dengan satu tangan mendukung isteri, suami boleh melakukan penetrasi yang lebih dalam, lalu meningkatkan peluang untuk hamil anak kembar.
Walaupun tiada bukti saintifik yang mengatakan posisi ini benar-benar berkesan, namun sperma yang betul-betul berjaya masuk tepat ke servik meningkatkan risiko mengandung anak kembar!
Jadi apa salahnya jika anda cuba, kan? Kunci cara dapat anak kembar adalah persenyawaan yang lebih dari sekali.
Faktor dan cara dapat anak kembar yang lain
Kajian sebelum ini juga ada mendedahkan, salah satu cara dapat anak kembar adalah dengan menjaga diet si ibu.
Wanita yang makan banyak produk tenusu memiliki peluang 5 kali lebih tinggi untuk dapat anak kembar.
Malah apa yang lebih menarik, ibu yang mengandung ketika berusia 30-an juga lebih berpeluang untuk dapat anak kembar. Mengapa? Ini kerana telur akan lebih banyak dilepaskan jika wanita semakin tua.
Satu lagi kajian yang menarik dari Journal of Reproductive Medicine pula mendakwa wanita yang tinggi lebih senang dapat anak kembar!
Wow, macam-macam teori dan penemuan, kan? Tapi apapun, selamat mencuba. Jika anda gagal untuk mendapatkan anak kembar pun tak mengapa. Janji anda dikurniakan cahaya mata yang sungguh istimewa.
Apa yang penting, jangan lupa untuk menjaga kesihatan anda sepanjang proses kehamilan, ya! 🙂
Sumber rujukan: Science Daily, Healthline, WebMD, VeryWell
Kredit gambar: Beatrix Fuhrmann Photography
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
3 posisi bersetubuh suami isteri patut cuba untuk dapat anak perempuan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!