X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

3 alasan UTAMA kenapa ibu boleh berhenti menyusu badan

5 min bacaan
3 alasan UTAMA kenapa ibu boleh berhenti menyusu badan

Jika anda alami 3 perkara disebutkan ini, jangan rasa bersalah untuk berhenti beri susu badan pada bayi. Asalkan si kecil membesar dengan sihat dan cergas tubuh badan cukuplah.

Sebagai seorang yang bergelar ibu, tentunya kita ingin menyusu bayi selama yang boleh. Paling tidak sehingga usia anak dua tahun. Tapi apa cara hentikan susu badan jika ibu mahu berhenti menyusu bayi?

Secara umumnya, penyusuan susu ibu adalah salah satu tindakan yang paling penting akan dibuat ibu untuk bayi baru lahir.

Bahkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyokong penyusuan eksklusif susu ibu hingga usia anak enam bulan. 

Namun begitu, kajian selidik dijalankan oleh Persatuan Pediatrik Amerika (AAP) mendapati mana dua pertiga wanita yang berhasrat menyusukan bayi tidak dapat berbuat demikian bagi tempoh yang ditetapkan. 

Jelas sekali di sini, terdapat halangan tertentu yang menyebabkan ibu terpaksa hentikan pemberian susu badan pada bayi. 

Ini adalah panduan untuk cara hentikan susu badan pada bayi. Namun jangan salah faham. Kami bukan tidak menyokong penyusuan susu ibu tetapi apabila ada risiko tertentu, adalah lebih baik dihentikan. 

Cara hentikan susu badan: Berapa umur anak untuk hentikan susu ibu?

Cara hentikan susu badan, hentikan susu badan, cara henti susu badan, cara keringkan susu ibu, cara keringkan susu badan, cara hentikan susu ibu, cara mengeringkan susu badan, sebab hentikan susu ibu, punca hentikan pemberian susu ibu, sebab hentikan pemberian susu ibu, sebab utama hentikan susu ibu, keringkan susu ibu, cara hentikan susu, cara keringkan susu

Benar, penyusuan susu ibu adalah nutrisi yang disyorkan untuk semua bayi. Organisasi seperti WHO dan AAP turut mempromosikan penyusuan secara eksklusif selama enam bulan pertama selepas kelahiran si kecil. 

Penyusuan eksklusif ini bermakna, bayi hanya diberi susu ibu tanpa sebarang cecair lain.  Walau air sekalipun. 

Selain itu, WHO turut mengesyorkan penyusuan bayi selama 24 bulan dan seterusnya. Tempoh antara enam hingga ke 24 bulan adalah masa yang paling sesuai sebelum bayi beralih pada makanan pejal. 

Selain daripada itu, ia juga bertindak dalam menyediakan imuniti yang diperlukan bayi. Malah, aspek sosial seperti ikatan bonding antara ibu dan bayi juga sama penting. 

Hormon proloktin yang mengekalkan penyusuan susu ibu juga dapat mengurangkan kebimbangan.

Semua orang bersetuju bahawa penyusuan susu ibu mempunyai faedah yang besar. Walaubagaimanapun, ramai wanita bergelut degan menyusu ini atas sebab-sebab tertentu. 

Oleh itu, yang menjadi persoalan apakah cara hentikan susu badan jika ibu mengalami sebarang konflik dan permasalahan kesihatan? Mari kita lihat apakah cara hentikan susu badan ini.

Cara hentikan susu badan: Dapatkan bantuan dulu 

Cara hentikan susu badan, hentikan susu badan, cara henti susu badan, cara keringkan susu ibu, cara keringkan susu badan, cara hentikan susu ibu, cara mengeringkan susu badan, sebab hentikan susu ibu, punca hentikan pemberian susu ibu, sebab hentikan pemberian susu ibu, sebab utama hentikan susu ibu, keringkan susu ibu, cara hentikan susu, cara keringkan susu

Kredit: momma

Syukurlah, kita hidup pada zaman di mana mudah untuk dapat pemakanan yang sihat buat anak jika mereka tidak menyusu sepenuhnya.

Oleh sebab itu, cuba menyusukan bayi anda sekurang-kurangnya selama enam bulan. Walau bagaimanapun, tiada umur purata sebagai cara hentikan susu badan.

Sekiranya ibu mengalami sebarang masalah adalah lebih baik berjumpa doktor dan pakar laktasi untuk memberi bantuan serta nasihat.

