Anak Perempuan Dah Berderet? Ini 8 Cara Dapatkan Anak Lelaki Bagi Pasangan Yang Teringin!

Bila anak perempuan dah berderet, pasti teringin anak lelaki kan? Kami kongsikan cara dapatkan anak lelaki untuk tips kali ini!Semoga berjaya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak memang rezeki, tapi sebagai ibu bapa kadangkala kita juga punyai keinginan. Mungkin jika sudah berderet anak perempuan, kita teringin anak lelaki pula. Jadi kali ini kami kongsikan cara dapatkan anak lelaki bagi pasangan di luar sana yang sedang mencuba!

Sudah semestinya tips yang kami kongsikan ini bukanlah 100 peratus berkesan, tetapi ia dikongsikan oleh mereka yang berpengalaman dan pernah mencubanya.

Tidak salah pun mencuba kan? Kalau ada rezeki, adalah. Jika belum rezeki, boleh cuba lagi!

Cara dapatkan anak lelaki, suami isteri boleh cuba

Kredit: mediabiru

Bagi mereka yang teringin anak lelaki, di sini kami kongsikan cara dapatkan anak lelaki yang boleh anda cuba. Mana tahun rezeki anda kali ini timang cahaya mata lelaki kan?

Ada yang kata tidak kisahlah walau apa pun jantinanya, tetapi ada juga yang memang mengimpikan jantina anak. Jadi bolehlah cuba jika anda mahukannya.

#1. Mengatur pola makan

Dikatakan telur yang akan membentuk anak lelaki hanya boleh bertahan selama 48 jam dalam rahim dan tidak boleh hidup lama jika rahim berada dalam keadaan berasid.

Jadi untuk membuatkan rahim lebih beralkali, ibu disarankan untuk makan lebih banyak sayur dan bagi bapa boleh banyakkan makan daging. 

Ibu disaran makan sayur seperti brokoli, jagung manis, bayam, kelapa muda dan kacang panjang. Bagi bapa pula, anda disaran meningkatkan pengambilan pisang, makanan laut dan makanan masin. 

#2. Lakukan seks tepat pada waktu subur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: thezuriat

Cara ini dikatakan paling tinggi peratus untuk hamil anak lelaki iaitu sehingga 70-75 peratus. Waktu subur biasanya dikira 14 selepas haid ibu bagaimanapun anda boleh tahu masa tepat waktu subur anda menggunakan ovulation test kit.

Ia berikutan, sperma Y memiliki bentuk lebih kecil dan nipis berbanding sperma X. Selain itu sperma Y hanya boleh bertahan selama 48 jam dalam rahim. Melakukan hubungan seks tepat pada waktu subur dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan anak lelaki. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Posisi hubungan seks

Cara melakukan hubungan seks juga mempengaruhi jantina anak. Ia kerana sudut penetrasi yang dalam dapat mengurangkan jarak dan tempoh sperma untuk melalui bahagian luar vagina yang bersifat asid.

Cara melakukan seks untuk mendapatkan anak lelaki biasanya adalah doggy style, women on top atau posisi duduk. 

#4. Banyakkan makan taugeh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu dan ayah boleh makan sayur taugeh secara berkala kerana taugeh kaya dengan vitamin E dan sumber antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Bagi bapa pula, kandungan vitamin E dalam taugeh sangat berpengaruh terhadap kualiti dan pergerakan sperma. Jika sperma mempunyai kualiti yang baik, maka peluang untuk ia bercantum menjadi telur juga semakin tinggii.

#5. Minum kopi

Ini adalah tumpuan pada kaum bapa. Sebelum melakukan hubungan seks, si calon bapa disaraknkan untuk minum kopi terlebih dulu kerana ini dikatakan akan membuatkan sperma Y kuat sehingga dapat menembusi dinding rahim dan bertahan lebih lama di dalamnya. 

#6. Hindari produk tenusu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba hindari produk tenusu untuk menjaga pH tubuh ibu. Antara yang perlu dielakkan adalah yogurt, keju dan susu lembu segar.

#7. Sarapan dengan bijirin

Kredit: shinkotoni

Kajian dari Universiti Ixford menyatakan bahawa meningkatkan pengambilan kalori dengan rutin sarapan bijirin dikatakan dapat meningkatkan peluang mendapatkan anak lelaki.

Ia dikatakan kerana kadarkan gula dalam darah yang lebih tinggi dalam tubuh ibu dapat memberi pengaruh kepada jantina bagi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Hindari pakaian ketat

Bakal ayah perlu elak pakai pakaian ketat terutama di bahagian sistem reproduktif kerana ia harus dijaga dan perlu berada dalam suhu yang sesuai. Ini kerana sperma Y tidak tahan dengan suhu panas.

Jadi elakkan pakaian ketat ya bagi mana-mana lelaki atau pasangan yang inginkan dapatkan anak lelaki. Moga perkongsian mengenai cara dapatkan anak lelaki ini dapat memanfaatkan anda semua!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: ruangmom

Baca juga: Kamus Nama Anak Lelaki Huruf M, 100 Nama Bayi Lelaki Islam Dengan Makna Terbaik

Penulis

Lala Annuar