Cara hentikan susu badan: 3 sebab kenapa ibu boleh berhenti menyusu badan 

Kadang-kadang, masalah menyusu dapat diselesaikan dengan bantuan yang betul dan tepat pada masanya.

Namun begitu, ada beberapa contoh penyusuan dihentikan adalah lebih baik buat kedua-dua pihak sama ada ibu atau bayi.

Berikut adalah contoh situasi sebagai cara hentikan susu badan ini. 

#1. Kemurungan yang teruk hingga boleh datangkan kecederaan pada diri dan bayi 

Cara hentikan susu badan, hentikan susu badan, cara henti susu badan, cara keringkan susu ibu, cara keringkan susu badan, cara hentikan susu ibu, cara mengeringkan susu badan, sebab hentikan susu ibu, punca hentikan pemberian susu ibu, sebab hentikan pemberian susu ibu, sebab utama hentikan susu ibu, keringkan susu ibu, cara hentikan susu, cara keringkan susu

Satu daripada lima wanita mengalami kemurungan selepas tahun pertama kelahiran. Ini adalah statistik yang cukup serius.

Tanya pada diri anda, adakah anda kini sedang bertarung dengan masalah pemikiran dan mood negatif? Disebabkan itu, penyusuan akan menjadikannya lebih sukar.

Tidakkah nanti anda membahayakan bayi jika terus menyusunya? Terutama bila anda ambil ubat kemurungan. 

Jika anda menjawab Ya pada semua soalan ini, jangan rasa bersalah untuk hentikan pemberian susu ibu. Pada masa yang sama, dapatkan nasihat doktor tanpa berlengah lagi.

#2. Melahirkan bayi kembar 

Adakah anda melahirkan bayi kembar? Tahniah diucapkan. Walau bagaimanapun, berurusan dengan ramai bayi pada yang sama pastinya bukan tugas yang mudah. 

Tetapi, memang ada ramai wanita yang berjaya menyusukan bayi secara serentak tanpa kenal erti penat. Namun, ya benar, ia sedikit sukar apabila ingin menyusukan mereka secara eksklusif. 

Jika terlalu sukar untuk uruskannya, tidak mengapa untuk beralih pada pemberian susu formula. Bahkan, ia memberi anda kekuatan untuk menjaga bayi anda dengan lebih baik. 

#3. Ibu bekerja yang sibuk sepanjang masa 

Selepas habis cuti berpantang, sudah tentu anda akan terus mengepam dan memberikan susu ibu pada bayi supaya anak mendapat manfaatnya. 

Namun, sesetengah ibu bekerja mungkin tidak dapat mencari masa untuk pam secara teratur dan tidak dapat membekalkan susu ibu.

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Hal ini kerana, ibu perlu bila bekerja di luar kawasan atau selalu bergerak ke sesuatu tempat. Jadi kekangan untuk mengepam susu akan terjadi. 

Jika anda stres dan tertekan, adalah lebih baik untuk beralih ke pemberian susu formula atau mencari alternatif lain.

Seperti yang anda lihat, tiada usia yang disebutkan sebagai cara hentikan susu badan. Sekaligus ia dapat mengurangkan tekanan anda. 

Sebab-sebab lain untuk hentikan penyusuan susu badan 

 Berikut merupakan beberapa sebab lain:

  1. Mastitis : Keradangan payudara yang menyebabkan kesakitan teruk semasa penyusuan disebabkan saluran disekat. 
  2. Jaundis: Bayi yang diberi susu ibu mungkin mengalami jaundis pada hari awal kelahiran berbanding bayi yang diberi susu formula. Tapi jika pakar pediatrik memberikan nasihat untuk hentikan pemberian susu badan, adalah bagus untuk diikut. Melainkan jaundis sudah berkurang jadi tak perlu untuk hentikan pemberian susu ibu. 
  3. Bayi kerap tak sihat: Adalah sukar untuk anggarkan berapa banyak bayi minum semasa menyusu. Tapi anda boleh melihatnya dengan beberapa kali lampin basah. Bayi menyusu dengan baik akan sering buang air kecil. 

Justeru, fikirkan sebaik-baiknya sebelum hentikan susu ibu. Jika terdapat kekangan atau masalah kesihatan adalah lebih baik dihentikan.

Namun, jika anda masih bersemangat untuk teruskan, setkan minda agar menyusukan anak hingga umur yang sepatutnya. Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Anay Bhalerao. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 

10 Perkara Yang Kita Mungkin Tidak Tahu Tentang Susu Ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • 3 alasan UTAMA kenapa ibu boleh berhenti menyusu badan
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham